Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) ialah sebuah lebuhraya yang bermula dari persimpangan Puncak Perdana U10 Shah Alam hingga ke persimpangan Penchala.
Lebuhraya ini memiliki 13 persimpangan dan melalui 45 kawasan berpenduduk sepanjang laluannya. DASH juga bersambung dengan beberapa lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya Damansara Puchong dan Lebuhraya SPRINT.
Lebuh raya (lebuhraya) ialah jalan raya utama yang lebar yang biasanya menghubungkan antara satu bandar dan bandar yang lain.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan LLM ditubuhkan adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuhraya-lebuhraya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Semua lebuh raya di Malaysia menggunakan sistem tol Touch ‘N Go, yang berfungsi menggunakan beberapa medium termasuklah 1) Kad Touch ‘N Go, 2) Peranti Smart TAG dan 3) Pelekat RFiD di kenderaan.
Lebuhraya Beroperasi
E1/E2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
E3 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
E5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
E6 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
E7 Lebuhraya Cheras Kajang (CKE)
E8 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK)
E8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
E8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
E9 Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
E10 Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
E11 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
E12 Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
Pada 8 Mac 2014, sebuah kapal terbang Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines telah membuat penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) menghala ke Beijing (PEK).
Penerbangan yang bernombor MH370 tersebut telah berlepas dari KUL pada pukul 12:41 AM dan dijangka tiba di Beijing pada pukul 6:30 AM. Namun begitu, pesawat tersebut gagal dikesan sejurus selepas ianya keluar dari ruang udara Malaysia beberapa jam selepas waktu penerbangan.
Seramai 239 orang berada dalam pesawat tersebut, termasuk 12 kru penerbangan dan 2 orang bayi. Tiada isyarat kecemasan dipancarkan daripada pesawat sepanjang tempoh penerbangan. Pesawat tersebut gagal dikesan sehingga hari ini.
Kronologi Penerbangan MH370
Kronologi ini tulis menggunakan tarikh dan waktu Malaysia (UTC +08:00).
7 Mac 2014
10:50 PM: Kapten Zaharie masuk bertugas
11:15 PM: First Officer Fariq Abdul Hamid masuk bertugas
8 Mac 2014
12:00 AM: SDU pesawat log masuk rangkaian satelit komunikasi Inmarsat
12:27 AM: ATC memberi kebenaran kepada pesawat untuk push back daripada gate
12:40:37 AM: ATC memberi laluan kepada pesawat untuk berlepas
12:42 AM: Pesawat berlepas daripada KUL menggunakan runway 32R
1:01 AM: Kapten memaklumkan bahawa pesawat telah mencapai ketinggian 35,000 kaki.
1:19 AM: Komunikasi suara terakhir antara KL ACC dan juga kapten pesawat. Kapten pesawat menyebut “Good night. Malaysian three seven zero”.
1:21:13 AM: Transponder pesawat tidak lagi berfungsi
2:22 AM: Radar tentera (military radar) mengesan pesawat MH370 buat kali terakhir 200 batu nautika arah barat laut dari Pulau Pinang
7:24 AM: Malaysia Airlines mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 telah hilang.
9:15 AM: Pesawat tidak memberi maklum balas terhadap handshake komunikasi satelit.
Walaupun kemalangan di laut kedengaran agak remeh dan tidak tragis seperti kemalangan udara, dunia tidak terkecuali daripada merakamkan kemalangan-kemalangan yang memberi impak besar kepada masyarakat yang berlaku di laut.
Setelah beberapa dekad Malaysia mengalami kemalangan udara, pihak kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas untuk menangani masalah siasatan kemalangan udara iaitu dengan menubuhkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).
Pada 14 Disember 2011, BSKU ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. BSKU merupakan sebuah bahagian dalam Kementerian Pengangkutan bagi menyiasat segala kemalangan udara yang berlaku di ruang udara Malaysia ataupun yang melibatkan pesawat Malaysia.
5 September 1942 – Kemalangan di Tanjung Datu, Bintulu: Sebuah kapal terbang yang membawa Toshinari Maeda terhempas di kawasan berhampiran Bintulu, Sarawak.
6 Jun 1976 – Kemalangan “Double Six” Sabah Air: Seramai 10 penumpang dan 1 kru kehilangan nyawa apabila sebuah pesawat Sabah Air berpusing dan terhempas sebelum mendarat di Lamngapngan Terbang Kota Kinabalu (BKI).
8 Mac 2014 – Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370: Sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines hilang ketika dalam perjalanan antara Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Beijing, China (PEK)
Touch ‘N Go ialah satu nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sama ada untuk kegunaan LRT ataupun di pelbagai lebuh raya dalam kawasan Lembah Klang dan yang seumpamanya.
Pendaftaran Touch ‘N Go RFiD mempunyai beberapa proses. Proses yang paling penting ialah anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna eWallet Touch ‘n Go.
Berikut dipaparkan langkah-langkah untuk mendaftar RFiD Touch ‘N Go:
Langkah 1: Daftar minat anda sebagai “Pilot User”
Pada masa sekarang, proses pendaftaran Touch ‘N Go RFiD masih lagi rumit kerana anda masih perlu mendaftar sebagai “pilot user” sebelum dapat mendaftar sepenuhnya sebagai pengguna RFiD.
Hal ini kerana pihak Touch ‘N Go masih lagi dalam proses menguji keberkesanan RFiD dalam kalangan pengguna.
Oleh itu, anda boleh mendaftar sebagai “Pilot User” dengan mengklik pada pautan ini (pautan sudah tiada).
Anda kemudiannya akan memasukkan nombor telefon yang anda guna untuk mendaftar Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.
Selepas memasukkan nombor telefon, anda juga perlu menggunakan nombor PIN yang anda telah tetapkan dalam app Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.
Langkah 3: Masukkan maklumat diri, kenderaan dan pemilik
Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat kerana penukaran maklumat boleh menjadi sukar sekiranya anda melakukan kesilapan.
Nota: Dengan mendaftar untuk menjadi pengguna Touch ‘N Go RFiD, anda juga secara automatik didaftarkan untuk menerima emel promosi dan pemasaran daripada pihak Touch ‘N Go. Untuk mengeluarkan diri anda (opt-out) daripada senarai penerima emel tersebut, anda perlu untuk melefon Customer Careline Touch ‘N Go.
Langkah 4: Daftar untuk temu janji
Apabila maklumat diri anda, kenderaan dan pemiliknya sudah diisi, anda boleh membuat temu janji di Touch ‘N Go RFiD Fitment Centre yang berdekatan. Kebanyakan Fitment Centre ini tetap dibuka pada hari Sabtu. Oleh itu, jika anda tidak sempat untuk membuat fitment pada hari bekerja, anda boleh melakukannya pada hari Sabtu.
Langkah 5: Memasang RFiD tag
Proses pemasangan pelekat RFiD tersebut tidak memakan masa yang lama. Apabila anda selesai, anda perlu menunggu sehingga SMS berikut dihantar kepada anda:
Ekoran masalah pokok tumbang di antara Stesen Serdang ke Kajang, tren Komuter laluan Pulau Sebang ke Batu Caves akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Batang Benar.
Manakala tren Komuter laluan Batu Caves ke Stesen Pulau Sebang akan ditamatkan perkhidmatannya di Stesen Serdang.
Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.
Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB yang beroperasi 24 jam di talian 03-22671200.
Touch ‘N Go eWallet ialah sebuah dompet elektronik (electronic wallet) yang diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd. Dalam artikel ini, kami akan memberi panduan kepada anda berkenaan cara daftar eWallet Touch ‘N Go.
Touch ‘N Go eWallet ini berupaya menambah fungsi dan kelebihan kad Touch ‘N Go sedia ada. Antara fungsi unik yang terdapat pada Touch ‘N Go eWallet ialah semakan baki kad fizikal Touch ‘N Go, bayaran bil dan tiket wayang, dan bayaran tol melalui kaedah PayDirect (tolak baki dari eWallet) dan juga RFiD (tolak baki dari eWallet menggunakan peranti RFiD yang dilekatkan dalam kereta).
e-Tunai Rakyat
Pada awal tahun 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM 100,000.00 setahun layak untuk mendapat sejumlah RM 30.00 untuk program e-Tunai rakyat.
Langkah Mendaftar Touch ‘N Go eWallet
Berikut dipaparkan langkah-langkah pendaftaran Touch ‘N Go eWallet:
Langkah 1: Isi maklumat dan daftar
Muat turun dan daftar (kemas kini 16 Januari 2020): Anda boleh mengisi maklumat dan meneruskan pendaftaran dengan memuat turun aplikasi mudah alih (mobile app) Touch ‘N Go di laman web TNG Digital. Mobile app ini terdapat dalam platform iOS (peranti Apple) dan juga Android (peranti yang dikuasakan oleh sistem operasi Android seperti Samsung, Oppo dan Vivo).
Pengesahan identiti: Anda perlu memuat naik gambar kad pengenalan anda bersama selfie bersama kad pengenalan tersebut bagi tujuan pengesahan akaun. Akaun yang disahkan (verified) akan mempunyai beberapa keistimewaan tambahan seperti had nilai pindah akaun (transfer) yang lebih tinggi dan juga pengesahan identiti.
Promosi terhad 2019 (sudah tamat): Nikmati rebat tol 100% sebanyak tiga kali dengan menggunakan pautan di atas untuk mendaftar!
Promosi terhad 2019 (Sudah tamat): Dengan mengklik pautan tersebut, anda dapat menikmati sehingga 5 kali rebat 20% bagi penggunaan fungsi PayDirect / RFiD di plaza-plaza tol terpilih.
Langkah 2: Tambah nilai (topup) akaun eWallet anda
Apabila anda selesai mendaftar akaun eWallet anda, anda boleh menambah nilai akaun eWallet anda. Anda boleh membeli soft pin di kedai-kedai terpilih atau menggunakan kad kredit/debit bagi tujuan tambah nilai. Jika anda tidak mahu menggunakan kad kredit/debit anda, anda boleh menambah nilai penggunakan perkhidmatan perbankan online seperti Maybank2u dan juga CIMB Clicks.
Langkah 3: Tambah (add) kad Touch ‘N Go anda
Klik pada menu “TNG Card” untuk memasukkan kad Touch ‘N Go anda. Dengan memasukkan kad Touch ‘N Go anda, anda dapat menikmati beberapa kelebihan istimewa seperti berikut:
PayDirect: Guna baki eWallet anda secara terus untuk bayaran tol. Jadi, baki kad Touch ‘N Go anda tidak akan ditolak apabila anda menyentuh kad anda di pembaca di plaza tol. Anda tidak lagi perlu bimbang baki dalam kad akan habis kerana PayDirect akan menolak terus baki dalam akaun eWallet anda. Anda perlu memastikan baki eWallet anda mencukupi bagi tujuan ini.
Nota: Jika baki eWallet tidak mencukupi, sistem akan menolak baki terus di dalam kad Touch ‘N Go anda.
Langkah 4: Gunakan Touch ‘N Go eWallet anda
Selesai pendaftaran, anda boleh terus menikmati rebat tol anda di lebuh raya yang menyokong fungsi PayDirect. Fungsi PayDirect ini terdapat di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) di Lembah Klang. Rekod transaksi Touch ‘N Go anda boleh dilihat melalui app eWallet ini.
Transaksi kad Touch ‘N Go menggunakan ciri PayDirect
Gambar di atas menunjukkan bayaran melalui Touch ‘N Go PayDirect. Baki ditolak terus dari eWallet anda.
Transaksi kad Touch ‘N Go menggunakan kaedah biasa tanpa penolakan baki eWallet
Untuk melakukan beberapa jenis transaksi tambahan, anda perlu mengesahkan identiti anda melalui aplikasi Touch ‘N Go eWallet. Untuk pengesahan identiti, anda perlu mengambil gambar Kad Pengenalan / Pasport anda dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke dalam aplikasi.
Sejak beberapa tahun lepas, KTMB telah memperkenalkan platform bagi membeli tiket keretapi secara atas talian (online). Platform berkenaan yang dikenali sebagai KTMB e-Ticket ialah satu-satunya platform bagi pengguna untuk membeli tiket keretapi KTMB secara online. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2017, KTMB telah memperkenalkan sistem tempahan tiket baru yang lebih mudah digunakan. Perkhidmatan sistem tempahan tiket baru ini merangkumi KTM ETS dan juga KTM Intercity.
Walaupun pembelian di kaunter masih boleh dibuat sehingga ke hari ini, kesibukan dengan rutin seharian membuatkan lebih ramai pengguna memilih untuk membeli tiket keretapi mereka secara online. Pembelian tiket secara online adalah lebih mudah kerana anda tidak perlu hadir ke kaunter. Selain daripada menjimatkan masa, anda juga tidak perlu berbelanja untuk kos pengangkutan untuk hadir sendiri ke kaunter bagi tujuan pembelian tiket.
KTM Berhad Logo
Terdapat beberapa cara bagi anda untuk membeli tiket keretapi KTMB, iaitu melalui pembelian di kaunter, laman sesawang rasmi KTMB (www.ktmb.com.my), aplikasi mudah alih (mobile app) KTMB MobTicket ataupun laman pihak ketiga, iaitu easybook.com.
Pembelian di kaunter
Pembelian di kaunter adalah pilihan yang praktikal bagi pengguna yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan tempahan online. Tiket yang boleh dibeli di kaunter ialah tiket keretapi KTM ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter. Selain daripada pembelian tiket keretapi di kaunter, pengguna KTM Komuter juga boleh terus menggunakan kad Touch ‘N Go mereka di pintu masuk platform.
Pembelian di laman sesawang KTMB
Bagi keretapi KTM ETS dan juga KTM Intercity (Antarabandar), tempat duduk adalah dikhaskan (assigned), jadi anda dinasihatkan untuk membeli tiket keretapi anda lebih awal sebelum tarikh sebenar perjalanan anda. Akses kepada platform tempahan tiket tersebut boleh didapati di laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my.
Pembelian di Aplikasi Mudah Alih (Mobile App) KTMB MobTicket
Selain daripada menggunakan laman web KTMB untuk membuat tempahan tiket, Pengguna KTM ETS dan KTM Intercity juga boleh membuat tempahan tiket mereka secara atas talian (online) melalui mobile app KTMB MobTicket.
Para pengguna perkhidmatan tren KTM Berhad (KTMB) kini dapat membuat tempahan tiket perjalanan mereka dengan cara yang lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih (mobile app) KTMB MobTicket.
KTMB MobTicket merupakan sebuah mobile app yang dibangunkan dan diselia oleh KTMB untuk kemudahan pelanggannya membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian (online). Mobile app ini boleh didapati dalam dua jenis sistem operasi mudah alih, iaitu Android dan juga iOS. Para pengguna boleh memuat turun (download) mobile app ini menerusi Google Play Store (bagi platform Android) dan juga iOS App Store (bagi platform iOS).
Seperti laman web KTMB, tempahan melalui KTMB MobTicket ini boleh dibuat bagi perkhidmatan-perkhidmatan tren KTM ETS dan juga KTM Intercity. Sistem tempahan tiket dalam mobile app KTMB Mobticket berfungsi seperti laman webnya juga.
Namun begitu, pembelian melalui mobile app ini lebih disukai pengguna kerana reka bentuknya yang lebih mesra peranti mudah alih (mobile-friendly). Pembelian tiket melalui aplikasi MobTicket juga melalui proses yang menyerupai pembelian tiket melalui laman web rasmi KTMB.
Pembelian tiket KTMB menggunakan Mobile App KTMB MobTicket
Sila ikuti 4 langkah mudah berikut untuk membuat pembelian tiket tren KTMB menggunakan sistem tempahan secara online menerusi KTMB MobTicket.
Sebelum Bermula: Daftar atau Log Masuk
KTMB MobTicket – Antaramuka Utama (Main Interface)
Pengguna pertama kali: Anda perlu mendaftar bagi menggunakan aplikasi ini. Klik butang SIGN UP di bahagian bawah aplikasi untuk mendaftar dan ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi untuk meneruskan dengan proses pendaftaran.
Pengguna sedia ada: Bagi pengguna yang sudah mendaftar untuk penggunakan aplikasi MobTicket, anda boleh terus log masuk menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password anda). Klik butang LOGIN untuk log masuk.
Klik butang New Reservation untuk memulakan tempahan tiket baru.
Langkah 1: Terma & Syarat (Terms & Conditions)
KTMB MobTicket – Terma & Syarat
Untuk Langkah 1, sila baca terma dan syarat yang dinyatakan bagi tujuan penggunaan aplikasi KTMB MobTicket dan tempahan tiket. Kemudiannya, klik butang I AGREE & ACCEPT untuk ke bahagian seterusnya.
KTMB MobTicket – Terma & Syarat: Next
Butang NEXT akan dipaparkan. Klik butang tersebut untuk ke bahagian seterusnya.
Langkah 2: Masukkan Maklumat Perjalanan (Travel Info)
KTMB MobTicket – Maklumat Perjalanan (Kosong)
Sila pilih stesen pelepasan (Origin) dan ketibaan (destination) anda serta tarikh yang diinginkan. Setelah itu, klik pada anak panah ( > ) di bahagian bawah aplikasi.
KTMB MobTicket – Maklumat Perjalanan (Diisi)
Apabila maklumat selesai diisi, klik Select Train untuk memilih perkhidmatan tren yang diinginkan.
Pilih perkhidmatan tren yang anda inginkan. Maklumat yang dipaparkan ialah nombor tren, waktu pelepasan (departure) dan waktu ketibaan (arrival). Klik pada perkhidmatan tren yang anda inginkan.
KTMB MobTicket – Pilih Koc
Tekan Select Coach untuk meneruskan proses tempahan anda.
KTMB MobTicket – Maklumat Tambang
Maklumat tambang bagi perjalanan anda akan dipaparkan. Klik pada maklumat tersebut untuk maju ke proses seterusnya.
KTMB MobTicket – Maklumat Penumpang
Klik butang Add Passenger (+) untuk memasukkan maklumat penumpang.
KTMB MobTicket – Pilihan Jenis Tiket
Masukkan jenis tiket yang sesuai untuk penumpang. Jika tidak pasti, sila pilih ORDINARY TICKET.
KTMB MobTicket – Maklumat Penumpang
Jika anda bercadang untuk menyimpan maklumat penumpang untuk kegunaan masa hadapan, klik butang Save As Favourite Passenger.
KTMB MobTicket – Pilihan Tempat Duduk (1)
Maklumat penumpang kemudiannya akan dipaparkan. Klik ikon kerusi untuk menetapkan tempat duduk penumpang tersebut dalam tren.
KTMB MobTicket – Pilihan Tempat Duduk (2)
Klik Coach Label untuk memilih koc tren. Koc tren perlu dipilih terlebih dahulu sebelum anda memilih tempat duduk.
KTMB MobTicket – Pilihan Tempat Duduk (3)
KTMB MobTicket – Pilihan Tempat Duduk (4)
Setelah anda memilih koc tren, anda boleh memilih tempat duduk yang masih ada di dalam koc tersebut.
KTMB MobTicket – Pilihan Tempat Duduk (5)
Ikon kerusi akan bertukar menjadi biru apabila kerusi telah dipilih.
Langkah 4: Bayaran Atas Talian (Online Payment)
Apabila anda berada di Langkah 4, anda hanya perlu melangsaikan bayaran bagi tujuan pengesahan tiket.
KTMB MobTicket – Pengesahan Perjalanan
Klik butang CONFIRM TRAVEL ITINERARY di bahagian bawah skrin.KTMB MobTicket kemudiannya akan bertanya sama ada anda pasti maklumat yang dimasukkan adalah tepat.
KTMB MobTicket – Pengesahan Tiket (Yes/No)
Jika ya, klik butang YES. Anda akan dibawa kembali ke skrin TRAVEL ITINERARY beserta bayaran yang bakal dikenakan (ditulis dalam ruangan GRAND TOTAL).
KTMB MobTicket – Pengesahan Tiket dan Harga
Klik butang merah MAKE PAYMENT di bahagian bawah skrin.
KTMB MobTicket – Proses Bayaran
Skrin aplikasi akan digelapkan dan anda akan dibawa secara automatik ke pelayar web (web browser) peranti mudah alih anda untuk tujuan pembayaran.
Sila masukkan maklumat bayaran yang dikehendaki dan ikut petunjuk yang diberikan.
Maklumat tiket akan diberikan kepada anda apabila proses bayaran selesai dan bayaran telah dibuat dan diterima oleh pihak KTMB.
Nota: Sila buat bayaran menggunakan kad kredit / debit / akaun bank pilihan anda.
Apabila bayaran selesai dibuat, anda boleh memilih untuk mencetak tiket. Sila log masuk menggunakan komputer bagi tujuan pencetakan tiket.