style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Panduan Pembelian Tiket KTMB Menggunakan Laman Web KTMB

Para pengguna perkhidmatan tren KTM Berhad (KTMB) kini dapat membuat tempahan tiket perjalanan mereka dengan cara yang lebih mudah dan cepat melalui laman sesawang (web) KTMB. Tempahan melalui laman web KTMB ini boleh dibuat bagi perkhidmatan-perkhidmatan tren KTM ETS dan juga KTM Intercity.

Sebelum ini, sistem e-Ticket yang digunakan oleh pihak KTMB. Walau bagaimanapun, sistem tersebut tidak secekap sistem yang digunakan pada waktu sekarang. Selain daripada itu, para pengguna juga kerap membuat aduan berkenaan masalah yang dialami mereka sewaktu proses pembelian tiket KTMB.

Pembelian tiket KTMB menggunakan laman sesawang (website) KTMB

Sila ikuti 5 langkah mudah berikut untuk membuat pembelian tiket tren KTMB menggunakan sistem tempahan secara dalam talian (online) di laman web KTMB.

Langkah Pertama: Pendaftaran / Log Masuk

Laman Web KTMB - Butang Sign In / Sign Up
Laman Web KTMB – Butang Log In / Sign Up

Log masuk ke laman web rasmi KTMB di http://www.ktmb.com.my. Anda dapat melihat butang Log In / Sign Up pada bahagian atas laman web tersebut seperti yang dipaparkan di atas.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Paparan Log Masuk
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Paparan Log Masuk

Apabila anda klik butang tersebut, anda akan dipaparkan ruangan untuk anda memasukkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) untuk anda log masuk ke dalam sistem tempahan tiket KTMB.

Langkah Kedua: Masukkan Maklumat Perjalanan Anda

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Maklumat Perjalanan (1)
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Maklumat Perjalanan (1)

Pilih “One way” untuk perjalanan atau “Return” untuk perjalanan ulang alik.

Pilih stesen bertolak (Origin) dan juga stesen destinasi (Destination) anda.

Pilih tarikh bertolak dan julat masa yang diinginkan.

Pilih kuantiti tiket yang diinginkan untuk penumpang dewasa dan kanak-kanak.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Maklumat Perjalanan (2)
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Maklumat Perjalanan (2)

Tekan butang “Search” untuk memulakan carian tiket anda.

Jika tiket sudah habis, anda boleh memilih tarikh lain untuk perjalanan anda.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Pilihan Perkhidmatan tren
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Pilihan Perkhidmatan tren

Klik pada perjalanan yang dikehendaki dan tambang akan dipaparkan untuk rujukan anda.

Tekan “Proceed” untuk meneruskan proses tempahan anda.

Langkah Ketiga: Masukkan Maklumat Penumpang

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Maklumat Penumpang
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Maklumat Penumpang

Apabila selesai memasukkan maklumat perjalanan dan kuantiti tiket yang diinginkan, sila masukkan maklumat berkenaan penumpang yang akan menaiki tren tersebut. Maklumat penumpang yang anda perlukan ialah Nama, No. Kad Pengenalan / Pasport dan Tarikh Lahir.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Jenis Tiket
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Jenis Tiket

Kemudiannya, sila pilih kategori tiket anda. Kategori yang boleh dipilih termasuklah:

  • VIP
  • Ordinary Ticket: Tiket biasa
  • Senior Citizen: Wargamas
  • Government Pensioners: Pesara kerajaan
  • Disabled: Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • 1MPC (Bomba/Polis/Tentera)
  • KTMB i-Card Student

Jika anda tidak pasti berkenaan kategori tiket anda, sila hubungi pihak KTMB atau pilih Ordinary Ticket sahaja.

Langkah Keempat: Memilih Tempat Duduk

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Pemilihan Tempat Duduk
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Pemilihan Tempat Duduk

Apabila anda selesai memasukkan nama penumpang, anda boleh membuat pilihan tempat duduk anda. Sila pilih koc dan tempat duduk yang diinginkan.

Langkah Kelima: Membuat Bayaran

Apabila anda selesai memilih tempat duduk untuk perjalanan anda, anda boleh membuat bayaran bagi mengesahkan pembelian tiket anda.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Maklumat Tambang
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Maklumat Tambang

Kaedah bayaran: Bayaran pembelian tiket anda boleh dibuat menggunakan kad kredit (VISA dan Mastercard sahaja), direct debit daripada bank-bank terkemuka di Malaysia ataupun kad debit.

Masalah ketika bayaran: Jika anda mengalami masalah semasa proses pembayaran, anda dinasihatkan untuk membuat panggilan kepada pihak KTMB dan/atau pihak bank untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Kaedah Bayaran
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Kaedah Bayaran

Apabila anda bersetuju untuk membuat bayaran, anda akan diminta untuk membaca dokumen terma dan syarat bagi perkhidmatan tempahan tiket dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan.

Sistem Tempahan Tiket KTMB - Terma dan Syarat Bayaran
Sistem Tempahan Tiket KTMB – Terma dan Syarat Bayaran

Sila baca terma dan syarat berikut dan klik I Agree sekiranya anda bersetuju. Anda kemudiannya akan meneruskan sesi bayaran dengan memasukkan maklumat kad kredit / debit / akaun bank anda.

Apabila proses bayaran selesai dan kad kredit / debit / akaun bank anda dapat dicaj, tiket perjalanan akan diberikan kepada anda. Tiket tersebut boleh disemak melalui penggunaan laman web KTMB atau mobile app KTMB Mobticket anda.

Walaupun dalam kebanyakan keadaan pihak KTMB akan menerima tiket salinan lembut (softcopy) anda yang dipaparkan dalam telefon bimbit anda, kami tetap mengesyorkan anda untuk mencetak tiket anda dalam bentuk hardcopy untuk mengelakkan kesulitan sekiranya telefon mudah alih anda gagal untuk mempamerkan tiket tersebut (bateri habis, rosak dan sebagainya).

Jadual Perjalanan KLIA Transit 2018

Pihak ERL telah mengemas kini jadual perjalanan bagi tren KLIA Transit mereka berkuat kuasa pada 14 Mac 2018. Jadual tersebut telah dikemaskini dalam laman rasmi mereka.

Klik sini untuk jadual terbaru perjalanan KLIA Transit -> MYJadual.com – KLIA Transit. Jadual ini diambil dan diproses daripada laman rasmi KLIA Transit, iaitu www.kliaekspres.com.

KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan tren laju yang menghubungkan KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA (Bangunan Terminal Utama dan klia2).

MYJadual ialah sebuah laman web yang memaparkan maklumat perjalanan bagi pengangkutan awam di Malaysia.

Cuai: KTM Berhad Didenda RM 60,000

TEMERLOH, 22 Mac 2018: Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa KTM Berhad (KTMB) telah didenda sebanyak RM 60,000 kerana penyenggaraan yang lemah untuk rel dan kocnya. Dalam kes pertama seumpamanya terhadap KTM Berhad (KTMB), operator tren tersebut didenda oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang akibat kegagalannya dalam memastikan proses penyenggaraan tren dan koc berjalan dengan baik.

Seorang wakil daripada KTMB mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan di hadapan hakim Datin M. Kunasundary pada hari Khamis lepas. Syarikat berkenaan gagal untuk mematuhi Seksyen 8.1 Lesen Operator Tren KTMB sehingga menyebabkan kegeliciran tren.

Tren malang berkenaan, Senandung Wau telah tergelincir pada pukul 1:50 pagi, 8 Julai 2014 berhampiran stesen Kemayan di Pahang. Salah satu daripada 8 koc tren berkenaan mengalami kegelinciran. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

Sumber: The Star, 22 Mac 2018

Express Rail Link

Express Rail Link ialah operator bagi dua perkhidmatan rel di Malaysia, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh ERL

KLIA Ekspres dan KLIA Transit

Sejarah

2017, 16 November: Akhbar Kosmo! Online melaporkan bahawa perjanjian konsesi ERL bagi mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan dilanjutkan selama 30 tahun lagi hingga tahun 2059. Sebelum ini, perjanjian konsesi tersebut dijadualkan tamat pada tahun 2029. Mengikut perjanjian asal, harga tiket ERL boleh disemak pada setiap lima tahun. Namun setelah tiga kali kerajaan menolak permintaan ERL untuk menaikkan tambang, keputusan dibuat untuk melanjutkan tempoh konsesi KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

2002, 1 Jun: KLIA Transit memulakan operasinya.

2002, 14 April: KLIA Ekspres memulakan operasinya, iaitu perjalanan tren tanpa henti dari stesen KL Sentral hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Sumber

  1. Konsesi ERL dilanjut hingga 2059 – Kosmo Online, 16 November 2017 (http://www.kosmo.com.my/niaga/konsesi-erl-dilanjut-hingga-2059-1.553576)

Jabatan Keretapi Negeri Sabah

Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) ialah sebuah pengendali perkhidmatan keretapi yang beroperasi di negeri Sabah, Malaysia. Perkhidmatan keretapi ini dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

 

Sejarah

Sejarah keretapi di negeri Sabah bermula sejak tahun 1896 lagi apabila jurutera Arthur J West dan pembantunya Gaunon (seorang pemuda Murut yang berasal dari Keningau).

Tujuan asal pembinaan landasan keretapi di Sabah ini ialah untuk mengangkut tembakau dari kawasan pedalaman ke pantai untuk tujuan pengedaran.

 

Stesen Sabah State Railway

Berikut dipaparkan senarai stesen dalam laluan Sabah State Railway:

-akan datang-

 

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Keretapi

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Perancangan masa hadapan

-akan datang-

 

Kemalangan

Tiada maklumat buat masa sekarang.

 

Sumber

  1. Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) – laman rasmi

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (MyHSR), juga dikenali sebagai Kuala Lumpur – Singapore High Speed Rail dalam Bahasa Inggeris ialah sistem pengangkutan rel berkelajuan tinggi yang menghubungkan kawasan Kuala Lumpur, Malaysia dan juga Jurong East, Singapura.

Sejarah

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Stesen MyHSR

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Keretapi

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Bacaan tambahan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Sumber

  1. MyHSR – laman rasmi
  2. Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura – Wikipedia

MRT Laluan Putrajaya

MRT Laluan Putrajaya, dahulunya dikenali sebagai Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (MRT SSP), juga dikenali sebagai MRT SSP Line dalam Bahasa Inggeris ialah sistem transit rel di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya. Tidak seperti LRT, MRT direka bentuk untuk mengendalikan jumlah pengguna yang lebih banyak berbanding LRT.

Latar Belakang

Jajaran itu akan sepanjang 57.7 kilometer. Ia akan mempunyai 44.2 kilometer trek bertingkat dan 13.5 kilometer terowong. Ia akan mempunyai 36 stesen, 27 daripadanya akan berada di atas tanah dan 9 daripadanya akan berada di bawah tanah. Orang ramai boleh bertukar dari Laluan MRT Putrajaya ke laluan rel lain di sejumlah 10 stesen pertukaran dan penghubung.

Pelancaran PYL Fasa 2 pada 16 Mac 2023 oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menandakan pembukaan penuh talian yang menghubungkan Kwasa Damansara ke Putrajaya. Fasa 1 PYL, dari Kwasa Damansara ke Kg Batu, bermula pada 16 Jun 2022.

Ia mengambil masa lebih kurang 84 minit untuk pergi dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara. PYL berjalan melalui kawasan perumahan dan komersial yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Jalan Ipoh, Sentul, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Tujuh belas stesen dilengkapi dengan struktur atau ruang letak kereta dengan jumlah gabungan 5,878 ruang.

PYL dikendalikan menggunakan 49 set tren 4 gerabak dengan jumlah kapasiti 1,200 orang yang beroperasi pada kekerapan 5 minit semasa waktu puncak dan 10 minit semasa waktu sibuk.

Pengguna digalakkan untuk mengikuti saluran media sosial Rapid KL atau memuat turun PULSE aplikasi untuk mendapatkan kemas kini terkini tentang kekerapan kereta api dan status perkhidmatan.

Soalan Lazim Umum mengenai Perkhidmatan MRT boleh didapati di Sumber – Soalan Lazim.

Untuk maklumat mengenai perkhidmatan bas MRT Feeder, sila layari Halaman Perkhidmatan Bas Rapid KL.

Stesen MRT Laluan Putrajaya

Klik mana-mana stesen di bawah untuk maklumat stesen dan jadual perjalanan.

Nama StesenParkir & Pertukaran
Kwasa Damansara (PY01/KG04):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: MRT Laluan Kajang
Kampung Selamat (PY03):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Sungai Buloh (PY04):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: KTM ETS, KTM Komuter
Damansara Damai (PY05):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Sri Damansara Barat (PY06):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
Sri Damansara Sentral (PY07):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
Sri Damansara Timur (PY08):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
Kepong Sentral (KTM ETS, KTM Komuter)
Metro Prima (PY09):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
Kepong Baru (PY10):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Jinjang (PY11):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
Sri Delima (PY12):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Kampung Batu (PY13):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
KTM Komuter Laluan Seremban
Kentonmen (PY14):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
Jalan Ipoh (PY15):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Sentul Barat (PY16):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Titiwangsa (PY17):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
KL Monorail
LRT Laluan Ampang
LRT Laluan Sri Petaling
Hospital Kuala Lumpur (PY18):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
Raja Uda – UTM (PY19):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: –
Ampang Park (PY20):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
LRT Laluan Kelana Jaya
Persiaran KLCC (PY21):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: –
Conlay – Kompleks Kraf (PY22):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: –
Tun Razak Exchange (PY23):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
MRT Laluan Kajang
Chan Sow Lin (PY24):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran:
LRT Laluan Ampang
LRT Laluan Sri Petaling
Kuchai (PY27):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Taman Naga Emas (PY28):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Sungai Besi (PY29):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
LRT Laluan Sri Petaling (Sungai Besi SP16)
Serdang Raya Utara (PY31):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Serdang Raya Selatan (PY32):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Serdang Jaya (PY33):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: –
UPM (PY34):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Taman Equine (PY36):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Putra Permai (PY37):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: –
16 Sierra (PY38):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Cyberjaya Utara (PY39):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran: –
Cyberjaya City Centre – Limkokwing (PY40):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir:
Pertukaran: –
Putrajaya Sentral (PY41):

Maklumat Stesen

Jadual Perjalanan
Parkir: Ada
Pertukaran:
KLIA Transit

Jadual perjalanan

Keretapi

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Bacaan tambahan

Seven hidden gems of the MRT

Sumber

  1. MyRapid – laman rasmi RapidKL
  2. MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line – Wikipedia

LRT Laluan Sri Petaling

LRT Laluan Sri Petaling (LRT Sri Petaling Line) ialah salah satu sistem transit rel yang dikendalikan oleh RapidKL.

Jadual Perjalanan LRT Sri Petaling

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan LRT Laluan Sri Petaling, anda boleh klik siniJadual Perjalanan LRT Laluan Sri Petaling. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Sejarah

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Senarai Stesen dan Pertukaran Sepanjang LRT Laluan Sri Petaling

Klik pautan-pautan di bawah untuk maklumat stesen dan pertukaran.

Nama StesenParkir & Pertukaran
Sentul Timur (AG1/SP1)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling
Sentul (AG2/SP2)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling
Titiwangsa (AG3/SP3)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Sri Petaling, KL Monorail, MRT Laluan Putrajaya
PWTC (AG4/SP4)Parkir:
Pertukaran:
Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Sri Petaling
Pertukaran (luar sistem): KTM Komuter – Stesen Keretapi Putra
Sultan Ismail (AG5/SP5)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Sri Petaling
Pertukaran (luar sistem):
KL Monorail
Bandaraya (AG6/SP6)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Sri Petaling, MRT Laluan Kajang
Pertukaran (luar sistem):
KTM ETS dan KTM Komuter – Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Masjid Jamek (AG7/SP7)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling, LRT Laluan Kelana Jaya
Plaza Rakyat (AG8/SP8)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling, MRT Laluan Kajang
Hang Tuah (AG9/SP9)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling, KL Monorail
Pudu (AG10/SP10)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling
Chan Sow Lin (AG11/SP11)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Sri Petaling, MRT Laluan Putrajaya
Cheras (SP12)Parkir:
Pertukaran:
Salak Selatan (SP13)Parkir:
Pertukaran:
Bandar Tun Razak (SP14)Parkir:
Pertukaran:
Bandar Tasik Selatan (SP15)Parkir:
Pertukaran:
Pertukaran (luar sistem): KLIA Transit – Stesen ERL Bandar Tasik Selatan, KTM ETS dan KTM Komuter – Stesen Keretapi Bandar Tasik Selatan
Sungai Besi (SP16)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): MRT Laluan Putrajaya
Bukit Jalil (SP17)Parkir:
Pertukaran:
Sri Petaling (SP18)Parkir:
Pertukaran: –
Awan Besar (SP19)Parkir:
Pertukaran: –
Muhibbah (SP20)Parkir:
Pertukaran: –
Alam Sutera (SP21)Parkir:
Pertukaran: –
Kinrara BK 5 (SP22)Parkir:
Pertukaran: –
IOI Puchong Jaya (SP24)Parkir:
Pertukaran: –
Pusat Bandar Puchong (SP25)Parkir:
Pertukaran: –
Taman Perindustrian Puchong (SP26)Parkir:
Pertukaran: –
Bandar Puteri (SP27)Parkir:
Pertukaran: –
Puchong Perdana (SP28)Parkir:
Pertukaran: –
Puchong Prima (SP29)Parkir:
Pertukaran: –
Putra Heights (KJ37/SP31)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Kelana Jaya

Maklumat tambang

Kaedah pembayaran: Tunai, Touch ‘N Go, RapidPass

Bayaran tunai: Tiket sehala / ulang-alik boleh dibeli di kaunter-kaunter LRT yang ada di setiap stesen. Selain itu, terdapat juga kiosk yang menawarkan kaedah pembayaran tunai, juga terdapat di stesen-stesen LRT.

Touch ‘N Go: Pemilik kad Touch ‘N Go biasa boleh menggunakan kad Touch ‘N Go masing-masing untuk semua laluan Ampang Line. Sesetengah stesen turut menawarkan kemudahan tambah nilai Touch ‘N Go.

Keretapi

LRT Laluan Sri Petaling dahulunya menggunakan EMU ADTranz. Kini, ianya menggunakan EMU terbaharu yang dikenali sebagai AMY.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Sumber

  1. MyRapid – laman rasmi RapidKL
  2. Sri Petaling Line – Wikipedia

KLIA Transit

KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan tren laju yang menghubungkan KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA (Bangunan Terminal Utama dan klia2).

KLIA Transit pula secara asasnya sama seperti KLIA Ekspres, cuma KLIA Transit akan berhenti di beberapa stesen sepanjang perjalanannya. Selain daripada KLIA Transit, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, tren ekspres dari KL Sentral ke KLIA. Kedua-dua perkhidmatan ini dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Memandangkan lapangan terbang KLIA terletak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur, sebuah laluan rel dibina untuk memudahkan akses antara pusat bandar dan lapangan terbang.

Jadual Perjalanan KLIA Transit

Klik sini:

Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (Express Rail Link – ERL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Express Rail Link (ERL) ialah sambungan rel yang menghubungkan KL Sentral di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor.

Terdapat dua perkhidmatan yang menggunakan ERL, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Sejarah

Tiada maklumat pada masa ini.

Stesen KLIA Transit

Berikut dipaparkan senarai stesen dalam laluan KLIA Transit:

Stesen KLIA Transit Bandar Tasik Selatan

Stesen KLIA Transit KL Sentral

Stesen KLIA Transit KLIA

Stesen KLIA Transit klia2

Stesen KLIA Transit Putrajaya / Cyberjaya

Stesen KLIA Transit Salak Tinggi

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Keretapi

KLIA Ekspres dan KLIA Transit menggunakan EMU Desiro ET 425 M. Klik pautan berkenaan untuk keterangan lanjut berkenaan EMU tersebut.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa ini.

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa ini.

Sumber

  1. KLIA Transit – laman web rasmi

Johor Bahru – Singapore Rapid Transit System (RTS)

Johor Bahru – Singapore Rapid Transit System (RTS) ialah sebuah sistem rapid transit rel yang menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dan Singapura. RTS adalah perhubungan rel yang berkapasiti tinggi dan boleh mengangkut lebih banyak pengguna pada satu-satu masa berbanding sistem sambungan rel KTM sedia ada antara Johor Bahru, Malaysia dan Woodlands, Singapura.

Apabila RTS disiapkan nanti, ianya akan menjadi sambungan rel kedua antara Malaysia dan Singapura kerana sambungan rel pertama ialah rel KTM antara Johor Bahru dan Woodlands.

 

Sejarah

2018: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corp Ltd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membentuk sebuah syarikat joint-venture (JV) sebagai “operating company” untuk Johor Bahru – Singapore Rapid Transit System Link (RTS Link).

 

Stesen RTS

Berikut dipaparkan senarai stesen dalam laluan RTS:

Bukit Chagar (pertukaran ke JB Sentral), Malaysia

Woodlands North, Singapura

 

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Keretapi

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Perancangan masa hadapan

Terdapat sumber yang menyatakan bahawa laluan RTS akan mula beroperasi pada tahun 2022 kelak.

 

Kemalangan

Tiada kemalangan berkaitan RTS dilaporkan buat masa sekarang.

 

Sumber

  1. Laman rasmi RTS (pautan akan datang)