Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet

Touch ‘N Go eWallet ialah sebuah dompet elektronik (electronic wallet) yang diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd.

Touch ‘N Go eWallet ini berupaya menambah fungsi dan kelebihan kad Touch ‘N Go sedia ada. Antara fungsi unik yang terdapat pada Touch ‘N Go eWallet ialah semakan baki kad fizikal Touch ‘N Go, bayaran bil dan tiket wayang, dan bayaran tol melalui kaedah PayDirect (tolak baki dari eWallet) dan juga RFiD (tolak baki dari eWallet menggunakan peranti RFiD yang dilekatkan dalam kereta).

Promosi terhad: Klik butang di bawah untuk mendaftar dan dapatkan 100% rebat tol sebanyak 3 kali apabila anda mendaftar menggunakan butang di bawah!

Pendaftaran eWallet Touch N Go

Klik sini untuk mendaftar: Pendaftaran eWallet Touch ‘N Go

Berikut dipaparkan langkah-langkah pendaftaran Touch ‘N Go eWallet:

Langkah 1: Isi maklumat dan daftar

Klik pautan ini untuk isi maklumat peribadi anda dan daftar.

Promosi terhad (masih berlangsung): Nikmati rebat tol 100% sebanyak tiga kali dengan menggunakan pautan di atas untuk mendaftar!

Promosi terhad (Sudah tamat): Dengan mengklik pautan tersebut, anda dapat menikmati sehingga 5 kali rebat 20% bagi penggunaan fungsi PayDirect / RFiD di plaza-plaza tol terpilih.

Langkah 2: Tambah nilai (topup) akaun eWallet anda

Apabila anda selesai mendaftar akaun eWallet anda, anda boleh menambah nilai akaun eWallet anda. Anda boleh membeli soft pin di kedai-kedai terpilih atau menggunakan kad kredit/debit bagi tujuan tambah nilai. Jika anda tidak mahu menggunakan kad kredit/debit anda, anda boleh menambah nilai penggunakan perkhidmatan perbankan online seperti Maybank2u dan juga CIMB Clicks.

Langkah 3: Tambah (add) kad Touch ‘N Go anda

Klik pada menu “TNG Card” untuk memasukkan kad Touch ‘N Go anda. Dengan memasukkan kad Touch ‘N Go anda, anda dapat menikmati beberapa kelebihan istimewa seperti berikut:

  • PayDirect: Guna baki eWallet anda secara terus untuk bayaran tol. Jadi, baki kad Touch ‘N Go anda tidak akan ditolak apabila anda menyentuh kad anda di pembaca di plaza tol. Anda tidak lagi perlu bimbang baki dalam kad akan habis kerana PayDirect akan menolak terus baki dalam akaun eWallet anda. Anda perlu memastikan baki eWallet anda mencukupi bagi tujuan ini.
  • Nota: Jika baki eWallet tidak mencukupi, sistem akan menolak baki terus di dalam kad Touch ‘N Go anda.

Langkah 4: Nikmati rebat tol di lebuh raya

Selesai pendaftaran, anda boleh terus menikmati rebat tol anda di lebuh raya yang menyokong fungsi PayDirect. Fungsi PayDirect ini terdapat di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) di Lembah Klang. Rekod transaksi Touch ‘N Go anda boleh dilihat melalui app eWallet ini.

Diskaun tol ini juga boleh digunakan untuk transaksi tol RFiD anda. Klik sini untuk panduan pendaftaran dan pengaktifan RFiD anda.

Transaksi kad Touch ‘N Go menggunakan ciri PayDirect

Gambar di atas menunjukkan bayaran melalui Touch ‘N Go PayDirect. Baki ditolak terus dari eWallet anda.

Transaksi kad Touch ‘N Go menggunakan kaedah biasa tanpa penolakan baki eWallet

Diskaun Sehingga RM 40.00 di dahmakan

Untuk melakukan beberapa jenis transaksi tambahan, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar Kad Pengenalan / Pasport anda dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke dalam aplikasi.

Dikemas kini pada

10 pandangan di “Cara Daftar Touch ‘N Go eWallet”

    1. Boleh dapatkan balik no serial itu melalui kaunter Touch n Go ataupun laman web Touch n Go. Sekiranya kaedah di atas sukar, anda boleh menambah nilai dan serial no akan ditunjukkan di resit.

    1. Sebaiknya boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan Touch ‘N Go. Kami tidak menggalakkan pengguna daftar akaun baru menggunakan no telefon dan alamat emel lain kerana akaun Touch ‘N Go turut menggunakan identiti diri seperti Kad Pengenalan untuk pengesahan.

    1. Boleh menggunakan alamat emel yang sedia ada untuk menukarkan nombor telefon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Touch N Go.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.