Waktu Operasi Baharu PUSPAKOM

Mengikut statistik pemeriksaan kenderaan semasa dan permintaan daripada pemandu e-hailing, pihak PUSPAKOM telah melanjutkan waktu pemeriksaan.

Panduan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM

Sila klik gambar di bawah untuk melihat waktu pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

Waktu Operasi Baharu Cawangan PUSPAKOM
Waktu Operasi Baharu Cawangan PUSPAKOM

Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai cawangan dan alamat pusat pemeriksaan PUSPAKOM, sila lihat maklumat di laman web PUSPAKOM.

Dikemas kini pada

Notis KTMB – Gangguan Perkhidmatan ETS

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN ETS

Ekoran masalah kerosakan signal di Stesen Segambut, tren ETS9202 laluan KL Sentral ke Padang Besar dijangka mengalami kelewatan selama 40 minit daripada jadual asal.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima Kasih di atas kesabaran anda.

Dikemas kini pada

Notis KTMB: Gangguan Perkhidmatan KTM Komuter

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KTM KOMUTER

Ekoran kejadian kabel talian elektrik terputus di Stesen Batang Benar dan mengakibatkan penggunaan satu landasan sahaja, tren KTM Komuter laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves dijangka mengalami kelewatan selama 30 minit.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima kasih di atas kesabaran anda.

Sumber: Facebook KTM Berhad

Dikemas kini pada

Notis KTMB – Gangguan Perkhidmatan Tren KTM Komuter

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KOMUTER

Ekoran masalah pokok tumbang di antara Stesen Serdang ke Kajang, tren Komuter laluan Pulau Sebang ke Batu Caves akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Batang Benar.

Manakala tren Komuter laluan Batu Caves ke Stesen Pulau Sebang akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Serdang.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

Sumber: Laman Facebook rasmi KTM Berhad

Dikemas kini pada

Jadual Perjalanan KLIA Transit 2018

Pihak ERL telah mengemas kini jadual perjalanan bagi tren KLIA Transit mereka berkuat kuasa pada 14 Mac 2018. Jadual tersebut telah dikemaskini dalam laman rasmi mereka.

Klik sini untuk jadual terbaru perjalanan KLIA Transit -> MYJadual.com – KLIA Transit. Jadual ini diambil dan diproses daripada laman rasmi KLIA Transit, iaitu www.kliaekspres.com.

KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan tren laju yang menghubungkan KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA (Bangunan Terminal Utama dan klia2).

MYJadual ialah sebuah laman web yang memaparkan maklumat perjalanan bagi pengangkutan awam di Malaysia.

Dikemas kini pada

Cuai: KTM Berhad Didenda RM 60,000

TEMERLOH, 22 Mac 2018: Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa KTM Berhad (KTMB) telah didenda sebanyak RM 60,000 kerana penyenggaraan yang lemah untuk rel dan kocnya. Dalam kes pertama seumpamanya terhadap KTM Berhad (KTMB), operator tren tersebut didenda oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang akibat kegagalannya dalam memastikan proses penyenggaraan tren dan koc berjalan dengan baik.

Seorang wakil daripada KTMB mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Datin M. Kunasundary pada hari Khamis lepas. Syarikat berkenaan gagal untuk mematuhi Seksyen 8.1 Lesen Operator Tren KTMB sehingga menyebabkan kegeliciran tren.

Tren malang berkenaan, Senandung Wau telah tergelincir pada pukul 1:50 pagi, 8 Julai 2014 berhampiran stesen Kemayan di Pahang. Salah satu daripada 8 koc tren berkenaan mengalami kegelinciran. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

Sumber: The Star, 22 Mac 2018

Dikemas kini pada

Jadual Perjalanan Tren KTMB 2018

Salam sejahtera kepada semua pelawat kami. Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa semua jadual perjalanan KTMB bagi perkhidmatan KTM ETS, KTM Intercity, dan KTM Komuter Sektor Utara telah dikemas kini di laman myjadual.com. Oleh itu, anda boleh melihat jadual terkini di laman web berkenaan, terdapat dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu.

MYJadual Logo
MYJadual Logo

MYJadual ialah sebuah laman web untuk anda membuat rujukan berkenaan jadual perjalanan pengangkutan awam. Buat masa sekarang, MYJadual memiliki jadual perjalanan tren untuk KTM ETS, KTM Intercity, KTM Komuter, KLIA Transit, KLIA Ekspres, RapidKL Bus, RapidKL Ampang / Sri Petaling Line, RapidKL Kelana Jaya Line and KL Monorail.

Dikemas kini pada

Jadual Perjalanan KTM Intercity / ETS 2014 / 2015

Laman-laman berikut menyediakan maklumat TERKINI stesen keretapi dan juga jadual perjalanan bagi KTM Intercity (Antarabandar) dan juga ETS.

Klik pautan di bawah untuk maklumat stesen dan jadual ETS / KTM Intercity.

Tren KTM ETS / Intercity / Komuter

Dikemas kini pada