Keselamatan Pemandu Grab: Pemandu Sahaja yang Bertanggungjawab?

Pada 1 Jun 2019, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menasihati para pemandu Grab untuk lebih berhati-hati apabila mengambil menumpang. Menurutnya, walaupun pekerjaan Grab itu merupakan sumber pendapatan, faktor keselamatan sewajarnya menjadi prioriti untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Adakah mana-mana pemandu Grab sanggup untuk mengambil penumpang sekiranya jelas penumpang tersebut mengancam keselamatannya? Kami percaya tiada pemandu Grab yang dibunuh atau pernah dicederakan oleh penumpang masing-masing menyangka insiden tersebut akan terjadi.

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Kenyataan Timbalan Menteri tersebut seolah-olah meletakkan beban di bahu pemandu Grab semata-mata.

Menjaga keselamatan masyarakat itu tanggungjawab bersama. Namun begitu, sebagai wakil kerajaan yang mempunyai akses yang lebih kuat dengan Menteri Pengangkutan atau pihak pengurusan Grab, seharusnya kenyataan Datuk Mohd Azis lebih bersifat strategik dan mendepani isu ini dengan lebih menyeluruh, berbanding dengan hanya menyuruh pemandu lebih berhati-hati.

Exit mobile version