style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

KLIA Ekspres

EMU Desiro ET425 M (T1-04) in 2014

KLIA Ekspres ialah sebuah perkhidmatan pengangkutan rel ekspres tanpa henti antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – KUL. KLIA Ekspres merupakan kaedah pengangkutan paling pantas yang menghubungkan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada harga RM 55.00 sehala bagi seorang penumpang dewasa, harga tambang perjalanannya dikatakan agak mahal. Namun begitu, KLIA Ekspres tetap menjadi pilihan sebahagian pengguna kerana tempoh masa singkat yang diambil untuk perjalanannya.

Jadual Perjalanan KLIA Ekspres

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KLIA Ekspres, anda boleh klik sini: Jadual Perjalanan KLIA Ekspres. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (Express Rail Link – ERL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Express Rail Link (ERL) ialah sambungan rel yang menghubungkan KL Sentral di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor.

Terdapat dua perkhidmatan yang menggunakan ERL, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit.

Sejarah

Operasi KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula sejak 14 April 2002.

Stesen KLIA Ekspres

Stesen KLIA Ekspres KL Sentral

Stesen KLIA Ekspres KLIA Terminal 1

Stesen KLIA Ekspres Terminal 2

Maklumat tambang

Berikut dipaparkan maklumat tambang untuk KLIA Ekspres:

KL Sentral – KLIA/klia2DewasaKanak-kanak (2-12 tahun)
SehalaRM 55.00RM 25.00
Ulang alikRM 100.00RM 45.00

Keretapi

KLIA Ekspres menggunakan EMU Desiro ET 425 M. Klik pautan berkenaan untuk keterangan lanjut berkenaan EMU tersebut. Selain dari itu, KLIA Transit juga menggunakan EMU yang sama.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa ini.

Kemalangan

11 April 2016: Portal berita Astro Awani melaporkan seorang lelaki telah dilanggar oleh tren KLIA Ekspres. Lelaki tersebut, Lee Ah Lai, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber

  1. KLIA Ekspres – laman web rasmi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.