– berita ini disalin daripada laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
Merujuk kepada situasi banjir dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan laluan perkhidmatan kereta api di sektor Selatan dan pantai Timur sejak 30 Januari 2011 yang lalu, berikut merupakan perkembangan terkini sehingga jam 1.00 petang ini (2 Februari 2011).
Perkhidmatan yang dibatalkan untuk hari ini ialah:
1. Ekspres Sinaran Selatan (No.13) Sentral Kuala Lumpur – Singapura
2. Shuttle (No. 61 & 64) Gemas – Singapura – Gemas
Perkhidmatan – perkhidmatan di bawah telah dijadualkan semula laluan perjalanannya:
1. Ekspres Rakyat (No. 1 & 2) Butterworth – Singapura – Butterworth :
Perkhidmatan adalah dari Butterworth – Sentral Kuala Lumpur – Butterworth sahaja
2. Ekspres Sinaran Selatan (No. 12) Singapura – Sentral Kuala Lumpur :
Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja
3. Ekspres Sinaran Timur (No. 14 & 15) Singapura – Tumpat – Singapura :
Perkhidmatan adalah dari Tumpat- Gemas – Tumpat sahaja
4. Ekspres Senandung Sutera (No. 24 & 25) Singapura – Sentral Kuala Lumpur – Singapura :
Perkhidmatan adalah dari Singapura – Labis – Singapura sahaja.
5. Ekspres Senandung Timuran (No. 26) Singapura – Tumpat :
Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja
6. Ekspres Senandung Timuran (No. 27) Tumpat – Singapura :
Perkhidmatan adalah dari Tumpat ke Triang sahaja
8. Shuttle (No. 91 & 92) Kuala Lipis – Singapura – Kuala Lipis :
Perkhidmatan adalah dari Kuala Lipis – Gemas – Kuala Lipis sahaja
Perkhidmatan Ekspres Wau (Sentral Kuala Lumpur – Tumpat – Sentral Kuala Lumpur) dijangka kembali pulih mulai hari ini berdasarkan kerja-kerja pembaik pulihan landasan yang dijangka siap pada jam 8.00 malam hari ini (2 Februari 2011).
Kerja-kerja pembaik pulihan landasan telah mula dilaksanakan mulai kelmarin (1 Februari 2011) dan dijangka akan mengambil masa dua hari lagi untuk disiapkan bergantung kepada situasi cuaca semasa di lokasi.
Bagi penumpang yang terjejas akibat pembatalan ini, mereka boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh tiket di kaunter tiket KTM Intercity berhampiran.
Pemulangan tambang penuh juga boleh dituntut di kaunter tiket sehingga tarikh hari ini walaupun perkhidmatan Ekspres Senandung Wau sahaja telah pulih hari ini. Tuntutan selepas tarikh 2 Februari 2011 boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.
Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad
Tarikh : 2 Februari 2011