Touch ‘N Go eWallet ialah sebuah dompet elektronik (electronic wallet) yang diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd. Dalam artikel ini, kami akan memberi panduan kepada anda berkenaan cara daftar eWallet Touch ‘N Go.
Touch ‘N Go eWallet ini berupaya menambah fungsi dan kelebihan kad Touch ‘N Go sedia ada. Antara fungsi unik yang terdapat pada Touch ‘N Go eWallet ialah semakan baki kad fizikal Touch ‘N Go, bayaran bil dan tiket wayang, dan bayaran tol melalui kaedah PayDirect (tolak baki dari eWallet) dan juga RFiD (tolak baki dari eWallet menggunakan peranti RFiD yang dilekatkan dalam kereta).
e-Tunai Rakyat
Pada awal tahun 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 100,000.00 setahun layak untuk mendapat sejumlah RM 30.00 untuk program e-Tunai rakyat.
Langkah Mendaftar Touch ‘N Go eWallet
Berikut dipaparkan langkah-langkah pendaftaran Touch ‘N Go eWallet:
Langkah 1: Isi maklumat dan daftar
Muat turun dan daftar (kemas kini 16 Januari 2020): Anda boleh mengisi maklumat dan meneruskan pendaftaran dengan memuat turun aplikasi mudah alih (mobile app) Touch ‘N Go di laman web TNG Digital. Mobile app ini terdapat dalam platform iOS (peranti Apple) dan juga Android (peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi Android seperti Samsung, Oppo dan Vivo).
Pengesahan identiti: Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda bersama selfie bersama kad pengenalan tersebut bagi tujuan pengesahan akaun. Akaun yang disahkan (verified) akan mempunyai beberapa keistimewaan tambahan seperti had nilai pindah akaun (transfer) yang lebih tinggi dan juga pengesahan identiti.
Promosi terhad 2019 (sudah tamat): Nikmati rebat tol 100% sebanyak tiga kali dengan menggunakan pautan di atas untuk mendaftar!
Promosi terhad 2019 (Sudah tamat): Dengan mengklik pautan tersebut, anda dapat menikmati sehingga 5 kali rebat 20% bagi penggunaan fungsi PayDirect / RFiD di plaza-plaza tol terpilih.
Langkah 2: Tambah nilai (topup) akaun eWallet anda
Apabila anda selesai mendaftar akaun eWallet anda, anda boleh menambah nilai akaun eWallet anda. Anda boleh membeli soft pin di kedai-kedai terpilih atau menggunakan kad kredit/debit bagi tujuan tambah nilai. Jika anda tidak mahu menggunakan kad kredit/debit anda, anda boleh menambah nilai penggunakan perkhidmatan perbankan online seperti Maybank2u dan juga CIMB Clicks.
Langkah 3: Tambah (add) kad Touch ‘N Go anda
Klik pada menu “TNG Card” untuk memasukkan kad Touch ‘N Go anda. Dengan memasukkan kad Touch ‘N Go anda, anda dapat menikmati beberapa kelebihan istimewa seperti berikut:
- PayDirect: Guna baki eWallet anda secara terus untuk bayaran tol. Jadi, baki kad Touch ‘N Go anda tidak akan ditolak apabila anda menyentuh kad anda di pembaca di plaza tol. Anda tidak lagi perlu bimbang baki dalam kad akan habis kerana PayDirect akan menolak terus baki dalam akaun eWallet anda. Anda perlu memastikan baki eWallet anda mencukupi bagi tujuan ini.
- Nota: Jika baki eWallet tidak mencukupi, sistem akan menolak baki terus di dalam kad Touch ‘N Go anda.
Langkah 4: Gunakan Touch ‘N Go eWallet anda
Selesai pendaftaran, anda boleh terus menikmati rebat tol anda di lebuh raya yang menyokong fungsi PayDirect. Fungsi PayDirect ini terdapat di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) di Lembah Klang. Rekod transaksi Touch ‘N Go anda boleh dilihat melalui app eWallet ini.
Diskaun tol ini juga boleh digunakan untuk transaksi tol RFiD anda. Klik sini untuk panduan pendaftaran dan pengaktifan RFiD anda.
Gambar di atas menunjukkan bayaran melalui Touch ‘N Go PayDirect. Baki ditolak terus dari eWallet anda.
Untuk melakukan beberapa jenis transaksi tambahan, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar Kad Pengenalan / Pasport anda dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke dalam aplikasi.
Macam mana nak tengok balaced kalau no serial kat ic hilang
Boleh dapatkan balik no serial itu melalui kaunter Touch n Go ataupun laman web Touch n Go. Sekiranya kaedah di atas sukar, anda boleh menambah nilai dan serial no akan ditunjukkan di resit.
Boleh tanya mcm mana nak batalkan register touch n go ni..sebab saya tak pernah pun guna e wallet touch n go or anything berkaitan e wallet ni.tapi tadi saya install apps e wallet tiuch n go n register.apps tu bgi caption u already registr.saya tak pernah pun daftar.saya tkut ada yang gunakan ic saya untuk regster.please help me mcm mana nak batalkan register tu.sebab saya tak boleh rgister sebab ic saya dh d gunakan.urgent please!
Kalau rasa IC atau nombor phone telah digunakan utk akaun lain, sila hubungi customer service touch n go untuk penjelasan.
Macam mana ya? Boleh beri tunjuk ajar
Kan saya pun sama
Bagaimana cara nak daftar baru ewallet sekiranya handset dan nombor telefon sudah tukar lain.
Sebaiknya boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan Touch ‘N Go. Kami tidak menggalakkan pengguna daftar akaun baru menggunakan no telefon dan alamat emel lain kerana akaun Touch ‘N Go turut menggunakan identiti diri seperti Kad Pengenalan untuk pengesahan.
Macam mana mahu hubungi touch n go , sebab ayah saya punya no telfon suda tidak guna ,jadi sekarang memang tidak dapat mahu log in
adakah kite perlu touch kan kad di plaza atau mcm mana? bole bg jelaskan. tkasih
Kalau guna PayDirect, anda perlu “add” kad Touch N Go anda dalam app dulu, baru boleh touch di plaza
Jika telefon hilang .bagaimana kite nak menuntut baki ewallat yg ada dalam telefon yg hilang
Boleh menggunakan alamat emel yang sedia ada untuk menukarkan nombor telefon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Touch N Go.
Nombor phone tidak di guna lagi
Boleh hubungi bahagian customer service untuk dapatkan balik akses akaun tersebut.
Macamana nak tahu no touch n go pada ic sendiri
Boleh tahu masa kita reload tu, di resit boleh tengok nombor touch n go
Macamana nak dapatkan no ID semasa mendaftar?
Boleh saya tahu nombor ID apa yang anda maksudkan?
Salam tuan admin.
Macam mana saya boleh dapatkan no rujukan utk daftar barkod. Dalam borang Touch n go ada minta NO RUJUKAN.. Ada x cara saya boleh dapatkan. Terima kasih
Sekiranya no rujukan itu tidak diperlukan, saudara boleh tinggal kosong ruangan tersebut.
saya pertama kali mendaftar touch n go E-wallet..semasa saya mendaftar,dia minta nombor akaun bank saya,saya pun letak nombor akaun bank saya,lepas tu ia mengambil duit rm50 dalam akaun bank saya..kata boleh claim rm50 dalam touch n go E-wallet,tapi kenapa ia menolak duit rm50 dalam akaun bank saya?padahal saya pertama kali mendaftar..adakah ia akan membayar duit saya itu semula?mohon pencerahan
Macamana nak dapatkan no ID semasa mendaftar?
ada ditanya sebelum ni.
Semasa mengisi maklumat dibawah idtype mykad selepas itu ID NUMBER kemudian email.
boleh rujuk pautan ini untuk imej
https://1.bp.blogspot.com/-ck0Zl6qIEJo/XaNn7xC68SI/AAAAAAAAlgs/11aPrFSKR-8XJSLNnMrDZ8U7pR3kVx9EACLcBGAsYHQ/s320/tng%2B9.jpg
Berkaitan ID Number dah dapat. Just masukkan nombor KP kalau guna myKad. kalau yang lain guna id number pilihan berkenaan. tq admin n sorry for the question before… by the way tolong up juga kerana dlm post ni ada yang bertanya dan mungkin belum dapat jawapan lagi.
macam mana untuk saya daftar pembayaran melalui aplikasi touch & go sebab saya merupakan seorang peniaga..