Cara Mendaftar Pemandu Grab

Anda teringin untuk menjadi pemandu Grab? Anda tercari-cari panduan pendaftaran sebagai pemandu Grab tetapi tidak tahu di mana? Tidak perlu mencari lagi kerana kami ingin berkongsi dengan anda cara mendaftar pemandu Grab. Dengan panduan mudah kami ini, anda bakal menikmati penjimatan seperti berikut:

  • Jimat masa: Tidak perlu membuka pelbagai laman web untuk mengenal pasti senarai dokumen yang diperlukan kerana kami sudah menyenaraikannya untuk anda.
  • Jimat minyak kereta: Tidak perlu berulang kali pergi ke Pejabat JPJ atau Grab Driver Centre kerana panduan kami menyediakan maklumat yang anda perlukan.

Panduan mendaftar pemandu Grab, dari kami, untuk anda. Kerana kami juga pemandu Grab.

Pemeriksaan PUSPAKOM

Sekiranya kereta anda berusia tiga tahun ke atas, anda diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk kereta anda.

Laman Web PUSPAKOM
Laman Web PUSPAKOM

Klik sini untuk panduan lengkap.

Persiapan kereta

Sebagai pemandu Grab, anda perlu menyediakan beberapa persiapan keselamatan untuk kereta anda. Antara yang perlu ada dalam kereta ialah:

  1. Pemadam api 1kg
  2. Segi Tiga reflektif
  3. Pelekat “e-hailing” di cermin depan dan belakang
  4. Pelekat pemeriksaan PUSPAKOM

Persiapan pemandu Grab

Untuk menjadi pemandu Grab yang efisien, kami menyarankan anda menyediakan beberapa aksesori berikut untuk keselesaan anda memandu. Aksesori yang diperlukan oleh seseorang pemandu Grab ialah:

  1. Car mount
  2. Penyuai kuasa (adapter) dari slot 12V kepada USB
  3. Kabel USB telefon anda (penggunaan aplikasi Grab menggunakan kuasa bateri dengan banyak, anda perlu sentiasa mengecas telefon pintar anda)
  4. Bluetooth Headset (untuk khidmat navigasi senyap dan tidak mengganggu penumpang anda)

Kebenaran memandu daripada pemilik

Sekiranya anda bukan pemilik kereta, anda perlu menyediakan sepucuk surat rasmi daripada pemilik kereta yang dialamatkan kepada alamat syarikat Grab. Surat tersebut perlu mengandungi:

  1. Maklumat pemilik kereta
  2. Maklumat pemandu Grab
  3. Penyataan bahawa pemilik membenarkan kenderaannya digunakan untuk tujuan pemanduan Grab

Nota: Kebenaran ini hanya perlu sekiranya pihak insurans kereta tidak menyenaraikan nama pemandu Grab sebagai “named/authorized driver”.

Kebenaran memandu daripada pihak insurans

Sekiranya insurans kereta tersebut memiliki “named drivers” atau “authorised drivers”, anda boleh memasukkan nama anda dalam “cover note” insurans berkenaan.

Cara mendaftar pemandu Grab

Anda boleh terus memuat turun aplikasi Grab Driver di platform iOS / Android ataupun hadir sendiri ke Grab Driver Centre di Axis Business Campus, Petaling Jaya, Selangor. Rujuk sini untuk panduan.

Klik pautan ini untuk mendaftar. Jika anda hadir sendiri di GDC untuk mendaftar, sila gunakan kod referal ini: 2DEEF6

Lesen PSV

Untuk memiliki lesen PSV, anda perlu melakukan perkara berikut (dan lulus dengan jayanya bagi setiap peringkat). Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan memohon lesen PSV untuk pemandu Grab, sila klik sini.

  1. Pemeriksaan kesihatan: Boleh dibuat di mana-mana klinik panel Grab atau mana-mana klinik yang menawarkan perkhidmatan “medical checkup” untuk lesen PSV. Wajib lulus.
  2. Kelas teori PSV pemandu e-hailing: Kelas ini disediakan oleh pihak Grab dengan bayaran yang munasabah. Klik pautan di atas untuk maklumat lanjut.
  3. Peperiksaan PSV: Peperiksaan ini dijalankan oleh pihak JPJ. Selepas menghadiri kelas teori, anda akan mendapat jemputan untuk hadir dalam peperiksaan. Tempoh masa ialah sejam (60 minit) dan terdapat 60 soalan objektif untuk anda jawab. Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman mySIKAP JPJ. Wajib lulus.
  4. Lesen PSV: Mendaftar lesen PSV di mana-mana pejabat JPJ cawangan negeri (kecuali Putrajaya). Dokumen yang diperlukan ialah: a) Laporan pemeriksaan perubatan, b) Salinan lesen memandu c) Pengesahan peperiksaan PSV d) Resit asal bayaran pemeriksaan perubatan e) Kad Pengenalan f) Lesen Memandu. Bayaran ialah RM 20.00 setahun.

Perlindungan PERKESO

Walaupun tidak ada penguatkuasaan daripada pihak Grab, setiap pemandu e-hailing wajib memiliki perlindungan PERKESO. Skim ini dikenali dengan nama Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Kaedah bayaran: Boleh dibuat secara atas talian (online) menggunakan portal iPERKESO ataupun secara manual di kaunter mana-mana pejabat PERKESO.

Kekerapan bayaran: Caruman boleh dibuat secara bulanan atau tahunan.

Pilihan caruman adalah seperti di bawah:

Pilihan/PelanPendapatan Bulanan Pilihan Yang DiinsuranskanBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Sumber: Laman web PERKESO

Nota

  1. e-hailing vehicle permit (eVP): Anda tidak perlu memohon sendiri eVP kerana pihak Grab akan melakukannya untuk anda. Sebarang kos untuk eVP juga akan ditanggung oleh pihak Grab.
  2. Geran Kenderaan (RC) atau Sijil Milikan Kenderaan (VOC): Tidak ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan.

Dikemas kini pada

Diskaun Touch ‘N Go: 100% Rebat Tol dengan Touch ‘N Go eWallet

Berita baik untuk semua pengguna baru Touch ‘N Go! Anda kini boleh mendapatkan diskaun 100% untuk penggunaan tol melalui kaedah PayDirect menggunakan eWallet masing-masing.

Daftar sini untuk tol percuma (3 kali)!

Untuk menikmati diskaun berkenaan, pengguna haruslah mematuhi syarat-syarat yang berikut:

Promosi 100% Diskaun Tol Touch ‘N Go

  1. Pendaftaran sepanjang tempoh promosi:  7 September 2019 hingga 31 December 2019.
  2. Sila tambah kad Touch ‘n Go atau MyKad ke dalam aplikasi eWallet anda untuk pertama kali sepanjang tempoh kempen ini untuk menikmati 3 kali 100% rebat tol.
  3. Pengguna yang telah tambah nilai melalui akaun eWallet masing-masing menggunakan Touch ‘N Go Reload PIN percuma semasa tempoh kempen tidak layak untuk mendapat rebat tol ini.
  4. Baca terma dan syarat penuh di sini: Terms & Conditions and FAQ.
 
Daftar sini untuk tol percuma (3 kali)!

Untuk mendaftar untuk menggunakan eWallet, anda boleh merujuk panduan pendaftaran eWallet untuk mengetahui cara-cara pendaftaran dan juga mendaftar tag RFiD untuk kenderaan anda.

Untuk promosi-promosi terkini, anda boleh merujuk kepada laman Facebook Touch ‘N Go eWallet dan juga laman Facebook LANDASAN.

Dikemas kini pada

KTMB Memperkenalkan ETS Kelas Perniagaan (Business Class)

Pada 27 September 2019, KTM Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dinamakan ETS Business Class atau juga dikenali sebagai kelas perniagaan. ETS Business Class ini menggunakan trainset baharu yang digunakan oleh KTMB.

 

Walaupun kelihatan serupa, ETS Business Class ini mempunyai beberapa kelainan berbanding perkhidmatan KTM ETS kelas “ekonomi” yang ditawarkan sekarang ini.

Pihak KTMB juga telah memuat naik satu video berbentuk “teaser” bagi menunjukkan kepada orang ramai berkenaan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan dalam tren ETS Business Class ini.

Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah punca bekalan kuasa 230 V bagi setiap tempat duduk, pengecas USB, skrin infotainmen, dan tempat duduk yang lebih luas dan selesa untuk perjalanan jarak jauh. Selain dari itu, susunan tempat duduknya pula ialah tiga tempat duduk sebaris, berbanding tren biasa ETS yang mempunyai tempat tempat duduk sebaris.

Tiada maklumat harga yang diketahui pada masa sekarang. Nantikan maklumat lanjut di sini

Sila layari laman web KTMB atau laman Facebook KTMB untuk maklumat lanjut.

 

Dikemas kini pada

Waktu Operasi Baharu PUSPAKOM

Mengikut statistik pemeriksaan kenderaan semasa dan permintaan daripada pemandu e-hailing, pihak PUSPAKOM telah melanjutkan waktu pemeriksaan.

Panduan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM

Sila klik gambar di bawah untuk melihat waktu pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

Waktu Operasi Baharu Cawangan PUSPAKOM
Waktu Operasi Baharu Cawangan PUSPAKOM

Untuk maklumat lanjut berkenaan senarai cawangan dan alamat pusat pemeriksaan PUSPAKOM, sila lihat maklumat di laman web PUSPAKOM.

Kemas kini 6 Januari 2020: PUSPAKOM telah menyiarkan waktu operasi baharu bagi pusat-pusat pemeriksaannya. Klik sini untuk melihat maklumat waktu operasi PUSPAKOM yang terkini.

Dikemas kini pada

Notis KTMB – Gangguan Perkhidmatan ETS

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN ETS

Ekoran masalah kerosakan signal di Stesen Segambut, tren ETS9202 laluan KL Sentral ke Padang Besar dijangka mengalami kelewatan selama 40 minit daripada jadual asal.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima Kasih di atas kesabaran anda.

Dikemas kini pada

Notis KTMB: Gangguan Perkhidmatan KTM Komuter

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KTM KOMUTER

Ekoran kejadian kabel talian elektrik terputus di Stesen Batang Benar dan mengakibatkan penggunaan satu landasan sahaja, tren KTM Komuter laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves dijangka mengalami kelewatan selama 30 minit.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima kasih di atas kesabaran anda.

Sumber: Facebook KTM Berhad

Dikemas kini pada

Notis KTMB – Gangguan Perkhidmatan Tren KTM Komuter

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KOMUTER

Ekoran masalah pokok tumbang di antara Stesen Serdang ke Kajang, tren Komuter laluan Pulau Sebang ke Batu Caves akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Batang Benar.

Manakala tren Komuter laluan Batu Caves ke Stesen Pulau Sebang akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Serdang.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.

Sumber: Laman Facebook rasmi KTM Berhad

Dikemas kini pada

Jadual Perjalanan KLIA Transit 2018

Pihak ERL telah mengemas kini jadual perjalanan bagi tren KLIA Transit mereka berkuat kuasa pada 14 Mac 2018. Jadual tersebut telah dikemaskini dalam laman rasmi mereka.

Klik sini untuk jadual terbaru perjalanan KLIA Transit -> MYJadual.com – KLIA Transit. Jadual ini diambil dan diproses daripada laman rasmi KLIA Transit, iaitu www.kliaekspres.com.

KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan tren laju yang menghubungkan KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA (Bangunan Terminal Utama dan klia2).

MYJadual ialah sebuah laman web yang memaparkan maklumat perjalanan bagi pengangkutan awam di Malaysia.

Dikemas kini pada

Cuai: KTM Berhad Didenda RM 60,000

TEMERLOH, 22 Mac 2018: Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa KTM Berhad (KTMB) telah didenda sebanyak RM 60,000 kerana penyenggaraan yang lemah untuk rel dan kocnya. Dalam kes pertama seumpamanya terhadap KTM Berhad (KTMB), operator tren tersebut didenda oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang akibat kegagalannya dalam memastikan proses penyenggaraan tren dan koc berjalan dengan baik.

Seorang wakil daripada KTMB mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Datin M. Kunasundary pada hari Khamis lepas. Syarikat berkenaan gagal untuk mematuhi Seksyen 8.1 Lesen Operator Tren KTMB sehingga menyebabkan kegeliciran tren.

Tren malang berkenaan, Senandung Wau telah tergelincir pada pukul 1:50 pagi, 8 Julai 2014 berhampiran stesen Kemayan di Pahang. Salah satu daripada 8 koc tren berkenaan mengalami kegelinciran. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

Sumber: The Star, 22 Mac 2018

Dikemas kini pada