Harga Runcit Disyorkan Untuk Produk Penyelenggaraan Motosikal Yamaha

Sebilangan pengguna motosikal jenama Yamaha pastinya ingin menggunakan produk yang tulen (original) dan dibuat khusus untuk motosikal mereka. Untuk itu, Yamaha ada menawarkan sebilangan produk penyelenggaraan motosikal berjenama Yamalube untuk digunakan oleh pemilik-pemilik motosikal Yamaha. Harga runcit yang disyorkan adalah seperti berikut:

Harga Runcit yang Disyorkan untuk Produk Penyelenggaraan Motosikal Yamaha
Harga Runcit yang Disyorkan untuk Produk Penyelenggaraan Motosikal Yamaha

Nota: Harga yang dipaparkan pada bahagian atas ialah harga runcit yang disyorkan (recommended retail price) untuk Semenanjung Malaysia manakala di bawah pula ialah harga runcit disyorkan untuk negeri Sabah & Sarawak.

Waktu Operasi Baharu PUSPAKOM

Mengikut statistik pemeriksaan kenderaan semasa dan permintaan daripada pemandu e-hailing, pihak PUSPAKOM telah melanjutkan waktu pemeriksaan.

Panduan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM

Sila klik gambar di bawah untuk melihat waktu pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

Waktu Operasi Baharu Cawangan PUSPAKOM
Waktu Operasi Baharu Cawangan PUSPAKOM

Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai cawangan dan alamat pusat pemeriksaan PUSPAKOM, sila lihat maklumat di laman web PUSPAKOM.

Panduan Pemeriksaan PUSPAKOM

PUSPAKOM ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1994 bagi tujuan menjalankan pemeriksaan kenderaan (vehicle inspection) bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Laman Web PUSPAKOM

Mulai 12 Julai 2019, semua kenderaan e-hailing yang berusia 3 tahun ke atas diwajibkan menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.

Berikut dipaparkan langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk membuat pemeriksaan kenderaan anda di PUSPAKOM.

Langkah 1: Kenal Pasti Jenis Pemeriksaan

  • Pemeriksaan Berkala
  • Pemeriksaan Tukar Milik
  • Pemeriksaan Sewa Beli
  • Pemeriksaan Awalan
  • Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela
  • Pemeriksaan Khas
  • Perkhidmatan Pengesahan Pelan Kenderaan

Pemandu Grab: Untuk pemandu Grab, terdapat dua jenis pemeriksaan iaitu 1) Pemeriksaan Berkala E-hailing Pertama dan 2) Pemeriksaan Berkala Semula E-hailing. Pemeriksaan Berkala Semula hanya diperlukan sekiranya Pemeriksaan Berkala

Langkah 2: Sediakan Dokumen Yang Diperlukan

Pemeriksaan oleh pemilik kenderaan:

Pemeriksaan oleh bukan pemilik kenderaan:

Langkah 3: Mendaftar Untuk Temu Janji Pemeriksaan

Laman web: Anda boleh mendaftar akaun myPUSPAKOM di laman web https://www.mypuspakom.com.my. Kemudiannya, anda boleh memasukkan maklumat kenderaan dan temu janji pemeriksaan di laman web berkenaan.

Aplikasi mudah alih (mobile app): Jika anda mempunyai telefon mudah alih pintar (smartphone) Android, anda boleh memuat turun Mobile App myPUSPAKOM di Google Play Store. Anda boleh mendaftar akaun myPUSPAKOM di laman web https://www.mypuspakom.com.my. Kemudiannya, anda boleh memasukkan maklumat kenderaan dan temu janji pemeriksaan di laman web berkenaan.

Pendaftaran adalah mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Sebaik sahaja anda mendaftar, anda boleh membuat temu janji berserta bayaran. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit.

Langkah 4: Hadir Untuk Pemeriksaan

Ada Temu Janji: Anda hanya perlu membawa dokumen temu janji atau kod QR untuk pengesahan temu janji.

Imbasan kod QR boleh dibuat di pintu masuk PUSPAKOM. Kebiasaannya proses ini mudah kerana anda hanya perlu mengimbas kod QR dalam telefon pintar atau dokumen pengesahan temu janji yang dicetak. Tiada bayaran yang perlu dibuat ketika pemeriksaan kerana bayaran sudah dibuat lebih awal semasa proses daftar temu janji di laman web / aplikasi mudah alih myPUSPAKOM.

Tiada Temu Janji: Sila hadir ke Puspakom dan isi borang pemeriksaan. Bayaran boleh dibuat sejurus sebelum pemeriksaan bermula.

Langkah 5: Dapatkan Keputusan Pemeriksaan

Apabila kenderaan anda selesai diperiksa, pegawai PUSPAKOM akan memanggil anda untuk memaklumkan keputusan pemeriksaan. Jika anda gagal, anda perlu hadir semula dalam tempoh sebulan untuk menjalani “pemeriksaan semula”. Jika anda gagal hadir dalam tempoh yang ditetapkan, anda harus melakukan pemeriksaan kenderaan seperti pemeriksaan baru.

Lulus: Anda telah lulus pemeriksaan PUSPAKOM dan dokumen perakuan kelulusan akan dikeluarkan oleh pihak PUSPAKOM.

Gagal: Anda akan menerima laporan pemeriksaan VR1 yang mengandungi keputusan pemeriksaan PUSPAKOM. Pegawai akan memaklumkan kepada anda punca-punca gagalnya kenderaan anda mencapai standard yang diperiksa oleh PUSPAKOM. Anda perlu hadir untuk pemeriksaan semula dalam masa yang ditetapkan oleh pihak PUSPAKOM. Pemeriksaan semula hanya boleh dibuat di PUSPAKOM yang sama dengan pemeriksaan pertama kali.

Gagal lebih 3 kali: Sekiranya anda gagal melebihi 3 kali, anda diwajibkan untuk bertemu pegawai PUSPAKOM untuk perbincangan lebih lanjut. Menurut pengalaman seorang pengguna, pegawai PUSPAKOM tersebut hanya menasihati pengguna berkenaan faktor-faktor kegagalan pemeriksaan PUSPAKOM tersebut.

Nota Untuk Pengguna

Kaedah bayaran: Bayaran-bayaran untuk pemeriksaan PUSPAKOM yang disenaraikan adalah bayaran sahaja tanpa Cukai Perkhidmatan (SST). Sila bawa wang lebih untuk membayar SST sebanyak 6% daripada jumlah bayaran pemeriksaan yang dikenakan.

Bayaran kad kredit: Walaupun kebanyakan lokasi PUSPAKOM menerima kaedah pembayaran melalui kad kredit, namun begitu kadang-kadang mesin kad kredit mereka mengalami masalah. Oleh itu, para pengguna yang membuat bayaran di pusat pemeriksaan wajar untuk membawa wang tunai yang mencukupi.

Soalan Lazim

Soalan: Sekiranya saya gagal, adakah bermakna saya perlu menggunakan khidmat runner, gerenti “lulus” PUSPAKOM?

Jawapan: Sekiranya anda gagal pemeriksaan PUSPAKOM, anda harus meneliti punca-punca kegagalan. Sebagai contoh, sebahagian kecil daripada kereta Proton Saga mengalami masalah brek belakang. Oleh itu, anda perlu memastikan brek bahagian belakang anda diservis di bengkel-bengkel yang memiliki kepakaran untuk melaksanakan penyelenggaran tersebut.

Keselamatan Pemandu Grab: Pemandu Sahaja yang Bertanggungjawab?

Pada 1 Jun 2019, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menasihati para pemandu Grab untuk lebih berhati-hati apabila mengambil menumpang. Menurutnya, walaupun pekerjaan Grab itu merupakan sumber pendapatan, faktor keselamatan sewajarnya menjadi prioriti untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Adakah mana-mana pemandu Grab sanggup untuk mengambil penumpang sekiranya jelas penumpang tersebut mengancam keselamatannya? Kami percaya tiada pemandu Grab yang dibunuh atau pernah dicederakan oleh penumpang masing-masing menyangka insiden tersebut akan terjadi.

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Kenyataan Timbalan Menteri tersebut seolah-olah meletakkan beban di bahu pemandu Grab semata-mata.

Menjaga keselamatan masyarakat itu tanggungjawab bersama. Namun begitu, sebagai wakil kerajaan yang mempunyai akses yang lebih kuat dengan Menteri Pengangkutan atau pihak pengurusan Grab, seharusnya kenyataan Datuk Mohd Azis lebih bersifat strategik dan mendepani isu ini dengan lebih menyeluruh, berbanding dengan hanya menyuruh pemandu lebih berhati-hati.