Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway, WCE) ialah sebuah lebuh raya yang menghubungkan bandar Taiping, Perak hingga ke Banting, Selangor.
Lebuh raya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad (KEuro).
Kos Pembinaan
Projek pembinaan WCE ini menelan kos sebanyak RM 6 bilion. Kos mengambil alih tanah dijangka akan menelan belanja sebanyak RM 980 juta dan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Syarikat KEuro ini diberi masa 5 tahun untuk menyiapkan lebuh raya ini.
Tempoh Konsesi
Tempoh konsesi bagi lebuh raya WCE ini pula ialah selama 50 tahun, dengan opsyen untuk menambah tempoh konsesi sekiranya Internal Rate of Return (IRR) tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.