style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

KTM Berhad (KTMB)

KTM Berhad Logo

KTM Berhad ialah operator untuk beberapa perkhidmatan pengangkutan rel di Malaysia.

Perkhidmatan Pengangkutan Rel oleh KTM Berhad

Sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan rel yang terkemuka di Malaysia, KTM Berhad menyediakan beberapa perkhidmatan rel di Lembah Klang dan semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu. Berikut dipaparkan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTM Berhad:

ETS – perkhidmatan tren berkuasa elektrik yang ditawarkan khusus untuk perjalanan luar bandar. Memendekkan tempoh masa perjalanan berbanding KTM Intercity sebelum ini yang dikuasakan oleh lokomotif diesel.

KTM Antarabandar (KTM Intercity) – perkhidmatan tren antarabandar (intercity). Sebahagiannya dikuasakan oleh lokomotif diesel manakala sebahagian lagi dikuasakan oleh Diesel Multiple Unit (DMU).

KTM Komuter (Lembah Klang dan Sektor Utara) – perkhidmatan tren laluan pendek yang menghubungkan destinasi penduduk berkepadatan tinggi. KTM Komuter meliputi kawasan rangkaian rel di Lembah Klang dan juga Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

Khidmat Pelanggan KTM Berhad (Customer Service)

Anda boleh menghubungi KTM Berhad melalui saluran khidmat pelanggan (customer service) yang berikut:

Nombor telefon (pusat panggilan): +60 3 2267 1200, beroperasi daripada pukul 7:00 pagi hingga 10:00 malam.

E-mail: [email protected]

Laman web: https://www.ktmb.com.my

Laman Facebook (https://www.facebook.com/ktmberhad): As of 8 May 2020, their Facebook page has 131,062 likes and 146,385 followers. Sehingga 22 September 2020 pula, 143,088 tanda suka dan 162,728 pengikut.

Twitter (https://twitter.com/ktm_berhad): Pada 8 Mei 2020, profil Twitter mereka mempunyai lebih daripada 49,700 pengikut.

Instagram (https://www.instagram.com/ktmbofficial): Pada 8 Mei 2020, laman Instagram mereka mempunyai 33,300 pengikut dan 2,207 kiriman.

YouTube (https://www.youtube.com/KTMBRailChannel): Pada 8 Mei 2020, laman Youtube mereka mempunyai 756 pelanggan. Video pertama dikirim pada 14 Julai 2019.

TikTok (https://www.tiktok.com/@ktmbofficial?): Pada 1 Ogos 2022, laman TikTok mereka mempunyai 73,600 pengikut dan 366700 tanda suka.

LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/ktmberhad-official/): Pada 1 Ogos 2022, laman LinkedIn mereka mempunyai 489 pengikut dan 47 pekerja yang berada dalam sistem laman sosial tersebut.

Satu pandangan di “KTM Berhad (KTMB)”

  1. salam nak tnya ada x tiket ktmb dari kempas ke nilai?mcm mn nk tempah tiket online?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.