style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Jadual KTM Intercity (KTM Antarabandar) terbaru – berkuatkuasa Disember 2010

Baru-baru ini saya telah menghantar beberapa emel ke KTMB Call Centre untuk memohon jadual KTM Intercity yang baru untuk saya kongsi bersama pengunjung LANDASAN. Dalam emel yang dibalas oleh Pn. Norazah kepada saya, beliau menyatakan bahawa jadual tersebut boleh didapati di laman we KTMB (www.ktmb.com.my).

Walau bagaimanapun, untuk kemudahan pengunjung LANDASAN, kami telah menyalin semula jadual tersebut dan mempersembahkan kepada anda dalam bentuk yang lebih mudah difahami.

Klik sini untuk melihat jadual terbaru KTM Intercity (KTM Antarabandar).

STATUS TERKINI : 1.00 PETANG, 2 FEBRUARI 2011 GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KTM INTERCITY DI SEKTOR SELATAN DAN PANTAI TIMUR

– berita ini disalin daripada laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)

Merujuk kepada situasi banjir dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan laluan perkhidmatan kereta api di sektor Selatan dan pantai Timur sejak 30 Januari 2011 yang lalu, berikut merupakan perkembangan terkini sehingga jam 1.00 petang ini (2 Februari 2011).

Perkhidmatan yang dibatalkan untuk hari ini ialah:
1. Ekspres Sinaran Selatan (No.13) Sentral Kuala Lumpur – Singapura
2. Shuttle (No. 61 & 64) Gemas – Singapura – Gemas

Perkhidmatan – perkhidmatan di bawah telah dijadualkan semula laluan perjalanannya:
1. Ekspres Rakyat (No. 1 & 2) Butterworth – Singapura – Butterworth :
     Perkhidmatan adalah dari Butterworth – Sentral Kuala Lumpur – Butterworth sahaja
2. Ekspres Sinaran Selatan (No. 12) Singapura – Sentral Kuala Lumpur :
     Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja
3. Ekspres Sinaran Timur (No. 14 & 15) Singapura – Tumpat – Singapura :
     Perkhidmatan adalah dari Tumpat- Gemas – Tumpat sahaja
4. Ekspres Senandung Sutera (No. 24 & 25) Singapura – Sentral Kuala Lumpur – Singapura :
     Perkhidmatan adalah dari Singapura – Labis – Singapura sahaja.
5. Ekspres Senandung Timuran (No. 26) Singapura – Tumpat :
     Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis sahaja
6. Ekspres Senandung Timuran (No. 27) Tumpat – Singapura :
Perkhidmatan adalah dari Tumpat ke Triang sahaja
8.  Shuttle (No. 91 & 92) Kuala Lipis – Singapura – Kuala Lipis :
     Perkhidmatan adalah dari Kuala Lipis – Gemas – Kuala Lipis sahaja

Perkhidmatan Ekspres Wau (Sentral Kuala Lumpur – Tumpat – Sentral Kuala Lumpur) dijangka kembali pulih mulai hari ini berdasarkan kerja-kerja pembaik pulihan landasan yang dijangka siap pada jam 8.00 malam hari ini (2 Februari 2011).

 

Kerja-kerja pembaik pulihan landasan telah mula dilaksanakan mulai kelmarin (1 Februari 2011) dan dijangka akan mengambil masa dua hari lagi untuk disiapkan bergantung kepada situasi cuaca semasa di  lokasi.

 

Bagi penumpang yang terjejas akibat pembatalan ini, mereka boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh tiket di kaunter tiket KTM Intercity berhampiran.

 

Pemulangan tambang penuh juga boleh dituntut di kaunter tiket sehingga tarikh hari ini walaupun perkhidmatan Ekspres Senandung Wau sahaja telah pulih hari ini. Tuntutan selepas tarikh 2 Februari 2011 boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan. 

 

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

 

KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Keretapi Tanah Melayu Berhad
Tarikh : 2 Februari 2011

Pengumuman KTMB: Perkhidmatan Tambahan KTM Komuter

KTM Komuter sebelum ini beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu biasa dan 15 minit bagi waktu puncak, bermula pada pukul 5:00 petang.

Sepanjang bulan Ramadan, pihak KTMB akan memulakan kekerapan 15 minit bermula pada pukul 4:00 petang, sejam lebih awal daripada biasa.

Pertambahan kekerapan tren ini berkuatkuasa sepanjang bulan Ramadan, pada hari minggu (Isnin hingga Jumaat) sahaja.

Antara pertambahan kekerapan tren setiap 15 minit untuk laluan Batu Caves – Klang dan Bangi – Sungai Buloh adalah seperti berikut:

 

1. Laluan Batu Caves – Klang

  • Berlepas dari stesen Batu Caves pada 3.55 petang;
  • Berlepas dari stesen Klang pada 4.10 petang.

 

2. Laluan Bangi – Sungai Buloh

  • Berlepas dari stesen Bangi pada 3.48 petang;
  • Berlepas dari stesen Sungai Buloh pada 4.16 petang.
  • Manakala bagi laluan Rawang – Tanjung Malim, kekerapa tren akan disingkatkan dari 60 minit ke 40 minit.

 

3. Laluan Rawang – Tanjung Malim

  • Berlepas dari stesen Rawang pada 6.10 pagi;
  • Berlepas dari stesen Tanjung Malim pada 7.15 pagi.

 

Nota: Dipetik dan diadaptasi daripada Laman Web Rasmi KTMB.

[KTMB Announcement] KTM Komuter Revised Schedule

NOTICE

REVISED KTM KOMUTER SCHEDULE

 

Dear valued customers,

 

Beginning 18th June 2012, KTM Komuter will operate with some changes on scheduling of departure time for all routes. The changes are made to adjust the use of both Three-Car Set and Six-Car Set MyKomuter which introduced previously on March.

 

However the service retained existing frequency every 15 minutes during peak hours for the sector between the Batu Caves – Klang and Bangi – Sungai Buloh. Frequency of other sectors remained every 30 minutes throughout the day.

 

Along with the implementation of this new schedule, the Six-Car Set MyKomuter will begin its service from Sungai Gadut to Rawang and from Rawang to Sungai Gadut.

 

Thank you.

 

Footnote : You may refer to the attachment for more info.

 

Taken from KTMB Official Website

Pengumuman – Kemas Kini Jadual KTM Intercity

Anda kini boleh merujuk jadual perjalanan, waktu tiba dan berlepas tren bagi sektor Pantai Timur. Maklumat stesen bagi kebanyakan stesen juga telah LANDASAN catatkan di page stesen masing masing.

Pada kesempatan ini LANDASAN ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina, terutamanya di Malaysia.

Selamat menggunakan perkhidmatan KTM Intercity!

Quick links

Jadual perjalanan KTM Intercity terbaru – berkuatkuasa 01 Mac 2011

KTM Intercity telah beroperasi menggunakan jadual perjalanan terbaru berkuatkuasa 01 Mac 2011.

Jadual perjalanan di LANDASAN akan dikemas kini mengikut jadual semasa. Buat masa sekarang sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan jadual perjalanan terbaru KTM Intercity.

kemas kini 19 Oktober 2012: Jadual perjalanan KTM Intercity

KTMB Memperkenalkan ETS Kelas Perniagaan (Business Class)

Pada 27 September 2019, KTM Berhad (KTMB) telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dinamakan ETS Business Class atau juga dikenali sebagai kelas perniagaan. ETS Business Class ini menggunakan trainset baharu yang digunakan oleh KTMB.

 

Walaupun kelihatan serupa, ETS Business Class ini mempunyai beberapa kelainan berbanding perkhidmatan KTM ETS kelas “ekonomi” yang ditawarkan sekarang ini.

Pihak KTMB juga telah memuat naik satu video berbentuk “teaser” bagi menunjukkan kepada orang ramai berkenaan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan dalam tren ETS Business Class ini.

Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah punca bekalan kuasa 230 V bagi setiap tempat duduk, pengecas USB, skrin infotainmen, dan tempat duduk yang lebih luas dan selesa untuk perjalanan jarak jauh. Selain dari itu, susunan tempat duduknya pula ialah tiga tempat duduk sebaris, berbanding tren biasa ETS yang mempunyai tempat tempat duduk sebaris.

Tiada maklumat harga yang diketahui pada masa sekarang. Nantikan maklumat lanjut di sini

Sila layari laman web KTMB atau laman Facebook KTMB untuk maklumat lanjut.

 

Notis KTMB: Gangguan Perkhidmatan KTM Komuter

NOTIS

GANGGUAN PERKHIDMATAN TREN KTM KOMUTER

Ekoran kejadian kabel talian elektrik terputus di Stesen Batang Benar dan mengakibatkan penggunaan satu landasan sahaja, tren KTM Komuter laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves dijangka mengalami kelewatan selama 30 minit.

Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pihak KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan ini.

Terima kasih di atas kesabaran anda.

Sumber: Facebook KTM Berhad

Pengumuman LANDASAN: Jadual perjalanan dan maklumat stesen dikemas kini

Anda kini boleh merujuk jadual perjalanan, waktu tiba dan berlepas tren bagi sektor Pantai Timur. Maklumat stesen bagi kebanyakan stesen juga telah LANDASAN catatkan di page stesen masing masing.

Pada kesempatan ini LANDASAN ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina, terutamanya di Malaysia.

Selamat menggunakan perkhidmatan KTM Intercity!