Pengumuman – Kemas Kini Jadual KTM Intercity

Anda kini boleh merujuk jadual perjalanan, waktu tiba dan berlepas tren bagi sektor Pantai Timur. Maklumat stesen bagi kebanyakan stesen juga telah LANDASAN catatkan di page stesen masing masing.

Pada kesempatan ini LANDASAN ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina, terutamanya di Malaysia.

Selamat menggunakan perkhidmatan KTM Intercity!

Quick links

LANDASAN menampilkan jadual perjalanan untuk kemudahan anda

Mencari jadual perjalanan KTM Antarabandar?

LANDASAN memudahkan pencarian anda. Kini, jadual KTM Intercity (KTM Antarabandar) bagi sektor antara Stesen Keretapi Padang Besar, Perlis hinggalah ke Stesen Sentral Kuala Lumpur, anda hanya perlu klik link stesen tersebut untuk mengetahui jadual perjalanan bagi setiap tren KTM Intercity.

Contohnya, jika anda merancang perjalanan dari KL Sentral ke Arau, anda boleh mengklik stesen KL Sentral untuk mengetahui tren apakah yang akan ke Arau dan pukul berapakah ia akan bertolak. Jika anda tidak pasti sama ada destinasi anda (Arau) dilalui oleh tren yang mana satu, lihatlah pula jadual perjalanan di page Stesen Keretapi Arau. Anda akan ketemu jawapannya di situ.

Jadual perjalanan bagi sektor yang lain (KL Sentral – Singapura dan juga KL Sentral / Gemas – Tumpat_ akan ditambah kemudian. Teruskan setia bersama kami di LANDASAN, Gerbang Informasi Pengangkutan Malaysia.

Nota: Bagi kebanyakan stesen, anda dapat lihat ruangan ‘maklumat stesen’ untuk merujuk kepada nombor telefon atau alamat stesen. Pihak kami sedang berusaha untuk memuatkan maklumat kesemua stesen keretapi KTMB pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai LANDASAN, anda boleh merujuk kepada page LANDASAN 101. Segala kandungan di LANDASAN tertakluk kepada terma dan syarat seperti mana yang tercatat dalam LANDASAN TNC.

Pengumuman LANDASAN: Jadual perjalanan dan maklumat stesen dikemas kini

Anda kini boleh merujuk jadual perjalanan, waktu tiba dan berlepas tren bagi sektor Pantai Timur. Maklumat stesen bagi kebanyakan stesen juga telah LANDASAN catatkan di page stesen masing masing.

Pada kesempatan ini LANDASAN ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina, terutamanya di Malaysia.

Selamat menggunakan perkhidmatan KTM Intercity!

Jadual perjalanan KTM Intercity terbaru – berkuatkuasa 01 Mac 2011

KTM Intercity telah beroperasi menggunakan jadual perjalanan terbaru berkuatkuasa 01 Mac 2011.

Jadual perjalanan di LANDASAN akan dikemas kini mengikut jadual semasa. Buat masa sekarang sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan jadual perjalanan terbaru KTM Intercity.

kemas kini 19 Oktober 2012: Jadual perjalanan KTM Intercity

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi

Pengumuman LANDASAN: Jadual pelepasan dan ketibaan mengikut stesen keretapi kini telah dikemas kini. Informasi bagi stesen-stesen keretapi di negeri:

  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

kini telah dikemas kini. Maklumat untuk stesen keretapi negeri-negeri lain akan menyusul nanti.

Membeli tiket keretapi KTMB secara online

Logo KTM Berhad

Anda kini boleh membeli tiket KTMB secara online sekarang. Laman e-ticket KTMB yang dahulunya ditutup selama beberapa bulan kini sudah boleh diakses.

Untuk maklumat lanjut berkenaan laman e-ticket KTMB anda boleh merujuk panduan pembelian e-ticket di sini.

Jadual Perjalanan KTM Intercity / ETS 2014 / 2015

Laman-laman berikut menyediakan maklumat TERKINI stesen keretapi dan juga jadual perjalanan bagi KTM Intercity (Antarabandar) dan juga ETS.

Klik pautan di bawah untuk maklumat stesen dan jadual ETS / KTM Intercity.

Tren KTM ETS / Intercity / Komuter

Jadual Perjalanan Tren KTMB 2018

Salam sejahtera kepada semua pelawat kami. Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa semua jadual perjalanan KTMB bagi perkhidmatan KTM ETS, KTM Intercity, dan KTM Komuter Sektor Utara telah dikemas kini di laman myjadual.com. Oleh itu, anda boleh melihat jadual terkini di laman web berkenaan, terdapat dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu.

MYJadual Logo

MYJadual ialah sebuah laman web untuk anda membuat rujukan berkenaan jadual perjalanan pengangkutan awam. Buat masa sekarang, MYJadual memiliki jadual perjalanan tren untuk KTM ETS, KTM Intercity, KTM Komuter, KLIA Transit, KLIA Ekspres, RapidKL Bus, RapidKL Ampang / Sri Petaling Line, RapidKL Kelana Jaya Line and KL Monorail.

Jadual Perjalanan KLIA Transit 2018

Pihak ERL telah mengemas kini jadual perjalanan bagi tren KLIA Transit mereka berkuat kuasa pada 14 Mac 2018. Jadual tersebut telah dikemaskini dalam laman rasmi mereka.

Klik sini untuk jadual terbaru perjalanan KLIA Transit -> MYJadual.com – KLIA Transit. Jadual ini diambil dan diproses daripada laman rasmi KLIA Transit, iaitu www.kliaekspres.com.

KLIA Transit ialah sebuah perkhidmatan tren laju yang menghubungkan KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA (Bangunan Terminal Utama dan klia2).

MYJadual ialah sebuah laman web yang memaparkan maklumat perjalanan bagi pengangkutan awam di Malaysia.

Exit mobile version