LRT Laluan Kelana Jaya (Bahasa Inggeris: Kelana Jaya Line) ialah salah sebuah perkhidmatan sistem transit aliran ringan (light rail transit) di Kuala Lumpur dan Selangor. Perkhidmatan tren ini diuruskan oleh syarikat RapidKL.
Jadual Perjalanan LRT Kelana Jaya
Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya, anda boleh klik butang di bawah:
Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.
Sejarah
Tiada maklumat pada masa sekarang.
Stesen LRT Laluan Kelana Jaya
Berikut dipaparkan senarai stesen LRT bagi laluan Kelana Jaya:
Nama Stesen | Parkir & Pertukaran |
---|---|
Gombak (KJ1) | Parkir: Ada Pertukaran: |
Taman Melati (KJ2) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Wangsa Maju (KJ3) | Parkir: Ada Pertukaran: |
Sri Rampai (KJ4) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Setiawangsa (KJ5) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Jelatek (KJ6) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Dato’ Keramat (KJ7) | Parkir: – Pertukaran: |
Damai (KJ8) | Parkir: – Pertukaran: |
Ampang Park (KJ9) | Parkir: – Pertukaran: – |
KLCC (KJ10) | Parkir: – Pertukaran: – |
Kampung Baru (KJ11) | Parkir: – Pertukaran: – |
Dang Wangi (KJ11) | Parkir: – Pertukaran: KL Monorail |
Masjid Jamek (KJ13) | Parkir: – Pertukaran: LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling |
Pasar Seni (KJ14) | Parkir: – Pertukaran (dalam sistem): Stesen MRT Pasar Seni – MRT Laluan Kajang Pertukaran (luar sistem): KTM ETS dan KTM Komuter – Stesen Keretapi Kuala Lumpur |
KL Sentral (KJ15) | Parkir: Ada (di KL Sentral) Pertukaran (luar sistem): KL Monorail, KLIA Ekspres, KLIA Transit, KTM ETS, KTM Komuter, MRT Laluan Kajang |
Bangsar (KJ16) | Parkir: – Pertukaran: |
Abdullah Hukum (KJ17) | Parkir: – Pertukaran: – |
Kerinchi (KJ18) | Parkir: – Pertukaran: – |
Universiti (KJ19) | Parkir: – Pertukaran: |
Taman Jaya (KJ20) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Asia Jaya (KJ21) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Taman Paramount (KJ22) | Parkir: Ada Pertukaran: |
Taman Bahagia (KJ23) | Parkir: Ada Pertukaran: |
Kelana Jaya (KJ24) | Parkir: – Pertukaran: – |
Lembah Subang (KJ25) | Parkir: – Pertukaran: – |
Ara Damansara (KJ26) | Parkir: Ada Pertukaran: |
Glenmarie (KJ27) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Subang Jaya (KJ28) | Parkir: Ada Pertukaran (luar sistem): KTM Komuter |
SS 15 (KJ29) | Parkir: – Pertukaran: – |
SS 18 (KJ30) | Parkir: – Pertukaran: – |
USJ 7 (KJ31) | Parkir: – Pertukaran (dalam sistem): BRT Laluan Sunway: Stesen BRT USJ 7 |
Taipan (KJ32) | Parkir: – Pertukaran: – |
Wawasan (KJ33) | Parkir: – Pertukaran: – |
USJ 21 (KJ34) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Alam Megah (KJ35) | Parkir: Ada Pertukaran: – |
Subang Alam (KJ36) | Parkir: Ada Pertukaran: |
Putra Heights (KJ37) | Parkir: Ada Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Ampang |
Khidmat Pelanggan
Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk syarikat ini. Para pengguna disarankan melawat laman web mereka bagi mengikuti perkembangan terkini melibatkan perkhidmatan Rapid KL.
Laman web: http://www.myrapid.com.my/
Alamat e-mel: suggest@rapidkl.com.my
No. telefon: +603-7885 2585, Isnin – Jumaat (7:00 AM hingga 8:30 PM), Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8:30 AM hingga 5:30 PM)
Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.
Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.
Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.
Laman TikTok (https://www.tiktok.com/@myrapidkl): Laman TikTok mereka mempunyai sekitar 144,000 pengikut (Julai 2023). Pelbagai jenis kandungan dikongsi menerusi saluran ini.
Maklumat tambang
Tambang perjalanan Rapid KL boleh dibayar melalui beberapa cara:
- Tunai: Pembelian token perjalanan melalui mesin ataupun kaunter
- Nirtunai (Cashless): Pembayaran secara terus melalui
- Konsesi: Diskaun 50% daripada kadar tambang tunai untuk Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Pelajar.
- Pas Perjalanan My50: Pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan Rapid KL (rel dan bas) dan juga Rapid Penang (bas sahaja, menggunakan My50 Mutiara Pass).
- MyCity Pass: Pas perjalanan tanpa had selama 1 hari (RM 5.00) ataupun 3 hari (RM 15.00). Boleh dibeli di kaunter tiket stesen-stesen LRT dan MRT Rapid KL.
Keretapi
LRT Laluan Kelana Jaya dahulunya menggunakan Bombardier ART MK-II EMU. Kini, ianya menggunakan EMU terbaharu yang mempunyai 4 gerabak.
Perancangan masa hadapan
Tiada maklumat pada masa sekarang.
Kemalangan
Tiada maklumat pada masa sekarang.
Perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid KL
Sumber
- MyRapid – laman rasmi RapidKL
- Kelana Jaya Line – Wikipedia
Komen telah ditutup.