Grab

Grab ialah sebuah perkhidmatan ehailing yang popular di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara. Perkhidmatan Grab boleh didapati di negara Malaysia, Cambodia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Peraturan baru e-hailing 2018-2019

Pada tahun 2018, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengumumkan beberapa peraturan baru yang akan dikenakan terhadap syarikat pengendali perkhidmatan ehailing dan juga pemandu-pemandu di bawah syarikat tersebut. Antara intipati peraturan tersebut ialah mewajibkan semua pemandu ehailing memiliki lesen kenderaan perkhidmatan penumpang (Passenger Service Vehicle – PSV), permit kenderaan e-hailing (E-Hailing Vehicle Permit – EVP) dan juga mewajibkan setiap kenderaan e-hailing berusia 3 tahun ke atas untuk menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.

Syarikat-syarikat e-hailing diberi moratorium atau tempoh masa selama setahun untuk memastikan kesemua pemandu dan kenderaan e-hailing dibawah seliaan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Program #Pakejpikulbersama

Maklumat #pakejpikulbersama dari pihak Grab ini boleh didapati di laman web Grab Regulations for Drivers.

8 Mei 2019: Akhbar The Star melaporkan bahawa pihak Grab membuat pengumuman bahawa syarikat tersebut akan membantu komuniti pemandu mereka untuk membiayai sebahagian daripada kos yang diperlukan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan lesen PSV dan juga pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

28 Mei 2019: Grab mengumumkan bahawa tempoh masa untuk tuntutan bayaran pemeriksaan kesihatan PSV dan juga PUSPAKOM dilanjutkan sehingga 11 Julai 2019.

 

Hubungi Grab

Alamat:

G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.

Talian Perkhidmatan Pelanggan:

1300-80-6688

Exit mobile version