style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Express Rail Link

Express Rail Link ialah operator bagi dua perkhidmatan rel di Malaysia, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh ERL

KLIA Ekspres dan KLIA Transit

Sejarah

2017, 16 November: Akhbar Kosmo! Online melaporkan bahawa perjanjian konsesi ERL bagi mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan dilanjutkan selama 30 tahun lagi hingga tahun 2059. Sebelum ini, perjanjian konsesi tersebut dijadualkan tamat pada tahun 2029. Mengikut perjanjian asal, harga tiket ERL boleh disemak pada setiap lima tahun. Namun setelah tiga kali kerajaan menolak permintaan ERL untuk menaikkan tambang, keputusan dibuat untuk melanjutkan tempoh konsesi KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

2002, 1 Jun: KLIA Transit memulakan operasinya.

2002, 14 April: KLIA Ekspres memulakan operasinya, iaitu perjalanan tren tanpa henti dari stesen KL Sentral hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Sumber

  1. Konsesi ERL dilanjut hingga 2059 – Kosmo Online, 16 November 2017 (http://www.kosmo.com.my/niaga/konsesi-erl-dilanjut-hingga-2059-1.553576)