style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Cuai: KTM Berhad Didenda RM 60,000

TEMERLOH, 22 Mac 2018: Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa KTM Berhad (KTMB) telah didenda sebanyak RM 60,000 kerana penyenggaraan yang lemah untuk rel dan kocnya. Dalam kes pertama seumpamanya terhadap KTM Berhad (KTMB), operator tren tersebut didenda oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang akibat kegagalannya dalam memastikan proses penyenggaraan tren dan koc berjalan dengan baik.

Seorang wakil daripada KTMB mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Datin M. Kunasundary pada hari Khamis lepas. Syarikat berkenaan gagal untuk mematuhi Seksyen 8.1 Lesen Operator Tren KTMB sehingga menyebabkan kegeliciran tren.

Tren malang berkenaan, Senandung Wau telah tergelincir pada pukul 1:50 pagi, 8 Julai 2014 berhampiran stesen Kemayan di Pahang. Salah satu daripada 8 koc tren berkenaan mengalami kegelinciran. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

Sumber: The Star, 22 Mac 2018

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.