Stesen Keretapi Tanjung Malim

KTM Berhad Logo

Stesen Keretapi Tanjung Malim ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

KTM Berhad Logo

Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM ETS.

Maklumat Stesen

Stesen
Tanjung Malim
Koordinat3.684401,101.518221
AlamatStesen Keretapi Tanjung Malim,
Jalan Stesyen,
35900 Tanjung Malim, Perak,
Malaysia.
No. Telefon+605-459-4930 (Station), +603-2267 1200 (Customer Service)
Dibina
Dibuka
LaluanKTM ETS, KTM Komuter
Platform
ParkirFree
Akses OKUYes
Surau
TandasYes

Jadual Perjalanan Tren

Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.

KTM ETS / Intercity / Komuter

Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.

Tempat-tempat Menarik di Tanjung Malim

Jika anda meluangkan masa di Tanjung Malim, anda boleh mengunjungi tempat-tempat menarik seperti berikut:

Pasar Malam Tanjung Malim: Pasar malam ini beroperasi pada setiap hari Sabtu.

Muzium Pendidikan Nasional: Muzium ini terletak di dalam kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain daripada peralatan lama yang pernah digunakan dalam sistem pendidikan kita, muzium ini juga menempatkan maklumat berkenaan tokoh-tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Taman Tasik Embayu: Taman tasik ini merupakan sebahagian daripada bandar Proton City.

Go Kart Tanjung Malim: Di sini, anda boleh mengasah bakat pemanduan go kart anda.

Mata Air Panas Ulu Slim: Tempat rekeasi ini memiliki beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan laluan pejalan kaki.

Sumber

  • Jadual perjalanan tren: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
  • Nombor telefon dan alamat: Laman web rasmi KTMB dan YellowPages Malaysia

16 pandangan di “Stesen Keretapi Tanjung Malim”

  1. Salam Sejahtera..
    Saya inginkan maklumat berkenaan jadual perjalanan ke KLUANG dari Tg Malim.. Terima kasih

  2. Assalamualaikum..saya ingin bertanya tentang jadual perjalanan dr ktm tanjung malim ke kuala kangsar..agak2 perjalanan waktu petang ada tak?? dan berapa harga tiketnya… terima kasih

  3. Hayati: Waalaikumussalam. Untuk ke Kuala Kangsar, rujuk jadual di atas. Semua tren yang ke Butterworth atau Hat Yai akan berhenti di Kuala Kangsar. Rujuk jadual tren di sebelah kanan ini untuk mengetahui waktu ketibaan/pelepasan tren di setiap stesen.

  4. saya ingin membuat perjalanan dari tg malim ke butterworth..boleh cadangkan train pukul brpa jika sekiranya saya ingin sampai di butterworth sebelum pukul 8malam?berapa harga bagi 2nd class night?

  5. Salam,
    Saya bercadang ke Hat Yai dari Tg Malim
    Bolehkah saya parking kereta di stesen ktm tg malim, berapakah kadar bayaran parking utk 1 hari, adakah selamat utk parking kereta di situ?

  6. saya nak ambil tiket bas 3 oct 2014..ada x tiket dari tanjung malim ke butterworth dan berapa harganya?

Komen telah ditutup.

Exit mobile version