Panduan Pembelian Tiket Keretapi KTMB 2018

KTM Berhad Logo

Sejak beberapa tahun lepas, KTMB telah memperkenalkan platform bagi membeli tiket keretapi secara atas talian (online). Platform berkenaan yang dikenali sebagai KTMB e-Ticket ialah satu-satunya platform bagi pengguna untuk membeli tiket keretapi KTMB secara online. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2017, KTMB telah memperkenalkan sistem tempahan tiket baru yang lebih mudah digunakan. Perkhidmatan sistem tempahan tiket baru ini merangkumi KTM ETS dan juga KTM Intercity.

Walaupun pembelian di kaunter masih boleh dibuat sehingga ke hari ini, kesibukan dengan rutin seharian membuatkan lebih ramai pengguna memilih untuk membeli tiket keretapi mereka secara online. Pembelian tiket secara online adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu hadir ke kaunter. Selain daripada menjimatkan masa, anda juga tidak perlu berbelanja untuk kos pengangkutan untuk hadir sendiri ke kaunter bagi tujuan pembelian tiket.

KTM Berhad Logo
KTM Berhad Logo

Terdapat beberapa cara bagi anda untuk membeli tiket keretapi KTMB, iaitu melalui pembelian di kaunter, laman sesawang rasmi KTMB (www.ktmb.com.my), aplikasi mudah alih (mobile app) KTMB MobTicket ataupun laman pihak ketiga, iaitu easybook.com.

Pembelian di kaunter

Pembelian di kaunter adalah pilihan yang praktikal bagi pengguna yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan tempahan online. Tiket yang boleh dibeli di kaunter ialah tiket keretapi KTM ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter. Selain daripada pembelian tiket keretapi di kaunter, pengguna KTM Komuter juga boleh terus menggunakan kad Touch ‘N Go mereka di pintu masuk platform.

Pembelian di laman sesawang KTMB

Bagi keretapi KTM ETS dan juga KTM Intercity (Antarabandar), tempat duduk adalah dikhaskan (assigned), jadi anda dinasihatkan untuk membeli tiket keretapi anda lebih awal sebelum tarikh sebenar perjalanan anda. Akses kepada platform tempahan tiket tersebut boleh didapati di laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.

Klik sini untuk panduan tempahan tiket KTMB melalui laman web KTMB

 

Pembelian di Aplikasi Mudah Alih (Mobile App) KTMB MobTicket

Selain daripada menggunakan laman web KTMB untuk membuat tempahan tiket, Pengguna KTM ETS dan KTM Intercity juga boleh membuat tempahan tiket mereka secara atas talian (online) melalui mobile app KTMB MobTicket.

Klik sini untuk panduan tempahan tiket KTMB melalui mobile app KTMB MobTicket

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *