Stesen Keretapi Woodlands

Logo KTM Berhad Logo KTM Berhad

Stesen Keretapi Woodlands (juga dikenali sebagai Woodlands Train Checkpoint – WTCP) ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Woodlands, Singapura. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Intercity.

Pada masa ini, stesen ini merupakan satu-satunya stesen keretapi KTM Berhad yang beroperasi di Singapura. Dua stesen lain iaitu Stesen Keretapi Bukit Timah dan Stesen Keretapi Tanjong Pagar telah ditutup.

Maklumat Imigresen Stesen Keretapi Woodlands

Jika anda datang dari JB Sentral, anda akan melalui proses imigresen Malaysia di JB Sentral dan Singapura di Woodlands Train Checkpoint.

Jika anda bertolak dari Woodlands, anda akan melalui proses imigresen Singapura dan Malaysia dari stesen ini. Tiada pemeriksaan imigresen dan kastam di JB Sentral bagi penumpang yang baru tiba dari Woodlands.

Maklumat Stesen

Stesen
Woodlands
Koordinat1.443774, 103.769615
AlamatStesen Keretapi Woodlands, Woodlands, Singapore
No. Telefon+603-2267 1200
Dibina
Dibuka1903, dibina semula pada 1998
LaluanKTM Intercity
Platform
Parkir
Akses OKU
Surau
TandasUnknown

Jadual Perjalanan Tren

Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.

KTM ETS / Intercity / Komuter

Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.

Sumber

  • Jadual perjalanan tren: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
  • Nombor telefon dan alamat: Laman web rasmi KTMB dan YellowPages Malaysia

Cadangan Anda Dialu-alukan!

LANDASAN mengandungi ratusan halaman dan kiriman yang mengandungi maklumat untuk kegunaan anda. Pihak kami komited dalam memastikan pelawat kami hanya menerima maklumat yang tepat dan terkini. Oleh itu, jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, sila maklumkan kami melalui laman Hubungi Kami.

Laman ini dikemas kini pada [last-modified].

Exit mobile version