Tren ETS Kelas Ekonomi (KTM Class 91)

Suasana dalam koc tren ETS (KTM Class 91)

ETS ialah sebuah perkhidmatan rel antara bandar (inter city) yang ditawarkan oleh syarikat pengangkutan rel, KTM Berhad. Nama ETS berasal daripada frasa yang lebih panjang, iaitu Electric Train Service. Walau bagaimanapun, singkatan ETS begitu popular sehinggakan ramai pengguna tidak tahu nama panjangnya yang asal. Semasa pihak KTM Berhad memperkenalkan ETS dahulu, hanya satu kelas penumpang yang ditawarkan, iaitu ETS Kelas Ekonomi. Pada tahun 2019, KTM Berhad telah memperkenalkan perkhidmatan ETS yang lebih selesa, iaitu ETS Kelas Perniagaan (Business Class).

Berbeza dengan tren KTM Intercity, ETS menggunakan tren berkuasa elektrik yang lebih mesra alam dengan pelepasan karbon dioksida yang rendah (berbanding lokomotif diesel yang digunakan bagi kebanyakan perjalanan KTM Intercity).

Dalam kiriman kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda gambar-gambar yang sempat kami ambil dalam tren ETS KTM Class 91, iaitu tren pertama perkhidmatan ETS.

Tren ETS (KTM Class 91)
Tren ETS (KTM Class 91)

KTM Berhad membeli 5 set tren ini pada harga RM 240 juta. Tren ini dibina oleh syarikat usaha sama Hyundai Rotem dari negara Korea Selatan dan Mitsubishi Electric dari Jepun.

Tempat duduk dalam tren ETS (KTM Class 91)
Tempat duduk dalam tren ETS (KTM Class 91)

Tempat duduk bagi ETS kelas ekonomi menggunakan susun atur 2+2. Oleh itu, untuk perjalanan pendek seperti dari KL Sentral hingga Ipoh misalnya, susunan tempat duduk 2+2 sebegini sudah cukup selesa bagi kebanyakan penumpang.

Suasana dalam koc tren ETS (KTM Class 91)
Suasana dalam koc tren ETS (KTM Class 91)

Walau bagaimanapun, untuk perjalanan yang lebih jauh, penumpang yang berbadan sedikit berisi mungkin mahu ETS Kelas Perniagaan (Business Class) ataupun menimbang untuk memilih bas sebagai pengangkutan alternatif kerana perkhidmatan bas ekspres biasanya menawarkan jumlah perjalanan yang lebih kerap dan harga yang lebih murah.

Untuk jadual tren ETS dan bas ekspres yang tepat dari sumber, sila ke laman  myjadual.com. Laman MYJadual menyediakan jadual perjalanan bagi pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam seperti KTM ETS, KTM Intercity, KTM Skypark Link, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, KL Monorail dan juga Bas Ekspres.

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.