E20 Maju Expressway (MEX)

Maju Expressway (MEX) ialah sebuah lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kod jalan bagi lebuh raya ini ialah E20.

Lebuh raya ini sedang menjalani proses naik taraf dengan lanjutan laluan (extension) daripada Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada tahun 2020, terdapat beberapa penambah baikan dibuat di kilometer 7.0 lebuh raya ini menghala ke utara (Northbound). Antaranya ialah tanda amaran, lampu amaran berkuasa solar, papan tanda chevron dan speed breaker.

Perkhidmatan

Terdapat satu hentian Rehat & Rawat di lebuh raya ini, iaitu di Seri Kembangan untuk kedua-dua arah (Utara dan Selatan).

Maklumat Perhubungan

Laman web rasmi: https://www.mex.com.my