KL Sentral

KL Sentral

Stesen Sentral Kuala Lumpur (juga dikenali dengan nama KL Sentral) merupakan sebuah stesen yang berfungsi sebagai hab pengangkutan rel  utama di Malaysia.

Stesen Sentral KL berfungsi sebagai sebuah stesen utama yang menghubungkan beberapa rangkaian pengangkutan rel seperti KTM Komuter, Kelana Jaya Line, Express Rail Link (ERL), dan beberapa rangkaian pengangkutan lain seperti AirAsia Skybus, RapidKL Bus, Airport Coach, dan lain lain.

KL Sentral merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan berfasa ‘KL Sentral’ yang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2015. Bangunan utama stesen ini dimiliki oleh MRCB dan bahagian stesen keretapi pula dimiliki oleh operator masing-masing.

Maklumat teknikal

Stesen
KL Sentral
Koordinat3.134747,101.68617
AlamatKuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon+603-2267 1200 (Customer Service)
Dibina
Dibuka
LaluanKTM ETS, KTM Komuter
Platform
ParkirUnknown
Akses OKUYes
Surau
TandasYes

Pada tahun 1994, kerajaan Malaysia telah memberikan kontrak kepada sebuah konsortium untuk membina sebuah hab transit moden di atas tanah Marshalling Yard KTMB yang lama. Stesen KL Sentral mula dibuka kepada orang ramai pada 16 April 2001, menggantikan fungsi Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang lama.

Spesifikasi teknikal

Kawasan tanah

  • Stesen: 9.3 ekar
  • Depot: 10.5 ekar

Kawasan lantai kasar

  • Stesen: 996,308 kaki persegi
  • Depot penyelenggaraan: 327,000 kaki persegi

Liputan kawasan stesen: 700 kaki x 515 kaki

Ketinggian bangunan: Bangunan utama 5 tingkat

Pembahagian kawasan

  • Operator Rel: 77% (KTMB : 44%, Kelana Jaya Line : 9%, ERL : 40%, Kawasan dikongsi: 7%)
  • SEMASA : 29%

Jadual perjalanan

Jadual berikut menunjukkan maklumat ketibaan dan pelepasan keretapi bagi KTM Intercity dan juga ETS.

Jadual perkhidmatan KTM Komuter boleh dilihat di laman Jadual Perjalanan KTM Komuter.

Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.

KTM ETS / Intercity / Komuter

Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.

Kemudahan di KL Sentral

Makanan dan minuman

  1. Medan Selera (Tingkat 3)
  2. McDonald’s (Tingkat 1)
  3. Subway (Tingkat 1)
  4. Starbucks (Tingkat 1)
  5. Famous Amos (Tingkat 1)
  6. Secret Recipe (Tingkat 1)
  7. Dunkin’ Donuts

Tandas

  1. Tingkat 1 (Bahagian barat Stesen Sentral) – dari bahagian selatan, terus menuju ke surau, belok kiri.
  2. Tingkat 2: Berdekatan dengan Gate B.
  3. Tingkat 3:

Perbankan

  1. Maybank (Tingkat 1) – ATM, Bank, Tukaran Wang
  2. CIMB (Tingkat 1) – ATM, Bank, Tukaran Wang
  3. Bank Rakyat – (Tingkat 2) – ATM

Operator Rel

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

  • Platform 1 – Untuk kegunaan KTM Intercity
  • Platform 2 – Untuk kegunaan KTM Intercity
  • Platform 3 – KTM Komuter (laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang), tren menghala ke Batu Caves
  • Platform 4 – KTM Komuter (laluan Rawang – Seremban), tren menghala ke Rawang
  • Platform 5 – KTM Komuter (laluan Batu Caves – Pelabuhan Klang), tren menghala ke Pelabuhan Klang
  • Platform 6 – KTM Komuter (laluan Rawang – Seremban), tren menghala ke Seremban

Syarikat Prasarana Negara Berhad (RapidKL Kelana Jaya Line)

  • Kelana Jaya Line: 2 platform yang terletak di bahagian atas Tingkat 1

Ekspress Rail Link Sdn Bhd (ERL)

  • KLIA Ekspres: 2 platform sisi
  • KLIA Transit: 1 platform pulau

Nota Pengarang

Revisi

  1. 2010/11/24: Info asas
  2. 2011/01/06: Jadual pelepasan dan ketibaan
  3. 2011/04/14: Kemas kini jadual perjalanan
  4. 2011/06/07: Kemas kini jadual pelepasan dan ketibaan

Sumber

  • Jadual keretapi: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
  • Spesifikasi stesen: Laman stesen Sentral (pautan)

8 pandangan di “KL Sentral”

  1. I can not thank you enough for the posts on your web-site. I know you’d put a lot of time and energy into all of them and really hope you know how much I enjoy it. I hope I can do a similar thing for another man or woman sometime.

  2. It was a contentment discovering your site this morning. I got here today hoping to find out new things. And I was not let down. Your ideas with new methods on this subject were informative and a fantastic help to me. Thank you for making time to write out these things and then for sharing your thinking.

  3. It was a pleasure coming across your site the other day. I came up here now hoping to uncover interesting things. And I was not upset. Your ideas on new methods on this topic were insightful and a good help to us. Thank you for making time to write down these things and then for sharing your mind.

  4. kl sentral bukak pukul berapa erk??? nak tahu sebelum 14/3/2012 bab nak keluar nie… please sent to me…. to the e-mail address kat atas tuh…

  5. as ‘salam… sya nak tny tren apa sya perlu naik dr arau ke kl sentral.ada tak kemudahan ADNFB(2 plus) air cconditioned day night first class berth atau ADNFD(koc selesa)air conditioned day night first class deluxe.ok terima kasih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version