RFID Tag di Semua Lebuhraya PLUS Pada Tahun 2020

Lebuh Raya PLUS

12 November 2019: Akhbar The Edge Financial Daily melaporkan bahawa lebuh raya PLUS akan menambah kaedah bayaran tol yang terbaru, iaitu RFID Tag pada tahun 2020. Dengan perubahan ini, para pengguna boleh membayar tol mereka dengan RFID Tag di semua lebuhraya PLUS pada tahun 2020 nanti.

Pelaksanaan sistem kutipan tol terbaru ini akan dilakukan oleh syarikat Joint Venture, iaitu Touch ‘N Go Sdn Bhd. CIMB memiliki kepentingan 52% dalam syarikat ini, manakala PLUS memiliki 28% dan MTD Equity Sdn Bhd sebanyak 20%.

Kaedah bayaran: Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka, kaedah bayaran lebih terbuka akan diperkenalkan, membolehkan para pengguna lebuh raya menghubungkan RFID Tag mereka dengan mana-mana akaun bank, kad kredit, kad debit ataupun e-Wallet Touch ‘N Go mereka.

TNG RFID akan boleh digunakan di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) milik PLUS bermula 1 Januari 2020. Manakala pengguna boleh mula menggunakannya di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS bermula pada 1 April 2020. Sistem PayDirect pula akan mula digunakan di semua lebuh raya PLUS pada pertengahan tahun 2020.

Pada bulan November 2019, pihak PLUS mengumumkan bahawa khidmat tambah nilai (reload) di semua laluan keluar tol plaza PLUS tidak akan beroperasi bermula pada 5 November 2019. Keputusan ini mengakibatkan ramai pengguna jalan raya marah dan kecewa kerana proses menambah nilai di tempat-tempat lain menyukarkan mereka, terutamanya bagi yang menggunakan lebuh raya bertol setiap hari.

Dikemas kini pada

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.