style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Nahas Kapal Selam Kursk

Pada 12 Ogos 2000, sebuah kapal selam Rusia, Kursk, tenggelam akibat daripada kemalangan yang melibatkan sistem torpedonya. Seramai 118 anak kapal terkorban dalam nahas tersebut.

Kapal Selam Kursk

Kapal selam K-141 Kursk ini merupakan kapal selam kelas Oscar II. Dengan panjang 154.0 m, kapal selam ini boleh digolongkan dalam jenis yang agak besar saiznya. Kapal selam ini dikuasakan oleh 2 buah reaktor nuklear OK-650b

Kemalangan

Situasi semasa kemalangan ialah pasukan penyelamat Rusia tidak mempunyai persediaan yang mencukupi untuk berdepan dengan situasi kemalangan kapal selam ini.

Reaksi

Kemalangan ini mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada masyarakat dunia kerana kehilangan nyawa yang banyak mungkin dapat dielakkan sekiranya beberapa langkah mencari dan menyelamat diambil lebih awal.

Siasatan

Siasatan tidak dapat menentukan secara konklusif sama ada escape hatch dapat digunakan atau tidak semasa kemalangan.

Vice Admiral Valdislav pula berpendapat anak kapal yang terselamat semasa kemalangan berkemungkinan hidup sehingga tiga hari.

Impak Kemalangan Kursk

Kemalangan ini telah menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang diluncurkan pada 2018 yang dibintangi oleh Colin Firth. Filem arahan Thomas Vinterberg ini diihasilkan daripada sebuah buku yang ditulis oleh Robert Moore.

Ketika insiden tersebut berlaku, presiden Rusia ketika itu, Vladimir Putin baru sahaja menyandang jawatan tersebut selama tiga bulan. Beliau dijangka akan menjadi watak kecil dalam filem berkenaan. Walau bagaimanapun, beliau tidak ditampilkan dalam filem berkenaan. Sebaliknya, filem berkenaan lebih memfokuskan usaha mencari dan menyelamat berbanding suasana politik ketika kemalangan berlaku.

Sumber

  1. Vladimir Putin Character Cut From Luc Besson’s Russian Thriller – The Hollywood Reporter