Johor Bahru – Singapore Rapid Transit System (RTS)

Johor Bahru – Singapore Rapid Transit System (RTS) ialah sebuah sistem rapid transit rel yang menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dan Singapura. RTS adalah perhubungan rel yang berkapasiti tinggi dan boleh mengangkut lebih banyak pengguna pada satu-satu masa berbanding sistem sambungan rel KTM sedia ada antara Johor Bahru, Malaysia dan Woodlands, Singapura.

Apabila RTS disiapkan nanti, ianya akan menjadi sambungan rel kedua antara Malaysia dan Singapura kerana sambungan rel pertama ialah rel KTM antara Johor Bahru dan Woodlands.

 

Sejarah

2018: Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corp Ltd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membentuk sebuah syarikat joint-venture (JV) sebagai “operating company” untuk Johor Bahru – Singapore Rapid Transit System Link (RTS Link).

 

Stesen RTS

Berikut dipaparkan senarai stesen dalam laluan RTS:

Bukit Chagar (pertukaran ke JB Sentral), Malaysia

Woodlands North, Singapura

 

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Keretapi

Tiada maklumat pada masa sekarang.

 

Perancangan masa hadapan

Terdapat sumber yang menyatakan bahawa laluan RTS akan mula beroperasi pada tahun 2022 kelak.

 

Kemalangan

Tiada kemalangan berkaitan RTS dilaporkan buat masa sekarang.

 

Sumber

  1. Laman rasmi RTS (pautan akan datang)