Jualan Tiket KTM ETS dan KTM Intercity Dibuka (Perjalanan 1 Disember 2019 – 29 Februari 2020)

Tren KTM Intercity

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa jualan tiket tren akan dibuka pada 18 November 2019 pagi semua perjalanan KTM ETS dan KTM Intercity bermula 1 Disember 2019 hingga 29 Februari 2020.

Jualan Tiket Dibuka – 18 November 2019

Berikut dipaparkan kenyataan rasmi daripada pihak KTMB:

PEMBUKAAN JUALAN TIKET ETS & KTM INTERCITY


Para pelanggan yang dihormati,


Sukacitanya dimaklumkan, jualan tiket bagi perkhidmatan tren ETS & KTM Intercity bagi perjalanan dari 1 Disember 2019 sehingga 29 Februari 2020 akan dibuka untuk jualan bermula 18 November 2019 (Isnin) mulai jam 8:30 pagi.

Melalui pembukaan jualan tiket ini terdapat penambahan perkhidmatan ETS daripada 38 perjalanan kepada 40 perjalanan sehari dengan penambahan 2 perjalanan di laluan KL Sentral – Ipoh – KL Sentral dan juga penambahan 2 perjalanan tren set ETS baharu di laluan KL Sentral – Butterworth – KL Sentral yang dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman menaiki Koc ETS Business Class. Manakala, perkhidmatan tren KTM Intercity adalah mengikut jadual waktu sedia ada.

Orang ramai boleh membuat perancangan awal untuk membuat pembelian tiket melalui atas talian di www.ktmb.com.my atau dengan menggunakan aplikasi KTMB MobTicket dan juga membuat pembelian secara terus di kaunter tiket ETS dan KTM Intercity yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KTMB atau laman media sosial rasmi KTMB ( Facebook : KTM Berhad , Twitter : @ktm_berhad , Instagram : ktmbofficial ) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTM Berhad di talian 03-2267 1200.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version