Skypark Link

Skypark Link ialah satu laluan rel antara KL Sentral dan Subang Skypark yang dikendalikan oleh KTM Berhad. Laluan rel ini ialah laluan rel kedua yang menghubungkan lapangan terbang dan rangkaian pengangkutan rel awam selepas Express Rail Link (perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit)

Maklumat Laluan

Laluan sepanjang 26km ini memulakan operasinya pada 1 Mei 2018. Walaupun terdapat stesen-stesen keretapi lain sepanjang laluannya, namun tren Skypark Link tidak berhenti di stesen-stesen berkenaan. Perjalanan dari KL Sentral menuju ke Subang Skypark mengambil masa 30 minit. Berikut ialah stesen-stesen yang dilalui oleh Skypark Link:

KL Sentral

Stesen Keretapi Subang Jaya

Stesen Keretapi Terminal Skypark

Maklumat Keretapi

Perkhidmatan Skypark Link menggunakan tren KTM Class 83 yang telah dibaik pulih (refurbished).

Dikemas kini pada