Feri Pulau Pinang

Feri Pulau PInang ialah perkhidmatan feri ulang-alik di Pulau Pinang, Malaysia. Feri ini menghubungkan bandar Georgetown di bahagian pulau dan Butterworth di tanah besar. Perkhidmatan feri yang menyeberangi Selat Melaka ini beroperasi sejak tahun 1894, menjadikannya sebagai perkhidmatan feri tertua di Malaysia.

Pada tahun 2017, kerajaan persekutuan Malaysia telah memulakan proses memindahkan perkhidmatan mengendalikan feri tersebut daripada Penang Port Sdn Bhd kepada Prasarana Malaysia. Kini, perkhidmatan feri Pulau Pinang ini dikenali dengan nama Rapid Ferry.