style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut dipaparkan soalan lazim (Frequently Asked Questions atau FAQ) yang sering kali ditanya oleh pengguna LANDASAN.

  1. Adakah LANDASAN mempunyai sebarang kaitan dengan KTM Berhad? – Tidak sama sekali. LANDASAN merupakan sebuah laman web informasi yang ditulis oleh sekumpulan sukarelawan yang tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Kami hanya menyediakan info, berasaskan sumber-sumber seperti internet, booklet, maklumat dari pegawai KTM Berhad dan juga pengalaman kami sendiri.
  2. Di mana saya boleh cari maklumat tambang tren KTM? – Anda kini dapat mendapatkan maklumat tambang KTM Intercity di pautan ini.
  3. Berikan saya maklumat tambahan tentang perjalanan Rapid KL ? – Di LANDASAN, kami memberikan maklumat perkhidmatan Rapid KL. Untuk jadual perjalanan bas Rapid KL, sila lihat laman Bas Rapid KL di MYJadual.
  4. Berapakah harga tambang tiket dari ke ? – Anda kini dapat mendapatkan maklumat tambang KTM Intercity di pautan ini.
  5. Pukul berapakah tren dari ke ? – Anda boleh melihat laman stesen di LANDASAN untuk jadual perjalanan. Contohnya, dari KL Sentral ke Arau. Anda boleh membuka laman KL Sentral (Menu: Kuala Lumpur > KL Sentral) dan Arau (Menu: Perlis > Arau) kemudiannya lihat servis tren yang manakah yang akan berhenti di kedua-dua stesen (contohnya Ekspres Langkawi).
  6. Saya telah menghubungi LANDASAN namun masih belum mendapat jawapan. – Anda berkemungkinan telah: mengemukakan soalan yang tidak berkaitan / mengemukakan soalan yang telah dijawab dalam laman “Soalan Lazim”. Untuk soalan-soalan yang tidak dapat kami jawab, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf berikutan kekangan masa dan kemahiran teknikal. Lihat laman ini untuk mengetahui lebih lanjut kenapa LANDASAN tidak dapat memberikan maklum balas dengan kadar cepat.
  7. Terdapat maklumat SALAH dalam laman LANDASAN. – Anda dialu-alukan untuk menghubungi kami supaya kami dapat membetulkan sebarang kesalahan dalam LANDASAN justeru dapat memberikan manfaat kepada pengguna lain seperti anda.

Untuk soalan yang tiada di sini, anda bolehlah mengemukakannya di laman Hubungi LANDASAN.

Dikemas kini pada 2 September 2023.

5 pandangan di “Soalan Lazim (FAQ)”

  1. boleh saya dapatkan tentang analisis swot ktmb?urgent..terima kasih..

  2. salam. boleh saya tanya? Berapakah harga tiket sehala dari ktm segamat ke ktm kempas baru?? DAN dari ktm segamat ke ktm rawang
    terima kasih. wasallam.

  3. Assalamualaikum, saya daripada syarikat Primelux Energy Sdn. Bhd ingin bertanya mengenai nama ketua stesyen atau ketua jabatan KTMB Alor Setar, tujuan saya bertanya mengenai ini adalah pihak syarikat kami ingin menjalankan ujian padang dan penyelidikan lampu LED di stesyen KTMB Alor Setar. Saya amat berharap pihak tuan/ puan dapat memberi kerjasama secepat mungkin. Pihak kami telah menghubungi stesyen itu berulang kali tetapi tiada jawapan yang di beri.

Komen telah ditutup.