KUALA LUMPUR, 27 Mac 2020: Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan pemberian bantuan secara one-off sebanyak RM 500.00 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM 60 juta. Bantuan untuk pemandu e-hailing ini dilihat dapat membantu mereka yang terjejas teruk akibat daripada kekurangan permintaan daripada kalangan pelanggan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO) ini.
Sebagai perbandingan, dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off. Bayaran sebanyak RM 600.00 ini akan dibuat mulai 1 April 2020.
Bantuan untuk Pemandu E-Hailing, Bila Boleh Dapat?
Setakat jam 8:00 malam hari ini, masih belum ada pengumuman rasmi daripada mana-mana pengendali e-hailing di Malaysia. Kami menjangkakan maklumat lanjut mungkin boleh diperoleh dalam masa seminggu ini. Kami akan mengemas kini laman web ini sekiranya terdapat maklumat baru untuk dikongsi dengan anda semua.
Kemas kini 11 April 2020: Sehingga kini, belum ada lagi maklumat lebih berkenaan bantuan untuk pemandu e-hailing ini. Yang kita tahu, bantuan ini bukanlah sebahagian daripada Bantuan prihatin nasional (BPN) atau bantuan khas untuk para pemandu teksi.