NOTIS PEMBERITAHUAN
SEMAKAN JADUAL BAHARU KTM KOMUTER
Para penumpang yang dihormati,
Bermula 18 Jun 2012, KTM Komuter akan beroperasi dengan sedikit pindaan pada waktu berlepas bagi semua laluan perkhidmatannya. Pindaan ini dibuat bagi menyesuaikan penggunaan kedua-dua tren sediaada iaitu tren 3 gerabak dan penambahan tren baharu 6 gerabak MyKomuter yang mula diperkenalkan pada bulan Mac yang lalu.
Bagaimanapun KTM Komuter masih mengekalkan kekerapan sediaada iaitu setiap 15 minit pada waktu puncak di sektor antara Batu Caves – Klang dan Bangi – Sungai Buloh. Kekerapan perkhidmatan di lain-lain sektor ialah setiap 30 minit sepanjang hari.
Seiring dengan perlaksanaan jadual baharu ini juga, perkhidmatan tren baharu 6 gerabak MyKomuter akan memulakan perkhidmatan dari Sungai Gadut ke Rawang dan Rawang ke Sungai Gadut.
Terima kasih.
Nota : Anda boleh rujuk kepada lampiran untuk maklumat lanjut.
Taken from KTMB Official Website