KTM Berhad (KTMB)

KTM Berhad ialah operator untuk beberapa perkhidmatan pengangkutan rel di Malaysia.

Perkhidmatan Pengangkutan Rel oleh KTM Berhad

Sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan rel yang terkemuka di Malaysia, KTM Berhad menyediakan beberapa perkhidmatan rel di Lembah Klang dan semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu. Berikut dipaparkan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTM Berhad:

ETS – perkhidmatan tren berkuasa elektrik yang ditawarkan khusus untuk perjalanan luar bandar. Memendekkan tempoh masa perjalanan berbanding KTM Intercity sebelum ini yang dikuasakan oleh lokomotif diesel.

KTM Antarabandar (KTM Intercity) – perkhidmatan tren antarabandar (intercity). Sebahagiannya dikuasakan oleh lokomotif diesel manakala sebahagian lagi dikuasakan oleh Diesel Multiple Unit (DMU).

KTM Komuter (Lembah Klang dan Sektor Utara) – perkhidmatan tren laluan pendek yang menghubungkan destinasi penduduk berkepadatan tinggi. KTM Komuter meliputi kawasan rangkaian rel di Lembah Klang dan juga Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

Khidmat Pelanggan KTM Berhad (Customer Service)

Anda boleh menghubungi KTM Berhad melalui saluran khidmat pelanggan (customer service) yang berikut:

Nombor telefon (pusat panggilan): +60 3 2267 1200, beroperasi daripada pukul 7:00 pagi hingga 10:00 malam.

E-mail: callcenter@ktmb.com.my

Laman web: https://www.ktmb.com.my

Laman Facebook (https://www.facebook.com/ktmberhad): As of 8 May 2020, their Facebook page has 131,062 likes and 146,385 followers. Sehingga 22 September 2020 pula, 143,088 tanda suka dan 162,728 pengikut.

Twitter (https://twitter.com/ktm_berhad): Pada 8 Mei 2020, profil Twitter mereka mempunyai lebih daripada 49,700 pengikut.

Instagram (https://www.instagram.com/ktmbofficial): Pada 8 Mei 2020, laman Instagram mereka mempunyai 33,300 pengikut dan 2,207 kiriman.

YouTube (https://www.youtube.com/KTMBRailChannel): Pada 8 Mei 2020, laman Youtube mereka mempunyai 756 pelanggan. Video pertama dikirim pada 14 Julai 2019.

TikTok (https://www.tiktok.com/@ktmbofficial?): Pada 1 Ogos 2022, laman TikTok mereka mempunyai 73,600 pengikut dan 366700 tanda suka.

LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/ktmberhad-official/): Pada 1 Ogos 2022, laman LinkedIn mereka mempunyai 489 pengikut dan 47 pekerja yang berada dalam sistem laman sosial tersebut.

Rapid KL

Rapid KL ialah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan awam di lembah Klang melalui jaringan rel dan basnya.

Maklumat Tambang

Tambang perjalanan Rapid KL boleh dibayar melalui beberapa cara:

  1. Tunai: Pembelian token perjalanan melalui mesin ataupun kaunter
  2. Nirtunai (Cashless): Pembayaran secara terus melalui
  3. Konsesi: Diskaun 50% daripada kadar tambang tunai untuk Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Pelajar.
  4. Pas Perjalanan My50: Pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan Rapid KL (rel dan bas) dan juga Rapid Penang (bas sahaja, menggunakan My50 Mutiara Pass).
  5. MyCity Pass: Pas perjalanan tanpa had selama 1 hari (RM 5.00) ataupun 3 hari (RM 15.00). Boleh dibeli di kaunter tiket stesen-stesen LRT dan MRT Rapid KL.

Khidmat Pelanggan

Berikut dipaparkan maklumat khidmat pelanggan (customer service) untuk syarikat ini. Para pengguna disarankan melawat laman web mereka bagi mengikuti perkembangan terkini melibatkan perkhidmatan Rapid KL.

Laman web: http://www.myrapid.com.my/

Alamat e-mel: suggest@rapidkl.com.my

No. telefon: +603-7885 2585, Isnin – Jumaat (7:00 AM hingga 8:30 PM), Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (8:30 AM hingga 5:30 PM)

Laman Facebook (https://web.facebook.com/myrapid): Laman Facebook mereka mempunyai lebih 201,000 pengikut (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Facebook ini.

Laman Instagram (https://www.instagram.com/myrapidkl/): Laman Instagram mereka memiliki lebih 48,500 pengikut dengan 3,810 kiriman (Mei 2020). Pengumuman dan promosi juga sering dikirim di laman Instagram mereka.

Laman Twitter (https://twitter.com/MYRapidKL): Laman Twitter mereka mempunyai 144,400 pengikut (Mei 2020). Pengumuman perkhidmatan dibuat melalui saluran ini.

Laman TikTok (https://www.tiktok.com/@myrapidkl): Laman TikTok mereka mempunyai sekitar 144,000 pengikut (Julai 2023). Pelbagai jenis kandungan dikongsi menerusi saluran ini.

Perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid KL

Sejarah Rapid KL

Pada tahun 1990an kerajaan melantik Intrakota Consolidated Sdn. Bhd. (anak syarikat DRB Hicom) dan Park May Berhad (anak syarikat Renong Berhad) untuk menstrukturkan kembali operasi bas di lembah Klang. Melalui proses inilah juga Intrakota dan Park May mula membeli syarikat-syarikat bas yang lebih kecil dan mengambil alih perusahaan bas mereka. Kemudiannya, beberapa penambahbaikan yang sudah lama ditunggu-tunggu pun diterapkan dalam operasi.

Kemudiannya Malaysia menyaksikan pelancaran Sistem LRT 1 (kemudiannya diberi kepada Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd – STAR) dan Sistem LRT 2 (Projek Usahasama Transit Ringan Automotif Sdn Bhd – PUTRA).

Krisis ekonomi pada penghujung 1990an menghimpit keempat-empat syarikat ini. Keadaan menjadi sukar untuk syarikat syarikat tersebut mencatatkan keuntungan ekoran atmosfera ekonomi yang tidak mengizinkan.

Kerajaan kemudiannya membeli keempat-empat syarikat ini melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB atau Prasarana) dan seterusnya terus menambah baik perkhidmatan bas dan rel ini.

Exit mobile version