style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ialah sebuah lapangan terbang yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Lapangan terbang ini masih dalam peringkat perancangan.

Pada 19 Mac 2019, akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan bahawa Perdana Menteri telah meluluskan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim melibatkan kos sebanyak RM 1.6 bilion. Kos ini dibiayai oleh pelabur luar. Keputusan itu dibuat ketika Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pada hari Isnin sebelumnya.

Pembangunan lapangan terbang antarabangsa Kulim ini akan diselia oleh syarikat khusus iaitu KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd (Sumber: The Star).

Kontroversi

Pembinaan lapangan terbang ini menerima tentangan daripada sesetengah pihak. Antaranya ialah pihak-pihak yang berkepentingan di Pulau Pinang. Bagi mereka, infrastruktur penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sudah mencukupi.

Bagi pengguna pesawat komersil pula, mereka menyatakan bahawa Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Setar sudah memadai untuk penggunaan di bahagian utara Semenanjung Malaysia.