LRT Laluan Ampang

LRT Laluan Ampang (Bahasa Inggeris: LRT Ampang Line) ialah salah satu sistem transit rel yang diuruskan oleh RapidKL. Dahulunya, perkhidmatan ini dikenali sebagai STAR Line atau STAR LRT. Perkhidmatan rel ini menggunakan EMU ADTranz.

Jadual Perjalanan LRT Laluan Ampang

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan LRT Laluan Ampang, anda boleh klik siniJadual Perjalanan LRT Laluan Ampang. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Sejarah

LRT Laluan Ampang ini merupakan laluan rel standard gauge pertama di Malaysia. Laluan rel ini mula beroperasi pada 16 Disember 1996.

Stesen LRT Laluan Ampang

Stesen-stesen yang terdapat dalam laluan LRT Laluan Ampang adalah seperti berikut:

Ampang (AG18)

Cahaya (AG17)

Cempaka (AG16)

Pandan Indah (AG15)

Pandan Jaya (AG14)

Maluri (AG13)

Miharja (AG12)

Chan Sow Lin (AG11)

Pudu (AG10)

Hang Tuah (AG9)

Plaza Rakyat (AG8)

Masjid Jamek (AG7)

Bandaraya (AG6)

Sultan Ismail (AG5)

PWTC (AG4)

Titiwangsa (AG3)

Sentul (AG2)

Sentul Timur (AG1)

Maklumat tambang

Kaedah pembayaran: Tunai, Touch ‘N Go, RapidPass

Bayaran tunai: Tiket sehala / ulang-alik boleh dibeli di kaunter-kaunter LRT yang ada di setiap stesen. Selain itu, terdapat juga kiosk yang menawarkan kaedah pembayaran tunai, juga terdapat di stesen-stesen LRT.

Touch ‘N Go: Pemilik kad Touch ‘N Go biasa boleh menggunakan kad Touch ‘N Go masing-masing untuk semua laluan Ampang Line. Sesetengah stesen turut menawarkan kemudahan tambah nilai Touch ‘N Go.

Keretapi

LRT Laluan Ampang dahulunya menggunakan EMU ADTranz. Kini, ianya menggunakan EMU terbaharu yang dikenali sebagai AMY. EMU AMY ini dibuat oleh CSR Zhuzhou. Terdapat 50 trainset AMY yang sedang digunakan.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Kemalangan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Sumber

  1. MyRapid – laman rasmi RapidKL
  2. Ampang Line – Wikipedia

Dikemas kini pada