Tren ETS Kelas Ekonomi (KTM Class 91)

ETS ialah sebuah perkhidmatan rel antara bandar (inter city) yang ditawarkan oleh syarikat pengangkutan rel, KTM Berhad. Nama ETS berasal daripada frasa yang lebih panjang, iaitu Electric Train Service. Walau bagaimanapun, singkatan ETS begitu popular sehinggakan ramai pengguna tidak tahu nama panjangnya yang asal. Semasa pihak KTM Berhad memperkenalkan ETS dahulu, hanya satu kelas penumpang yang ditawarkan, iaitu ETS Kelas Ekonomi. Pada tahun 2019, KTM Berhad telah memperkenalkan perkhidmatan ETS yang lebih selesa, iaitu ETS Kelas Perniagaan (Business Class).

Berbeza dengan tren KTM Intercity, ETS menggunakan tren berkuasa elektrik yang lebih mesra alam dengan pelepasan karbon dioksida yang rendah (berbanding lokomotif diesel yang digunakan bagi kebanyakan perjalanan KTM Intercity).

Dalam kiriman kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda gambar-gambar yang sempat kami ambil dalam tren ETS KTM Class 91, iaitu tren pertama perkhidmatan ETS.

Tren ETS (KTM Class 91)

KTM Berhad membeli 5 set tren ini pada harga RM 240 juta. Tren ini dibina oleh syarikat usaha sama Hyundai Rotem dari negara Korea Selatan dan Mitsubishi Electric dari Jepun.

Tempat duduk dalam tren ETS (KTM Class 91)

Tempat duduk bagi ETS kelas ekonomi menggunakan susun atur 2+2. Oleh itu, untuk perjalanan pendek seperti dari KL Sentral hingga Ipoh misalnya, susunan tempat duduk 2+2 sebegini sudah cukup selesa bagi kebanyakan penumpang.

Suasana dalam koc tren ETS (KTM Class 91)

Walau bagaimanapun, untuk perjalanan yang lebih jauh, penumpang yang berbadan sedikit berisi mungkin mahu ETS Kelas Perniagaan (Business Class) ataupun menimbang untuk memilih bas sebagai pengangkutan alternatif kerana perkhidmatan bas ekspres biasanya menawarkan jumlah perjalanan yang lebih kerap dan harga yang lebih murah.

Untuk jadual tren ETS dan bas ekspres yang tepat dari sumber, sila ke laman  myjadual.com. Laman MYJadual menyediakan jadual perjalanan bagi pelbagai perkhidmatan pengangkutan awam seperti KTM ETS, KTM Intercity, KTM Skypark Link, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, KL Monorail dan juga Bas Ekspres.

Pengalaman Negatif Menggunakan Teksi di Malaysia #1

A bersama tiga lagi orang kawannya menaiki teksi untuk perjalanan lebih kurang 2 km. Kalau nak diikutkan harga kebiasaan, ia tidak akan mencecah RM 6, mengikut harga meter yang baru.

Seperti biasa, terdapatnya sebilangan pemandu-pemandu teksi yang suka makan duit haram. Mereka ini merasakan dengan memakai ketayap atau memberi ceramah anti-kerajaan di dalam teksi sudah cukup untuk membuatkan mereka masuk syurga walaupun bawak teksi dan caj penumpang harga lebih TANPA memberitahu penumpang apakah jenis caj yang dikenakan.

Kali ini, A telah bersemuka dengan seorang pemandu teksi yang bernama C. Nombor teksi tidak dicatatkan. Tunggu la. Selepas ini ‘crackdown’ besar-besaran terhadap pemandu teksi yang berperangai busuk akan dimulakan.

Kami menyokong 100% penggunaan meter. Mahal atau tidak tidak mengapa asalkan IKUT METER.

A: [Bagi duit RM 5 kat C]

C: [Buat muka seposen]

A: Bukan RM 5 ke encik?

C: Kamu naik lain-lain dengan dia [Kawan-kawan A] tadi

A: Setahu saya, satu teksi, satu tambang.

C: Kat Komuter kita caj ikut kepala. Bukan ikut teksi.

A: Meter macam mana?

C: [Tekan butang “tempahan melalui telefon” kat meter dan secara otomatiknya tambang bertambah RM 2 menjadi RM 6.40]

A: Ni tambah dua ringgit sebagai caj tambahan telefon (kalau kita telefon teksi akan dikenakan caj tambahan RM 2)

C: Ya.

A: Ada saya telefon tak teksi ni? Saya tahan je tadi.

A: Orang lain, selama saya naik teksi ni, caj RM 5 saja nak sampai sini.

C: Kau simpan ah duit tu buat kau belajar. Aku dah cam muka kau, nanti aku bagitau kat budak-budak ni kat komuter. [A tak tau budak2 mana. Gangster ke, pemandu teksi ke, pegawai KTM ke)

A: Betul ni?

A: (“Baik” la pulak drebar teksi ni. Aku nak bagi tambang sekadar perlu, dia pulak reject). Ok terima kasih. [Tutup pintu]

Apa hasilnya. Kami mendapati, si A kini lebih ketakutan untuk keluar, apatah lagi menggunakan teksi. Berkemungkinan kerana diugut secara langsung oleh C.

Di mana hak A sebagai pengguna?

Kita sering kali membaca berita dalam surat khabar, LPKP selalu sahaja ‘menangkap’ pemandu-pemandu teksi yang berperangai busuk ini. Mengapa mereka tidak berubah?

Pegawai-pegawai kerusi empuk LPKP, apa kata korang naik teksi je hari-hari pergi keje? Naik kereta jer apa barang. Rasa apa yang orang lain rasa. Rasalah bagaimana dicekik oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab. Jangan pandai buat kenyataan ‘pendedahan mengejutkan’ saja dalam media kalau tiada tindakan susulan ke atas EACH taxi driver that you have cought.

LPKP I challenge you to curb down on this issue. Make those who have been warned many times to go straight to jail for a week or a month, let them suffer. And let them know there are many people who have to board the taxis and ended up being ‘choked’ mercilessly by uncompassionate taxi drivers.

Let their family suffer because of the taxidriver’s misbehavior which has adversely affected our country’s image among tourists, even among the locals. Hopefully, upon their return, they will turn over a new leaf. Why am I suggesting this inhumane move? Because there are quite a number of innocent taxi drivers who earn their money in halal way, and ended up earning less than those uncompassionate ones, just because they are trying to abide with the law.

Sering kali kita jumpa juga pemandu teksi yang mengenakan tambang kurang daripada yang tercatat dalam meter. Alhamdulillah, mereka ini memang baik.

Mengapa? Tidak rugikah mereka?

Marilah kita teliti satu kisah perbualan seorang pelajar dan seorang pemandu teksi. Pemandu teksi tersebut menceritakan gelagat-gelagat pemandu teksi yang berperangai busuk kepada pelajar tersebut:

“Bawak teksi ini sebenarnya senang nak dapat duit. Tambang meter yang baru ni dah cukup. Asalkan jangan main nombor (ekor) dan main dam di waktu kerja. Saya bawak teksi, cukup je duit makan keluarga”.

Ini pengakuan jujur pemandu teksi yang ikhlas dan telus dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemandu teksi. Terima kasih diucapkan.

Konklusi: Kebanyakan pemandu teksi dah baik, cuma ada segelintir yang berperangai buruk. Eliminate them and Malaysia will be way better. Repeat the word, eliminate. Not suspend. 5 year suspension would suffice.

Hanya sekiranya kerajaan serius dalam usaha memenangi hati rakyat untuk menang PRU seterusnya. Rakyat yang kena tipu dengan taxi drivers lagi banyak daripada taxi drivers themselves. Do the math, and help the majority.

Another perspective…

Let us look into this particular issue pertaining the taxi drivers at the LCCT.

http://www.parti-sosialis.org/posts/290/penderitaan-pemandu-teksi-lcct/

They have their trip limits, some of them only go back home once per week. While some people think they are simply making illogical claims, the truth is there. People should realize how hard it is to earn some money over there. And yet the taxi drivers in the other areas simply ask for exorbitant fares and make moe money on-the-fly. Very unfair towards the unfortunate LCCT taxi drivers.

Taktik kotor pemandu teksi mengenakan caj tambahan tersembunyi kepada penumpang


Untuk mengaut keuntungan haram secara berlipat ganda, pelbagai cara digunakan oleh SEGELINTIR pemandu teksi semata-mata untuk mengaut keuntungan tambahan dengan cara memeras duit penumpang, terutamanya yang berada dalam keadaan terdesak.

Taktik #1: Caj tambahan RM 2 pada meter

Menurut sumber (LPKP, dan perkara ini disahkan oleh beberapa orang pemandu teksi), Caj tambahan RM 2 pada meter akan dikenakan apabila anda menelefon nombor teksi tersebut untuk mengambil anda di tempat anda dan menghantar anda.

Macam mana nak kesan caj tambahan ini? Apabila selesai perjalanan, anda akan mendapati harga pada meter tiba-tiba bertambah sebanyak RM 2. Itulah caj panggilan telefon.

Macam mana nak tau anda kena tipu? Apabila anda hanya tahan teksi di tepi jalan, tapi sesudah sampai anda tetap dikenakan caj ini walaupun anda tidak menelefon teksi tersebut.

Taktik #2: Meter yang tidak diset semula selepas menurunkan penumpang

Pemandu teksi akan membiarkan meter tersebut berjalan sewenang-wenangnya. Kemudian mengecaj anda sesuka hatinya.

Cara mengatasi: Pastikan meter anda diset semula kepada harga asas (RM 3) sebelum anda memulakan perjalanan. Suruh pemandu teksi mengresetkan semula meternya.

Taktik #3: Caj tambang mengikut bilangan penumpang

Menurut salah seorang pemandu teksi yang saya temui, beliau dengan bersemangatnya menegaskan bahawa tambang (seperti mana yang tercatat pada meter) adalah untuk caj bagi SEBUAH teksi, tidak bersangkutan dengan jumlah penumpang (1 hingga 4). Oleh itu, sila bertegas dengan pemandu teksi bahawa anda akan membayar dengan harga yang tercatat pada meter, satu harga, satu teksi.

– Taktik-taktik terbaru akan diupdate dalam post ini jika difikirkan relevan.

– Bersama kita mematuhi peraturan yang ditetapkan, terutamanya daripada pihak LPKP.

Airtrain Newark, New Jersey, United States


Beberapa hari yang lepas, onetwenty telah mencuba sendiri pengalaman menaiki Airtrain Newark Liberty Airport di Newark, New Jersey. Menggunakan sistem monorel sepanjang 3 batu (4.8 km), Airtrain Newark menghubungkan Newark Liberty International Airport (EWR) dan juga laluan rel NJ Transit / Amtrak Northeast Corridor (NEC).

Sistem Airtrain ini berfungsi untuk menghubungkan terminal-terminal yang terdapat di lapangan terbang. Onetwenty pernah sampai ke JFK Airport dan di sana pun terdapat juga Airtrain. Onetwenty mendapati sistem Airtrain memang efisien dan memudahkan urusan mengangkut penumpang antara terminal. Harapnya nanti bila KLIA dah berkembang, akan wujud sistem seumpama ini. Barulah mudah pengguna nak bergerak ke sini ke sana.

Onetwenty di KTM Bank Negara


OK hari ni Onetwenty nak bercerita dalam Bahasa Melayu. Mula-mula, Onetwenty naik KTM Komuter ke Bank Negara. Sampai saja di Bank Negara, Onetwenty mula resah. Handphone dah nak mati. Bateri dah nak habis.

Pastu Onetwenty mula melilau-lilau mencari soket elektrik untuk cas handphone. Last-last jumpa satu tempat yang baeeekkkk punyer untuk cas handphone. Apa lagi, Onetwenty terus cas la.

Onetwenty hanya duduk atas lantai, makan twisties dan baca novel sambil cas handphone. Disebabkan fizikal Onetwenty yang tidaklah seberapa, duduk macam pengemis pulak, mungkin menjadi eyesore untuk pengguna-pengguna KTM pada masa tu.

Dan datanglah seseorang (Lelaki X) yang mengaku dirinya ketua stesen KTM Bank Negara. Rasanya memang betul kot dia station master KTM Bank Negara. Beginilah lebih kurang perbualan kami.

12.40 tengah hari, 1 November 2009.

X: Awak dah lama dah guna elektrik kat sini. Boleh tutup dah.

Onetwenty: Encik, saya cuma tumpang cas handphone saja.

X: Tak boleh, ini elektrik KTM. Awak mana boleh pakai sesuka hati awak.

Onetwenty: Encik, saya cuma cas handphone. Saya bukan letak peti ais kat sini.

X: Tak kira la peti ais ke apa ke, awak tetap tak boleh guna elektrik kat sini.

Onetwenty: (Berlalu dari tempat tersebut)

* * *

Onetwenty tertanya-tanya. Inilah persoalan yang bermain di fikiran.

  • ok elektrik tu harta KTMB. Kenapa saya tidak boleh menggunakannya? Soket itu terletak di merata-rata tempat.
  • Mana dia PAPAN TANDA atau PERATURAN BERTULIS yang menyatakan PENGGUNA KTM KOMUTER TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN SOKET-SOKET ELEKTRIK YANG TERDAPAT DENGAN BANYAKNYA DI BANK NEGARA?
  • Di stesen bas, KL Sentral, Midvalley, Pavilion, KLIA Main Terminal, KLIA LCCT, dan berbagai-bagai la lokasi terkemuka di Malaysia ini, belum ada SEORANG PUN yang mempersoalkan penggunakan soket elektrik DI TEMPAT AWAM.
  • Sejak bila KTM Bank Negara bertukar menjadi Restoran Nasi Kandar KTM (kat restoran nasi kandar biasanya akan dicas RM 1.00 setiap sejam penggunaan elektrik)?

10 minit selepas itu, Onetwenty pergi sekali lagi kepada pegawai tersebut untuk memohon agar dibenarkan untuk mengecas handphone.

Onetwenty: Encik, boleh tak saya nak mintak tumpang cas handphone di sini?

X: Tak boleh.

Onetwenty: Boleh saya tau kenapa tidak boleh?

X: Awak tau tak malam-malam pun kita jimat elektrik tutup sebahagian lampu. Kalau bil elektrik tinggi, saya juga yang kena menjawab dengan pejabat.

Onetwenty: Encik, saya cuma nak cas handphone saja. Bukan nak guna elektrik banyak. Sikit saja.

X: Tak boleh.

Onetwenty: Mengapa Encik cakap tidak boleh? Saya tidak nampak sebarang papan tanda atau pemberitahuan pun yang menyatakan saya tidak boleh menggunakan soket elektrik yang terdapat di sini.

X: Saya ketua stesen di sini. Semua pergerakan orang kita ada CCTV untuk pantau, sebarang masalah memang akan melalui saya baru kita ambil tindakan. Kalau ada sebarang kes berat pun, sebelum repot polis akan melalui saya dahulu.

Onetwenty: Jadi sekarang ni pejabat la yang tak benarkan saya guna kemudahan elektrik di sini?

X: Ya.

Onetwenty: Sebarang masalah pasal ni saya kena maklumkan kat pejabat la?

X: Ya.

Onetwenty: Tapi ni sebagai cadangan dari saya la Encik. soket elektrik ni…….

X: Apa-apa cadangan awak boleh terus ke pejabat sana.

Onetwenty: Terima kasih (berlalu keluar dari stesen)

Nota:

Inilah pertama kali Onetwenty berjumpa dengan seorang pegawai KTM yang angkuh. Onetwenty menyifatkannya angkuh kerasa tidak mempunyai sikap ‘compassionate’ dan tolerance semasa menjalankan tugas. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada ahli keluarga, jiran mahupun teman sekerja KTMB yang terasa hati. Onetwenty cuma rasa apa yang patut ditegur, Onetwenty akan tegur.

Keadaan Onetwenty yang umpama pengemis ataupun anak muda yang datang entah dari mana mungkin mengundang rasa meluat dalam hati Lelaki X tadi. Buat Lelaki X, walaupun kita dah berusia, jangan ingat kita betul semua. Contohilah pekerja-pekerja KTMB yang lain, terutamanya yang menjawat jawatan bawah lagi daripada saudara. Selama lebih dari 13 tahun Onetwenty menjadi pelanggan tetap KTMB, belum pernah lagi jumpa pekerja seangkuh itu.Sekiranya saudara belajar mata pelajaran sains semasa sekolah dulu, pastinya saudara mengetahui bahawa penggunaan elektrik cas handphone hanyalah sedikit yang amat, jika dibandingkan dengan lampu elektrik kalimantang, walaupun sebatang.

Soket elektrik di stesen KTMB tidak boleh diguna? Onetwenty tidak bersetuju, melainkan KTMB meletakkan NOTIS BERTULIS yang melarang orang awam menggunakan kemudahan tersebut.

Soket elektrik tersebut hanya boleh diguna dalam masa 30 minit? Onetwenty tidak bersetuju, melainkan KTMB meletakkan NOTIS BERTULIS yang melarang orang awam menggunakan kemudahan tersebut.

Wahai KTMB, Onetwenty ni orang luar. Walau bagaimanapun, menerusi beberapa kajian pendek dan tinjauan yang Onetwenty buat, kini Onetwenty dah faham penderitaan-penderitaan yang dialami oleh KTMB selama ini. Kerana itu, sejak tahun lepas lagi, Onetwenty memang menggunakan KTMB untuk pulang ke kampung setiap kali cuti panjang. Perjalanannya juga susah (susah nak pergi KL Sentral, senang lagi naik bas kerana jarak ke terminal bas cuma 3 km sahaja, berbanding KL Sentral yang letaknya 45 km mengikut jalan menggunakan pengangkutan awam). Stesen kereta api terdekat dengan rumah, 20 kilometer. Terminal bas terdekat dengan rumah: 3 km.

Kenapa Onetwenty masih naik kereta api? Dah la lambat nak sampai rumah!

Sebab Onetwenty, dengan kudrat yang ada pada Onetwenty, nak bantu KTMB mencapai untung sekurang-kurangnya RM 1! Ajak kawan-kawan balik pun naik train! ada yang tak pernah naik train seumur hidup walau umur dah nak mencecah dua dekad, tapi bila Onetwenty ajak, dia ikut. Tahun ini saja pun Onetwenty dah beli tiket-tiket bernilai sekurang-kurangnya RM 300 daripada KTMB. Itu belum termasuk kawan-kawan dan ahli keluarga yang ikut dalam sesetengah perjalanan.

Tapi Onetwenty hari ni nak mintak (merayu lagi tu) nak guna elektrik KTMB sikit, tidak sampai 10 sen pun kos elektriknya, pun tidak dapat.

Onetwenty amat terkilan. Komuter lambat, Onetwenty tak marah. Intercity pernah lambat 2 jam 15 minit, Onetwenty tak marah. Onetwenty faham keadaan dan halangan-halangan yang dialami oleh KTMB. Tapi apa yang berlaku di KTM Bank Negara pada hari ini memang membuatkan Onetwenty marah.

Onetwenty bimbang jika sikap ini berterusan, ia akan membawa imej buruk KTMB dalam kalangan pengguna. Sudahlah halangan sedia ada pun sudah cukup untuk membuatkan imej KTMB tercalar, inikan pula dengan tidak membenarkan pengguna menggunakan soket-soket elektrik yang mana kalau tempat lain tak perlu mintak kebenaran orang lain pun boleh guna. Onetwenty pernah guna laptop kat KLIA sepanjang malam, tiada siapa pun marah. Itu laptop, bukan charger handphone.

Onetwenty tak kisah kalau dia nak marah jika Onetwenty bawak seterika cucuk kat situ nak seterika kemeja. Ada rasionalnya untuk dia menghalang. Begitu juga sekiranya Onetwenty bawak oven 2200 Watts untuk memanggang ayam seekor. Yang itu, wajar untuk dia halang Onetwenty dari berbuat demikian.

Tapi Onetwenty cuma nak cas handphone. handphone yang sudah menjadi keperluan pada zaman sekarang. Jika tiada bateri, macam mana orang lain nak telefon. (nak telefon keluar xde masalah sebab ada public phone). Kalau ada apa-apa berita semasa Onetwenty tengah jalan-jalan, adakah telegram dapat membantu? Tidak.

Onetwenty amat sayangkan KTMB sehinggakan sekiranya semasa 6 tahun ikatan perjanjian Onetwenty dengan kerajaan nanti, seboleh-bolehnya Onetwenty ingin ditempatkan dalam KTMB. Sekiranya boleh la. Onetwenty amat kagum dengan teamwork, work ethics dan juga working spirit yang ditunjukkan oleh warga KTMB selama ini. Setidak-tidaknya pun, bekerja dalam Jabatan Keretapi Malaysia pun dah cukup melegakan hati. Boleh juga terlibat dalam sektor pengangkutan rel ini.

Nota untuk pihak KTMB

Saya akan mengusahakan untuk menghantar satu surat berbentuk cadangan kepada pihak anda. Tajuknya lebih kurang begini: ‘CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KTMB – MEMBENARKAN PENGGUNA KTM MENGGUNAKAN SOKET-SOKET ELEKTRIK DI TEMPAT AWAM STESEN-STESEN KTM)

Untuk memelihara imej KTMB, saya menyatakan kesanggupan saya untuk membuang post ini dari blog saya, asalkan:

1. Cadangan saya seperti di atas diterima oleh pihak KTMB

2. Sekiranya perkara di atas terjadi akibat dari salah faham antara station master dan pihak pengurusan, isu tersebut dapat diselesaikan. Sekarang ini station master cakap pihak pengurusan yang tak bagi. Saya cuma berminat nak tahu siapakah yang betul-betul tak bagi. KTM Bank Negara punya wakil atau pihak pengurusan KTMB. Sekiranya perubahan dibuat yang menyebabkan post ini tidak relevan dengan keadaan semasa di pihak KTMB, saya sedia membuang post ini. sila e-mail saya di www[at]fauzan[dot]my

Selepas membaca post ini, jangan pula ingat KTMB itu teruk. KTMB bukan digerakkan oleh sepasukan malaikat. Mereka juga manusia. Ada yang tidak sempurna. Ada yang perlu ditegur.

Hari ini juga, saya berkesempatan bertemu Zulkefli, pegawai KTMB di KL Sentral (Platform 6), pada pukul 7.40 tadi. Sempat berbual dengannya mengenai beberapa perkara berkenaan KTMB, terutamanya masalah yang dialami KTMB dan juga langkah-langkah yang diambil oleh KTMB untuk menyelesaikannya. Post saya yang akan datang akan menceritakan masalah-masalah yang dialami KTMB. Stay tuned…(“,)

Exit mobile version