style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Taktik kotor pemandu teksi mengenakan caj tambahan tersembunyi kepada penumpang

Untuk mengaut keuntungan haram secara berlipat ganda, pelbagai cara digunakan oleh SEGELINTIR pemandu teksi semata-mata untuk mengaut keuntungan tambahan dengan cara memeras duit penumpang, terutamanya yang berada dalam keadaan terdesak.

Taktik #1: Caj tambahan RM 2 pada meter

Menurut sumber (LPKP, dan perkara ini disahkan oleh beberapa orang pemandu teksi), Caj tambahan RM 2 pada meter akan dikenakan apabila anda menelefon nombor teksi tersebut untuk mengambil anda di tempat anda dan menghantar anda.

Macam mana nak kesan caj tambahan ini? Apabila selesai perjalanan, anda akan mendapati harga pada meter tiba-tiba bertambah sebanyak RM 2. Itulah caj panggilan telefon.

Macam mana nak tau anda kena tipu? Apabila anda hanya tahan teksi di tepi jalan, tapi sesudah sampai anda tetap dikenakan caj ini walaupun anda tidak menelefon teksi tersebut.

Taktik #2: Meter yang tidak diset semula selepas menurunkan penumpang

Pemandu teksi akan membiarkan meter tersebut berjalan sewenang-wenangnya. Kemudian mengecaj anda sesuka hatinya.

Cara mengatasi: Pastikan meter anda diset semula kepada harga asas (RM 3) sebelum anda memulakan perjalanan. Suruh pemandu teksi mengresetkan semula meternya.

Taktik #3: Caj tambang mengikut bilangan penumpang

Menurut salah seorang pemandu teksi yang saya temui, beliau dengan bersemangatnya menegaskan bahawa tambang (seperti mana yang tercatat pada meter) adalah untuk caj bagi SEBUAH teksi, tidak bersangkutan dengan jumlah penumpang (1 hingga 4). Oleh itu, sila bertegas dengan pemandu teksi bahawa anda akan membayar dengan harga yang tercatat pada meter, satu harga, satu teksi.

– Taktik-taktik terbaru akan diupdate dalam post ini jika difikirkan relevan.

– Bersama kita mematuhi peraturan yang ditetapkan, terutamanya daripada pihak LPKP.