style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Sistem tempahan tiket online KTMB E-Ticket dinaik taraf

E-ticket is temporarily unavailable from to-date untill Sept 13, 2010 due to system upgrading. For ticket reservations, kindly contact our KTM Call Center at 1-300-88-(KTMB)5862 (local) or +603-2267 1200 (overseas) or email to [email protected] or proceed to ticketing counter for direct purchase.

Untuk pengetahuan semua, KTMB E-Ticket tidak dapat diakses sehingga 13 September 2010 kerana sistem tempahan tiket KTMB sedang dinaik taraf. Unuk tempahan tiket bolehlah hubungi KTMB di talian tol rendah KTMB – 1300 88 KTMB (1300-88-5862) atau +603 2267 1200 (sekiranya membuat panggilan dari luar negara) atau email ke [email protected].

LANDASAN mencadangkan anda agar terus ke kaunter KTMB untuk tempahan tiket. Lebih mudah dan senang.

Pengumuman – Jadual KTM Intercity – August 1st 2010

UPDATE: Untuk jadual terkini KTM Intercity (KTM Antarabandar), sila klik sini.

Bermula 1 Ogos 2010, perkhidmatan tren antarabandar KTM akan dijadualkan semula. Sektor yang terlibat ialah sektor Timur, Utara dan juga Selatan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk fail PDF berkenaan dan juga sini untuk maklumat lanjut berkenaan KTM Antarabandar di LANDASAN.

Bermula pada tarikh tersebut juga, tren KTM tidak lagi akan berhenti di Stesen Kuala Lumpur (KLO – KL Old Railway Station) dan penjualan tiket di sana akan diberhentikan.

SR21 – Ekspres Langkawi: Hat Yai ke KL Sentral

  1. Hat Yai 1700 hrs
  2. Padang Besar
  3. Arau – 1900 hrs
  4. Alor Setar
  5. Sungai Petani
  6. Bukit Mertajam
  7. Taiping
  8. Ipoh
  9. Tanjung Malim
  10. Rawang
  11. KL Sentral – 0536 hrs (+1 day)

*the schedule is still incomplete, pending further information.

OCTOBER 14th UPDATE: Please refer to KTM Intercity Schedules page for more information.

Jadual KTM Antarabandar – berkuatkuasa 1 Ogos 2010

UPDATE: Untuk jadual terkini KTM Intercity (KTM Antarabandar), sila klik sini.

Bermula 1 Ogos 2010, perkhidmatan tren antarabandar KTM akan dijadualkan semula. Sektor yang terlibat ialah sektor Timur, Utara dan juga Selatan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk fail PDF berkenaan dan juga sini untuk maklumat lanjut berkenaan KTM Antarabandar di LANDASAN.

Bermula pada tarikh tersebut juga, tren KTM tidak lagi akan berhenti di Stesen Kuala Lumpur (KLO – KL Old Railway Station) dan penjualan tiket di sana akan diberhentikan.

KEMAS KINI 14 OKTOBER 2012: Lihat laman Jadual Perjalanan KTM Intercity untuk mengetahui tentang jadual perjalanan KTM Intercity.

SR21 – Ekspres Langkawi: Hat Yai ke KL Sentral

  1. Hat Yai 1700 hrs
  2. Padang Besar
  3. Arau – 1900 hrs
  4. Alor Setar
  5. Sungai Petani
  6. Bukit Mertajam
  7. Taiping
  8. Ipoh
  9. Tanjung Malim
  10. Rawang
  11. KL Sentral – 0536 hrs (+1 day)

*the schedule is still incomplete, pending further information.

KTM Komuter: Bilangan Stesen Mesra OKU Akan Ditambah

The Star Online
Published: Thursday April 15, 2010 MYT 9:06:00 PM
Updated: Thursday April 15, 2010 MYT 9:07:04 PM

More KTM Komuter stations to have facilities for the disabled

by CHRISTINA TAN

KUALA LUMPUR: Access for the disabled will be improved in 10 more KTM Komuter stations, at an estimated cost of RM20mil, under the 10th Malaysian Plan.

Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat said the Government was determined to ensure sufficient public transportation facilities for the physically-challenged group.

The stations are Kepong, Batu Tiga, Klang, UKM, Bangi, Kuala Lumpur, Tanjung Malim, Putra, Nilai and Padang Jawa.

Upgrades to five stations – Bandar Tasik Selatan, Serdang, Shah Alam, Rawang and Sungai Buloh – were near completion, he added.

A total of RM10mil was allocated under the Ninth Malaysian Plan to build lifts, ramps for wheelchairs, special toilets and parking lots at these five stations, he said.

Ong said the upgrading project was being extended to other public transportations such as airlines and bus services.

“I was also on wheelchair before and I know how they feel and need for the facilities,” he said, after visiting Sungai Buloh and Serendah Komuter stations Thursday.

Meanwhile, Ong said the ministry was also exploring the possibility of modifying existing railway tracks in the country to accommodate high-speed trains.

He said existing tracks, suitable for trains running at not more than 140kph, were too narrow for high-speed trains that could reach between 320kph and 350kph.

Pendapat: Nampaknya kerajaan kita sudah semakin prihatin akan nasib golongan kurang upaya. Hari demi hari, kita pasti mendengar liputan media berkenaan masalah-masalah yang dialami golongan OKU. Baguslah, satu pencapaian yang semakin baik untuk negara kita.

Tidak kisah, siapa yang memerintah. Asalkan minda masyarakat semakin terbuka dan ilmu dalam dada semakin banyak, sudah cukup baik.

Nampaknya juga KTMB semakin mendapat perhatian pihak kerajaan. Saya amat gembira dengan pengkhabaran ini. Harapan saya agar KTMB terus dibantu bagi memastikan kelangsungan nyawanya seiring dengan penyedia perkhidmatan transit yang lain.

KL Sentral

Stesen Sentral Kuala Lumpur (juga dikenali dengan nama KL Sentral) merupakan sebuah stesen yang berfungsi sebagai hab pengangkutan rel  utama di Malaysia.

Stesen Sentral KL berfungsi sebagai sebuah stesen utama yang menghubungkan beberapa rangkaian pengangkutan rel seperti KTM Komuter, Kelana Jaya Line, Express Rail Link (ERL), dan beberapa rangkaian pengangkutan lain seperti AirAsia Skybus, RapidKL Bus, Airport Coach, dan lain lain.

KL Sentral merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan berfasa โ€˜KL Sentralโ€™ yang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2015. Bangunan utama stesen ini dimiliki oleh MRCB dan bahagian stesen keretapi pula dimiliki oleh operator masing-masing.

Maklumat teknikal

Stesen
KL Sentral
Koordinat3.134747,101.68617
AlamatKuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon+603-2267 1200 (Customer Service)
Dibina
Dibuka
LaluanKTM ETS, KTM Komuter
Platform
ParkirUnknown
Akses OKUYes
Surau
TandasYes

Pada tahun 1994, kerajaan Malaysia telah memberikan kontrak kepada sebuah konsortium untuk membina sebuah hab transit moden di atas tanah Marshalling Yard KTMB yang lama. Stesen KL Sentral mula dibuka kepada orang ramai pada 16 April 2001, menggantikan fungsi Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang lama.

Spesifikasi teknikal

Kawasan tanah

  • Stesen: 9.3 ekar
  • Depot: 10.5 ekar

Kawasan lantai kasar

  • Stesen: 996,308 kaki persegi
  • Depot penyelenggaraan: 327,000 kaki persegi

Liputan kawasan stesen: 700 kaki x 515 kaki

Ketinggian bangunan: Bangunan utama 5 tingkat

Pembahagian kawasan

  • Operator Rel: 77% (KTMB : 44%, Kelana Jaya Line : 9%, ERL : 40%, Kawasan dikongsi: 7%)
  • SEMASA : 29%

Jadual perjalanan

Jadual berikut menunjukkan maklumat ketibaan dan pelepasan keretapi bagi KTM Intercity dan juga ETS.

Jadual perkhidmatan KTM Komuter boleh dilihat di laman Jadual Perjalanan KTM Komuter.

Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.

KTM ETS / Intercity / Komuter

Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.

Kemudahan di KL Sentral

Makanan dan minuman

  1. Medan Selera (Tingkat 3)
  2. McDonaldโ€™s (Tingkat 1)
  3. Subway (Tingkat 1)
  4. Starbucks (Tingkat 1)
  5. Famous Amos (Tingkat 1)
  6. Secret Recipe (Tingkat 1)
  7. Dunkinโ€™ Donuts

Tandas

  1. Tingkat 1 (Bahagian barat Stesen Sentral) โ€“ dari bahagian selatan, terus menuju ke surau, belok kiri.
  2. Tingkat 2: Berdekatan dengan Gate B.
  3. Tingkat 3:

Perbankan

  1. Maybank (Tingkat 1) โ€“ ATM, Bank, Tukaran Wang
  2. CIMB (Tingkat 1) โ€“ ATM, Bank, Tukaran Wang
  3. Bank Rakyat – (Tingkat 2) – ATM

Operator Rel

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

  • Platform 1 โ€“ Untuk kegunaan KTM Intercity
  • Platform 2 โ€“ Untuk kegunaan KTM Intercity
  • Platform 3 โ€“ KTM Komuter (laluan Batu Caves โ€“ Pelabuhan Klang), tren menghala ke Batu Caves
  • Platform 4 โ€“ KTM Komuter (laluan Rawang โ€“ Seremban), tren menghala ke Rawang
  • Platform 5 โ€“ KTM Komuter (laluan Batu Caves โ€“ Pelabuhan Klang), tren menghala ke Pelabuhan Klang
  • Platform 6 โ€“ KTM Komuter (laluan Rawang โ€“ Seremban), tren menghala ke Seremban

Syarikat Prasarana Negara Berhad (RapidKL Kelana Jaya Line)

  • Kelana Jaya Line: 2 platform yang terletak di bahagian atas Tingkat 1

Ekspress Rail Link Sdn Bhd (ERL)

  • KLIA Ekspres: 2 platform sisi
  • KLIA Transit: 1 platform pulau

Nota Pengarang

Revisi

  1. 2010/11/24: Info asas
  2. 2011/01/06: Jadual pelepasan dan ketibaan
  3. 2011/04/14: Kemas kini jadual perjalanan
  4. 2011/06/07: Kemas kini jadual pelepasan dan ketibaan

Sumber

  • Jadual keretapi: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
  • Spesifikasi stesen: Laman stesen Sentral (pautan)

LRT Laluan Kelana Jaya

LRT Laluan Kelana Jaya (Bahasa Inggeris: Kelana Jaya Line) ialah salah sebuah perkhidmatan sistem transit aliran ringan (light rail transit) di Kuala Lumpur dan Selangor. Perkhidmatan tren ini diuruskan oleh syarikat RapidKL.

LRT Laluan Kelana Jaya merupakan antara nadi utama sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. Laluan ini menghubungkan kawasan kediaman utama di Subang Jaya, Kelana Jaya, dan Petaling Jaya dengan pusat bandar Kuala Lumpur sehingga ke Gombak di sebelah utara. Dengan lebih 30 stesen yang strategik, ia menjadi pilihan jutaan pengguna setiap tahun termasuk pelajar, pekerja harian, serta pelancong yang ingin menerokai bandar raya.

Kejayaan Laluan Kelana Jaya bukan sahaja terletak pada fungsinya sebagai sistem transit pantas, tetapi juga pada kelebihannya sebagai laluan automatik tanpa pemandu yang pertama di Asia Tenggara. Dalam konteks pembangunan bandar moden, LRT ini telah menjadi simbol kemajuan infrastruktur negara serta tonggak kepada usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Jadual Perjalanan LRT Kelana Jaya

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya, anda boleh klik butang di bawah:

Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Panduan untuk Pelancong & Pengguna Baharu

Jika anda pertama kali menggunakan LRT, berikut beberapa panduan mudah:

  1. Beli token/kad di mesin tiket automatik di stesen.
  2. Sentuh kad/token pada pengimbas di pintu masuk dan keluar.
  3. Ikut papan tanda kerana setiap stesen dilengkapi panduan bahasa Melayu & Inggeris.
  4. Elakkan waktu puncak (7.00 โ€“ 9.00 pagi & 5.00 โ€“ 7.00 petang) jika anda membawa bagasi besar.
  5. Gunakan aplikasi MyRapid Pulse untuk semak jadual tren secara langsung.

Laluan Popular untuk Pelancong:

  • KLCC (Menara Berkembar Petronas) โ€“ turun di Stesen KLCC.
  • Pasar Seni & Central Market โ€“ turun di Stesen Pasar Seni.
  • Bukit Bintang (melalui integrasi MRT) โ€“ dari Masjid Jamek, tukar ke MRT Laluan Kajang.
  • Genting Highlands (via Gombak) โ€“ dari Stesen Gombak, bas ekspres terus ke Genting.

Kemudahan di Stesen & Dalam Tren

  • Stesen: Lif, eskalator, surau, tandas awam, mesin tiket, kedai serbaneka.
  • Dalam tren: Pendingin hawa, ruang khas untuk OKU, tempat duduk bertanda untuk warga emas & wanita mengandung, sistem pengumuman dwibahasa.
  • Keselamatan: CCTV di semua tren & stesen, kehadiran pegawai RELA & pengawal keselamatan.

Sejarah

Fasa Awal: PUTRA LRT

Laluan ini pada asalnya dikenali sebagai PUTRA LRT (Projek Usahasama Transit Ringan Automatik) yang mula dibangunkan pada awal 1990-an. Ia merupakan jawapan kepada peningkatan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur yang semakin membimbangkan ketika itu. Projek ini dilaksanakan dalam dua fasa:

1. Fasa Pertama (1998)

  • Dibuka dari Subang Depot hingga Pasar Seni.
  • Mula beroperasi pada 1 September 1998.

2. Fasa Kedua (1999)

  • Sambungan dari Pasar Seni ke Terminal Putra (kini Gombak).
  • Dirasmikan sepenuhnya pada Jun 1999.

Pengambilalihan oleh Prasarana

Disebabkan masalah kewangan, PUTRA LRT diambil alih oleh kerajaan melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) pada tahun 2002. Sejak itu, laluan ini dikenali sebagai LRT Laluan Kelana Jaya dan diuruskan oleh anak syarikat Prasarana, iaitu Rapid Rail Sdn Bhd di bawah jenama RapidKL.

Projek Sambungan Laluan (2016)

Pada tahun 2016, laluan ini diperluaskan sejauh 17.4 kilometer melalui projek LRT Extension Project (LEP). Laluan sambungan ini meliputi 13 stesen baharu dari Kelana Jaya ke Putra Heights. Dengan sambungan tersebut, Laluan Kelana Jaya kini mempunyai lebih daripada 46 kilometer panjang landasan dan 37 stesen.

Teknologi Automatik

Salah satu keistimewaan laluan ini ialah penggunaan teknologi Automated Train Operation (ATO) sepenuhnya. Tren dikawal komputer tanpa memerlukan pemandu, menjadikannya lebih efisien dan selamat. Malaysia merupakan antara negara terawal di rantau Asia Tenggara yang memperkenalkan teknologi ini.

Stesen LRT Laluan Kelana Jaya

Berikut dipaparkan senarai stesen LRT bagi laluan Kelana Jaya:

Nama StesenParkir & Pertukaran
Gombak (KJ1)Parkir: Ada
Pertukaran:
Taman Melati (KJ2)Parkir: Ada
Pertukaran:
Wangsa Maju (KJ3)Parkir: Ada
Pertukaran:
Sri Rampai (KJ4)Parkir: Ada
Pertukaran:
Setiawangsa (KJ5)Parkir: Ada
Pertukaran:
Jelatek (KJ6)Parkir: Ada
Pertukaran:
Dato’ Keramat (KJ7)Parkir:
Pertukaran:
Damai (KJ8)Parkir:
Pertukaran:
Ampang Park (KJ9)Parkir:
Pertukaran:
KLCC (KJ10)Parkir:
Pertukaran:
Kampung Baru (KJ11)Parkir:
Pertukaran:
Dang Wangi (KJ11)Parkir:
Pertukaran: KL Monorail
Masjid Jamek (KJ13)Parkir:
Pertukaran: LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling
Pasar Seni (KJ14)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): Stesen MRT Pasar SeniMRT Laluan Kajang
Pertukaran (luar sistem): KTM ETS dan KTM KomuterStesen Keretapi Kuala Lumpur
KL Sentral (KJ15)Parkir: Ada (di KL Sentral)
Pertukaran (luar sistem): KL Monorail, KLIA Ekspres, KLIA Transit, KTM ETS, KTM Komuter, MRT Laluan Kajang
Bangsar (KJ16)Parkir:
Pertukaran:
Abdullah Hukum (KJ17)Parkir:
Pertukaran:
Kerinchi (KJ18)Parkir:
Pertukaran: –
Universiti (KJ19)Parkir:
Pertukaran:
Taman Jaya (KJ20)Parkir: Ada
Pertukaran: –
Asia Jaya (KJ21)Parkir: Ada
Pertukaran: –
Taman Paramount (KJ22)Parkir: Ada
Pertukaran:
Taman Bahagia (KJ23)Parkir: Ada
Pertukaran:
Kelana Jaya (KJ24)Parkir:
Pertukaran: –
Lembah Subang (KJ25)Parkir:
Pertukaran: –
Ara Damansara (KJ26)Parkir: Ada
Pertukaran:
Glenmarie (KJ27)Parkir: Ada
Pertukaran: –
Subang Jaya (KJ28)Parkir: Ada
Pertukaran (luar sistem): KTM Komuter
SS 15 (KJ29)Parkir:
Pertukaran: –
SS 18 (KJ30)Parkir:
Pertukaran: –
USJ 7 (KJ31)Parkir:
Pertukaran (dalam sistem): BRT Laluan Sunway: Stesen BRT USJ 7
Taipan (KJ32)Parkir:
Pertukaran: –
Wawasan (KJ33)Parkir:
Pertukaran: –
USJ 21 (KJ34)Parkir: Ada
Pertukaran: –
Alam Megah (KJ35)Parkir: Ada
Pertukaran: –
Subang Alam (KJ36)Parkir: Ada
Pertukaran:
Putra Heights (KJ37)Parkir: Ada
Pertukaran (dalam sistem): LRT Laluan Ampang

Khidmat Pelanggan

Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk syarikat ini. Para pengguna disarankan melawat laman web mereka bagi mengikuti perkembangan terkini melibatkan perkhidmatan Rapid KL.

Laman web: http://www.myrapid.com.my/

Alamat e-mel: [email protected]

No. telefon: +603-7885 2585, Isnin – Jumaat (7:00 AM hingga 8:30 PM), Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8:30 AM hingga 5:30 PM)

Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.

Laman TikTok (https://www.tiktok.com/@myrapidkl): Laman TikTok mereka mempunyai sekitar 144,000 pengikut (Julai 2023). Pelbagai jenis kandungan dikongsi menerusi saluran ini.

Maklumat tambang

Tambang perjalanan Rapid KL boleh dibayar melalui beberapa cara:

  1. Tunai: Pembelian token perjalanan melalui mesin ataupun kaunter
  2. Nirtunai (Cashless): Pembayaran secara terus melalui
  3. Konsesi: Diskaun 50% daripada kadar tambang tunai untuk Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Pelajar.
  4. Pas Perjalanan My50: Pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan Rapid KL (rel dan bas) dan juga Rapid Penang (bas sahaja, menggunakan My50 Mutiara Pass).
  5. MyCity Pass: Pas perjalanan tanpa had selama 1 hari (RM 5.00) ataupun 3 hari (RM 15.00). Boleh dibeli di kaunter tiket stesen-stesen LRT dan MRT Rapid KL.

Ciri-Ciri Utama Laluan Kelana Jaya

  • Jumlah panjang laluan: ยฑ46.4 km
  • Jumlah stesen: 37 stesen
  • Jenis landasan: Gabungan landasan bawah tanah (terutamanya di pusat bandar) dan landasan bertingkat.
  • Kekerapan tren: Antara 2.5 hingga 7 minit pada waktu puncak.
  • Kapasiti tren: Setiap set tren boleh menampung lebih 700 penumpang.
  • Mesra OKU: Hampir semua stesen dilengkapi lif, eskalator, dan laluan kerusi roda.

Keretapi

LRT Laluan Kelana Jaya dahulunya menggunakan Bombardier ART MK-II EMU. Kini, ianya menggunakan EMU terbaharu yang mempunyai 4 gerabak.

Perancangan masa hadapan

Kerajaan dan Prasarana sedang berusaha menambah baik:

Integrasi dengan projek besar seperti MRT3 yang dijangka akan meningkatkan lagi kesalinghubungan.

Penambahan tren 4-gerabak baharu untuk menampung kapasiti.

Penyelenggaraan berkala sistem automatik.

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Kesimpulan

LRT Laluan Kelana Jaya bukan sekadar sistem pengangkutan awam, tetapi ia merupakan nadi yang menghubungkan berjuta pengguna setiap hari dengan cara yang cepat, selamat, dan mesra alam. Sama ada anda seorang pekerja harian, pelajar universiti, atau pelancong asing, laluan ini adalah cara terbaik untuk menjelajahi Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Dengan sejarah yang panjang, teknologi moden tanpa pemandu, serta sambungan ke pelbagai hab pengangkutan lain, Laluan Kelana Jaya terus memainkan peranan penting dalam transformasi pengangkutan awam Malaysia. Jika anda ingin menjimatkan masa, wang, dan tenaga, LRT Laluan Kelana Jaya sememangnya pilihan yang tepat.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid KL

Sumber

  1. MyRapid โ€“ laman rasmi RapidKL
  2. Kelana Jaya Line โ€“ Wikipedia

KL Monorail

KL Monorail ialah perkhidmatan monorel dengan laluan di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur, Malaysia. KL Monorail dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Perkhidmatan ini ialah satu-satunya pengangkutan monorel di Malaysia.

Maklumat asas

  • Bilangan stesen: 11
  • Panjang laluan: 8.6 km
  • Kawasan perkhidmatan: Brickfields, Bukit Bintang, Chow Kit, Titiwangsa
  • Pemandu: Seorang (satu hujung cab pada setiap masa)
  • Kelajuan tipikal: 60 km/h
  • Pintu: Automatik
  • Operator: RapidKL
  • Pemilik: Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB)

Sejarah

KL Monorail mula beroperasi pada 31 Ogos 2003. Kesemua 11 stesen yang beroperasi ketika pelancarannya masih beroperasi hingga ke hari ini. KL StarRail Sdn Bhd pernah menjadi operator untuk laluan monorel ini.

Pada 28 November 2007, Prasarana Malaysia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan KL Monorail Systems, menyebabkannya menjadi operator KL Monorail dan juga menanggung hutang sebanyak RM 882 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia (BPM).

Jadual Perjalanan KL Monorail

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KL Monorail, anda boleh menekan mana-mana butang stesen seperti di bawah. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Stesen KL Monorail

KL Monorail mempunyai 11 stesen sepanjang laluannya.

KL Monorail MR1 โ€“ KL Sentral KL Monorail MR2 โ€“ Tun Sambanthan KL Monorail MR3 โ€“ Maharajalela KL Monorail MR4 โ€“ Hang Tuah KL Monorail MR5 โ€“ Imbi KL Monorail MR6 โ€“ Bukit Bintang KL Monorail MR7 โ€“ Raja Chulan KL Monorail MR8 โ€“ Bukit Nanas KL Monorail MR9 โ€“ Medan Tuanku KL Monorail MR10 โ€“ Chow Kit KL Monorail MR11 โ€“ Titiwangsa

Struktur tambang

Tambang untuk KL Monorail boleh dibeli melalui tiket di kaunter dan juga penggunaan kad Touch ‘N Go.

Berikut ialah tambang dari/ke KL Sentral.

Dari/ke KL Sentral:

  • RM 1.20 – Tun Sambanthan
  • RM 1.60 – Maharajalela
  • RM 1.60 – Hang Tuah
  • RM 1.60 – Imbi
  • RM 2.10 – Bukit Bintang
  • RM 2.10 – Raja Chulan
  • RM 2.10 – Bukit Nanas
  • RM 2.50 – Medan Tuanku
  • RM 2.50 – Chow Kit
  • RM 2.50 – Titiwangsa

Kaedah pembayaran tambang

  • Token Perjalanan RapidKL
  • RapidPass
  • Touch N Go

Keretapi

KL Monorel menggunakan dua jenis trainset untuk perkhidmatannya, iaitu ALWEG 2-carriage monorail dan juga Scomi SUTRA 4-carriage monorail.

Perancangan masa hadapan

Trainset ALWEG akan tidak lagi digunakan apabila trainset Scomi SUTRA 4 gerabak digunakan sepenuhnya nanti.

Sumber

LRT Laluan Ampang

LRT Laluan Ampang (Bahasa Inggeris: LRT Ampang Line) ialah salah satu sistem transit rel yang diuruskan oleh RapidKL. Dahulunya, perkhidmatan ini dikenali sebagai STAR Line atau STAR LRT. Perkhidmatan rel ini menggunakan EMU ADTranz.

Jadual Perjalanan LRT Laluan Ampang

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan LRT Laluan Ampang, anda boleh klik siniJadual Perjalanan LRT Laluan Ampang. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Sejarah

LRT Laluan Ampang ini merupakan laluan rel standard gauge pertama di Malaysia. Laluan rel ini mula beroperasi pada 16 Disember 1996.

30 Oktober 2015 โ€“ Pelancaran Laluan Lanjutan Sri Petaling
Akhbar The Star melaporkan pembukaan rasmi laluan lanjutan dari Stesen Sri Petaling ke Putra Heights, termasuk 12 stesen baharu seperti Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera, Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puteri, Puchong Perdana, Puchong Prima, Kampung Baru LRT dan Putra Heights. Projek ini menambah panjang laluan kepada lebih 45 km.

Januari 1999 โ€“ Perkhidmatan Baharu ke Sri Petaling
New Straits Times melaporkan laluan Cherasโ€“Sri Petaling dibuka secara rasmi, menambah rangkaian baharu bagi penduduk Cheras, Bukit Jalil dan Sri Petaling. Laluan ini menjadi asas kepada apa yang dikenali hari ini sebagai LRT Sri Petaling Line.

1996 โ€“ Perasmian Fasa Pertama STAR LRT
Bernama melaporkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan fasa pertama STAR LRT (Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd), iaitu laluan dari Stesen Sultan Ismail ke Ampang dan dari Stesen Sultan Ismail ke Sri Petaling secara berperingkat. Ini merupakan sistem LRT pertama di Malaysia.

1993 โ€“ Pembinaan STAR LRT Bermula
The Star melaporkan bahawa pembinaan sistem LRT STAR bermula pada tahun 1993 dengan tujuan mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur dan menyediakan alternatif pengangkutan awam moden.

Stesen LRT Laluan Ampang

Stesen-stesen yang terdapat dalam laluan LRT Laluan Ampang adalah seperti berikut:

Ampang (AG18)

Cahaya (AG17)

Cempaka (AG16)

Pandan Indah (AG15)

Pandan Jaya (AG14)

Maluri (AG13)

Miharja (AG12)

Chan Sow Lin (AG11)

Pudu (AG10)

Hang Tuah (AG9)

Plaza Rakyat (AG8)

Masjid Jamek (AG7)

Bandaraya (AG6)

Sultan Ismail (AG5)

PWTC (AG4)

Titiwangsa (AG3)

Sentul (AG2)

Sentul Timur (AG1)

Maklumat tambang

Kaedah pembayaran: Tunai, Touch โ€˜N Go, RapidPass

Bayaran tunai: Tiket sehala / ulang-alik boleh dibeli di kaunter-kaunter LRT yang ada di setiap stesen. Selain itu, terdapat juga kiosk yang menawarkan kaedah pembayaran tunai, juga terdapat di stesen-stesen LRT.

Touch โ€˜N Go: Pemilik kad Touch โ€˜N Go biasa boleh menggunakan kad Touch โ€˜N Go masing-masing untuk semua laluan Ampang Line. Sesetengah stesen turut menawarkan kemudahan tambah nilai Touch โ€˜N Go.

Keretapi

LRT Laluan Ampang dahulunya menggunakan EMU ADTranz. Kini, ianya menggunakan EMU terbaharu yang dikenali sebagai AMY. EMU AMY ini dibuat oleh CSR Zhuzhou. Terdapat 50 trainset AMY yang sedang digunakan.

Perancangan masa hadapan

4 Jun 2025 โ€“ Business Today melaporkan bahawa kerajaan mengarahkan Prasarana memasang Platform Screen Doors (PSD) di semua stesen LRT sebagai langkah keselamatan tambahan selepas beberapa insiden melibatkan penumpang jatuh ke landasan.

4 Jun 2025 โ€“ Carz.com.my melaporkan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa pagar keselamatan (platform guardrails) akan dipasang di semua stesen tren termasuk LRT Ampang bagi meningkatkan keselamatan pengguna.

22 Februari 2025 โ€“ Malay Mail melaporkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana akan memasang Smart CCTV dan PSD di stesen LRT bagi mengesan tingkah laku berisiko serta mencegah kemalangan di platform.

25 Januari 2024 โ€“ The Vibes melaporkan rancangan overhaul menyeluruh untuk LRT termasuk Laluan Ampang, melibatkan penggantian komponen penting tren, sistem signal, dan kawalan tren. Projek ini dijangka siap pada Disember 2027.

29 Julai 2014 โ€“ The Edge Malaysia melaporkan tentang kontrak infrastruktur tambahan untuk Projek Lanjutan Ampang Line (LEP), melibatkan kerjaโ€kerja landasan, signal, komunikasi, third rail dan sistem elektrifikasi.

22 Julai 2013 โ€“ The Edge Malaysia melaporkan bahawa projek lanjutan LRT Ampang (Ampang LEP) berada di landasan untuk disiapkan pada pertengahan 2015, termasuk pembinaan stesen baharu seperti Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Insiden dan Kemalangan

22 Februari 2025 โ€“ Insiden Maut di Stesen Titiwangsa
Seorang penumpang berstatus OKU penglihatan terjatuh ke landasan di Stesen Titiwangsa dan dilanggar tren. Insiden ini menyebabkan operasi di empat stesen tergendala. Bas pengganti disediakan sebelum operasi normal disambung semula.

4 Ogos 2024 โ€“ Kebakaran Kecil di Laluan
Kebakaran kecil berlaku pada landasan berhampiran Stesen PWTC. Perkhidmatan terganggu hampir lima jam sebelum tren kembali beroperasi seperti biasa.

27 September 2023 โ€“ Penangguhan Pemulihan Operasi Penuh
Operator mengumumkan operasi normal hanya dijangka kembali pada 29 Februari 2024, selepas mendapati kerosakan tambahan pada jejambat 164 dan 165 berhampiran Stesen Bandaraya.

12 Mei 2023 โ€“ Perkhidmatan Disambung Semula Sebahagian
Selepas lebih sebulan penutupan, perkhidmatan di enam stesen yang terjejas dibuka semula secara berperingkat. Namun, kerja pembaikan struktur jejambat masih diteruskan.

2 April 2023 โ€“ Penutupan Enam Stesen
Enam stesen iaitu Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur ditutup. Puncanya tren tidak dapat bergerak ke depot untuk penyelenggaraan kerana masalah laluan berhampiran Stesen Bandaraya.

27 Januari 2023 โ€“ Landasan Bengkok & Struktur Retak
Masalah landasan bengkok (kinked track) dan struktur retak dikesan berdekatan Stesen Bandaraya. Perkhidmatan antara Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek dihentikan atas faktor keselamatan. Bas pengganti disediakan kepada penumpang.

24 September 2008 โ€“ Perlanggaran Tren Berhampiran Bukit Jalil
Dua tren bertembung berhampiran Stesen Bukit Jalil. Enam penumpang cedera ringan, manakala operasi terganggu untuk beberapa jam sebelum disambung semula.

27 Oktober 2006 โ€“ Tren Melangkaui Hujung Landasan
Sebuah tren melangkaui hujung landasan di Stesen Sentul Timur. Satu gerabak tergantung sebahagiannya di luar landasan. Tiada penumpang ketika itu, hanya jurulatih tren. Perkhidmatan terganggu kira-kira 20 minit.

Sumber

  1. MyRapid – laman rasmi RapidKL
  2. Ampang Line – Wikipedia
  3. Wikipedia. Ampang and Sri Petaling lines.
  4. Malay Mail. (30 Mac 2023). Six stations on Ampang-Sri Petaling LRT line closed from April 2.
  5. Malay Mail. (22 Feb 2025). Rapid KL train services at four LRT stations restored following death at Titiwangsa station.
  6. The Star. (27 Sept 2023). Ampang/Sri Petaling LRT line to resume operations February, says Rapid Rail.
  7. Scoop.my. (4 Ogos 2024). Ampang Sri Petaling LRT resume operations after five hours following a small track fire.
  8. The Rakyat Post. (22 Feb 2025). LRT service disrupted after fatal accident claims life of blind passenger.
  9. Lowyat.net. (2024). Sri Petaling LRT resume operations.
  10. Malay Mail. (22 Feb 2025). Transport Ministry, Prasarana to install smart CCTV, platform screen doors after Titiwangsa LRT tragedy.
  11. Business Today. (4 Jun 2025). Prasarana instructed to install platform doors at all LRT stations for safety.
  12. Carz.com.my. (4 Jun 2025). Loke: Platform guardrails will be installed at all train stations.
  13. The Vibes. (25 Jan 2024). Klang Valley rail transport route overhaul underway, says Loke.
  14. The Edge Malaysia. (29 Jul 2014). LRT extensions on track to be completed by June next year.
  15. The Edge Malaysia. (22 Jul 2013). Contracts awarded for Ampang LRT extension project.
  16. The Star. (30 Okt 2015). PM launches LRT Sri Petaling Line extension to Putra Heights.
  17. New Straits Times. (Jan 1999). New Sri Petaling line officially launched.
  18. Bernama. (1996). Mahathir officiates first STAR LRT operations.
  19. The Star. (1993). Construction begins on STAR LRT project.

KTM Intercity

KTM Intercity (juga dikenali sebagai KTM Antarabandar) merupakan salah satu daripada perkhidmatan penumpang yang ditawarkan oleh KTM Berhad (KTMB).

Menurut sumber, satu ketika dahulu, sektor KTM Intercity yang paling menguntungkan KTMB ialah laluan antara Kuala Lumpur ke Singapura. Namun begitu, sejak bermulanya perkhidmatan KTM ETS, pihak KTMB beransur-ansur menamatkan perkhidmatan KTM Intercity di laluan KTM ETS. Kini, KTM Intercity hanya meliputi kawasan-kawasan yang tidak wujud perkhidmatan KTM ETS seperti laluan rel sektor selatan (Gemas – Woodlands) dan juga laluan rel sektor timur (Gemas – Tumpat).

Jadual Perjalanan KTM Intercity

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KTM Intercity, anda boleh klik siniJadual Perjalanan KTM Intercity. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (KTM Berhad). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Jenis-jenis koc yang terdapat dalam KTM Antarabandar

  • ABC โ€“ Koc bufet (buffet coach). Menyediakan makanan, minuman dan pelbagai jenis snek lain.
  • AEC โ€“ Koc kelas ekonomi (Economy class).
  • AFC โ€“ Koc Kelas Pertama (First Class Seat). Sususan barisan tempat duduk ialah 2+1.
  • ASC โ€“ Koc Kelas Kedua (Second Class Seat). Harga hanya murah sedikit berbanding ADNS.
  • ADNS โ€“ Koc Kelas Kedua – Tempat Tidur
  • ADNF – Koc Kelas Pertama – Kabin. Dua katil disediakan dalam satu kabin. Menawarkan ruangan peribadi untuk anda yang inginkan privasi tanpa pandangan orang lain. Roti dan air botol diberikan percuma dalam perjalanan. Tidak ditawarkan untuk perjalanan jarak dekat.

Sejarah

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Stesen KTM Intercity

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Keretapi

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Sumber

  1. KTM Berhad – laman rasmi

KTM Berhad (Halaman)

KTM Berhad ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan keretapi di Malaysia.

KTM Berhad Logo
KTM Berhad Logo

KTM Berhad dikorporatkan selepas penguatkuasaan Akta Keretapi 1991.

Perkhidmatan

ETS

KTM Antarabandar (KTM Intercity)

KTM Komuter

Sejarah KTM Berhad

Era FMSR

  • 1869 โ€“ Jurutera W.J. du Port mencadangkan pembinaan sebuah landasan merentasi Singapura dengan anggaran kos $ 200 000.
  • 1871 โ€“ Tanjung Pagar Dock Company mencadangkan perkara yang serupa kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat namun ditentang oleh orang ramai yang berpendapat cadangan tersebut hanya menguntungkan sesetengah pihak sedangkan ianya melibatkan wang rakyat.
  • 1874 โ€“ Sir Andrew Clarke menyokong pembinaan rel kereta api untuk kegunaan persendirian.
  • 1881 โ€“ Lokomitf pertama digunakan di Tanah Melayu (FMSR No. 1)
  • 1885 โ€“ Bahagian permata landasan kereta api sepanjang 7.5 batu, menghubungkan antara Taiping dan Port Weld (Kuala Sepeteang). 1 Februari 1885 hingga 1941. Tinggalan landasan tersebut masih boleh dilihat sehingga hari ini.
  • 1886, 19 September โ€“ Stesen pertama untuk Kuala Lumpur, dikenali dengan nama โ€˜Kuala Lumpurโ€™, terletak berdekatan dengan Market Street dibuka
  • 1886 โ€“ Bahagian kedua landasan dibuka, menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Klang (Bukit Kuda).
  • 1888 โ€“ Kemalangan kereta api yang permata dalam sejarah berlaku di SUngai Kerawai, Teluk Anson, Perak.
  • 1890, 4 November โ€“ Pembukaan landasan kereta api Sungai Ujong.
  • 1890, 6 Mei โ€“ Bahagian Taiping โ€“ Kamunting dibuka
  • 1890, 15 September โ€“ Laluan Klang โ€“ SUngai Klang dibuka
  • 1891 โ€“ Pembukaan antara Sungai Ujong (Seremban) dan Port Dickson
  • 1891 โ€“ 3 Lokomotif 0-6-2T (FMSR CLass J) digunakan untuk Sungai Ujong Railway pada tahun 1891.
  • 1892 โ€“ Pembukaan bahagian Kamunting โ€“ Ulu Sepetang
  • 1982, 7 November โ€“ Bahgaian Kuala Lumpur โ€“ Batu Junction โ€“ Rawang dibuka
  • 1893,19 Mei โ€“ Pembukaan bahagian Teluk Anson
  • 1893 Jun 1 โ€“ Bangunan kedua di Kuala Lumpur, Stesen Jalan Sultan, dibuka
  • 1893, 10 Julai โ€“ Pembukaan laluan Rawang โ€“ Serendah
  • 1893, 6 September โ€“ pembukaan bahagian Tapah Road
  • 1893, 17 October โ€“ Pembukaan bahagian Batu Gajah โ€“ Ipoh
  • 1894 โ€“ Amukan gajah menyebabkan kereta api terbabas di Teluk Intan
  • 1894, 27 April โ€“ pembukaan bahagian Kota Bharu โ€“ Batu Gajah
  • 1894 โ€“ Pembukaan laluan Parit Jawa โ€“ Sungai Pulai
  • 1894, 29 September โ€“ Pembukaan bahagian Tapah Road โ€“ Talam
  • 6 Oktober โ€“ Pembukaan bahagian Serendah โ€“ Kuala Kubu Bharu
  • 1895, 1 Mac
  • 1896
  • 1897
  • 1898
  • 1899
  • 1900
  • 1901
  • 1902
  • 1903
  • 1904
  • 1905
  • 1906
  • 1907
  • 1908
  • 1909
  • 1910
  • 1911
  • 1913
  • 1914
  • 1915
  • 1918
  • 1920
  • 1921
  • 1923
  • 1924
  • 1925
  • 1928
  • 1930
  • 1931
  • 1932
  • 1936 โ€“ 1937

Era KTM โ€“ KTMB

  • 1948 โ€“ Malayan Railway Administration diasasan di bawah โ€˜The Malayan Railway Ordinance 1948 untuk menguruskan landasan-landasan yang sebelum ini diuruskan oleh FMSR. Malaysian Railway Adnministration kemudiannya dinamakan Keretapi Tanah Melayu (KTM).
  • 1952 โ€“ KTM memperkenalkan Armoured Wikham Trolley) AWT untuk menjaga perkhidmatan rel daripada serangan komunis.
  • 1957 โ€“ English Electric Class 20 merupakan lokomotif KTM diesel yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
  • 1963
  • 1965
  • 1967
  • 1977
  • 1983
  • 1987
  • 1988
  • 1990 โ€“ Ketibaan Class 25 daripada Ontario, Canada.
  • 1990 โ€“ Projek Landasan Elektrik Berkembar Rawang ke Seremban
  • 1991 โ€“ Akta Keretapi 1991 dibentangkan dan diluluskan dalam Parlimen.
  • 1992 โ€“ 1 Ogos, KTM Berhad dikorporatkan walaupun ianya masih lagi menjadi milik penuh Kerajaan Persekutuan. KTM kini dikenali dengan nama KTMB.
  • 1993
  • 1994
  • 1995
  • 1996
  • 1997
  • 1999
  • 2000
  • 2001
  • 2001
  • 2001
  • 2005
  • 2009 โ€“ KTM memperkenalkan hybrid train untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap KTM Komuter yang semakin meningkat, terutamanya pada waktu puncak.

Khidmat Pelanggan KTM Berhad Customer Service

Anda boleh menghubungi KTM Berhad melalui saluran khidmat pelanggan (customer service) yang berikut:

Nombor telefon (pusat panggilan): +60 3 2267 1200

E-mail: [email protected]

Laman web: https://www.ktmb.com.my

Laman Facebook (https://web.facebook.com/ktmberhad): As of 8 May 2020, their Facebook page has 131,062 likes and 146,385 followers. Sehingga 22 September 2020 pula, 143,088 tanda suka dan 162,728 pengikut.

Twitter (https://twitter.com/ktm_berhad): Pada 8 Mei 2020, profil Twitter page has more than 49,700 followers. mereka mempunyai lebih daripada 49,700 pengikut.

Instagram (https://www.instagram.com/ktmbofficial): Pada 8 Mei 2020, laman Instagram mereka mempunyai 33,300 pengikut dan 2,207 kiriman.

YouTube (https://www.youtube.com/KTMBRailChannel): Pada 8 Mei 2020, laman Youtube mereka mempunyai 756 pelanggan. Video pertama dikirim pada 14 Julai 2019.

Pautan tambahan