Kenapa Tiada PayDirect di PLUS

Soalan: Ketika fungsi PayDirect Touch ‘N Go telah dilaksanakan di kesemua lebuh raya “open system” di Lembah Klang, mengapa lebuh raya PLUS masih tidak menyokong keupayaan PayDirect Touch ‘N Go?

Jawapan: Lebuh raya PLUS menggunakan sistem tertutup, juga dikenali dengan nama “closed system”. Perbezaan ketara antara “closed system” dan “open system” ialah “closed system” memerlukan pengguna lebuh raya untuk sentuh masuk (tap in) dan kemudiannya sentuh keluar (tap out) untuk keluar dari sistem lebuh raya. Contohnya seperti “tap in” di Rawang dan “tap out” di Ipoh Selatan. Oleh itu, seseorang yang “tap in” di mana-mana plaza tol “closed system” lebuh raya PLUS boleh “tap out” di Senai, Johor ataupun Juru, Pulau Pinang. Pada pendapat kami, proses menaik taraf semua plaza tol memakan masa dan belanja yang tinggi, menyebabkan pihak PLUS tidak dapat menyediakan kemudahan seumpama kebanyakan lebuh raya lain dalam tempoh masa singkat.

Satu lagi kemungkinan kenapa teknologi RFID dan PayDirect lambat tiba di lebuh raya PLUS ialah masalah persefahaman antara pihak PLUS dan Touch ‘N Go sendiri. Masalah ini menjadi kian meruncing apabila PLUS mengumumkan proses tambah nilai di lorong keluar plaza tol tidak dibenarkan bermula 5 November 2019.

Media massa melaporkan bahawa pada 18 Disember 2018, Touch ‘N Go bertindak memulakan proses menyaman PLUS Malaysia Berhad kerana pihak PLUS ingin melancarkan sistem kutipan tolnya sendiri.

12 November 2019: Akhbar The Edge Financial Daily melaporkan bahawa lebuh raya PLUS akan menambah kaedah bayaran tol yang terbaru, iaitu RFID Tag pada tahun 2020. Klik sini untuk artikel utama.

Dikemas kini pada

RFID Tag di Semua Lebuhraya PLUS Pada Tahun 2020

12 November 2019: Akhbar The Edge Financial Daily melaporkan bahawa lebuh raya PLUS akan menambah kaedah bayaran tol yang terbaru, iaitu RFID Tag pada tahun 2020. Dengan perubahan ini, para pengguna boleh membayar tol mereka dengan RFID Tag di semua lebuhraya PLUS pada tahun 2020 nanti.

Pelaksanaan sistem kutipan tol terbaru ini akan dilakukan oleh syarikat Joint Venture, iaitu Touch ‘N Go Sdn Bhd. CIMB memiliki kepentingan 52% dalam syarikat ini, manakala PLUS memiliki 28% dan MTD Equity Sdn Bhd sebanyak 20%.

Kaedah bayaran: Dalam kenyataan yang dikeluarkan mereka, kaedah bayaran lebih terbuka akan diperkenalkan, membolehkan para pengguna lebuh raya menghubungkan RFID Tag mereka dengan mana-mana akaun bank, kad kredit, kad debit ataupun e-Wallet Touch ‘N Go mereka.

TNG RFID akan boleh digunakan di semua lebuh raya sistem terbuka (open system) milik PLUS bermula 1 Januari 2020. Manakala pengguna boleh mula menggunakannya di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS bermula pada 1 April 2020. Sistem PayDirect pula akan mula digunakan di semua lebuh raya PLUS pada pertengahan tahun 2020.

Pada bulan November 2019, pihak PLUS mengumumkan bahawa khidmat tambah nilai (reload) di semua laluan keluar tol plaza PLUS tidak akan beroperasi bermula pada 5 November 2019. Keputusan ini mengakibatkan ramai pengguna jalan raya marah dan kecewa kerana proses menambah nilai di tempat-tempat lain menyukarkan mereka, terutamanya bagi yang menggunakan lebuh raya bertol setiap hari.

Dikemas kini pada

Diskaun Touch ‘N Go: 100% Rebat Tol dengan Touch ‘N Go eWallet

Berita baik untuk semua pengguna baru Touch ‘N Go! Anda kini boleh mendapatkan diskaun 100% untuk penggunaan tol melalui kaedah PayDirect menggunakan eWallet masing-masing.

Daftar sini untuk tol percuma (3 kali)!

Untuk menikmati diskaun berkenaan, pengguna haruslah mematuhi syarat-syarat yang berikut:

Promosi 100% Diskaun Tol Touch ‘N Go

  1. Pendaftaran sepanjang tempoh promosi:  7 September 2019 hingga 31 December 2019.
  2. Sila tambah kad Touch ‘n Go atau MyKad ke dalam aplikasi eWallet anda untuk pertama kali sepanjang tempoh kempen ini untuk menikmati 3 kali 100% rebat tol.
  3. Pengguna yang telah tambah nilai melalui akaun eWallet masing-masing menggunakan Touch ‘N Go Reload PIN percuma semasa tempoh kempen tidak layak untuk mendapat rebat tol ini.
  4. Baca terma dan syarat penuh di sini: Terms & Conditions and FAQ.
 
Daftar sini untuk tol percuma (3 kali)!

Untuk mendaftar untuk menggunakan eWallet, anda boleh merujuk panduan pendaftaran eWallet untuk mengetahui cara-cara pendaftaran dan juga mendaftar tag RFiD untuk kenderaan anda.

Untuk promosi-promosi terkini, anda boleh merujuk kepada laman Facebook Touch ‘N Go eWallet dan juga laman Facebook LANDASAN.

Dikemas kini pada

Cara Daftar Touch ‘N Go RFiD

Touch ‘N Go ialah satu nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sama ada untuk kegunaan LRT ataupun di pelbagai lebuh raya dalam kawasan Lembah Klang dan yang seumpamanya.

Pendaftaran Touch ‘N Go RFiD mempunyai beberapa proses. Proses yang paling penting ialah anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna eWallet Touch ‘n Go.

Klik sini untuk pendaftaran eWallet Touch ‘N Go.

Berikut dipaparkan langkah-langkah untuk mendaftar RFiD Touch ‘N Go:

Langkah 1: Daftar minat anda sebagai “Pilot User”

Pada masa sekarang, proses pendaftaran Touch ‘N Go RFiD masih lagi rumit kerana anda masih perlu mendaftar sebagai “pilot user” sebelum dapat mendaftar sepenuhnya sebagai pengguna RFiD.

Hal ini kerana pihak Touch ‘N Go masih lagi dalam proses menguji keberkesanan RFiD dalam kalangan pengguna.

Oleh itu, anda boleh mendaftar sebagai “Pilot User” dengan mengklik pada pautan ini.

Langkah 2: Daftar sebagai “RFiD User”

Klik pautan ini untuk mendaftar sebagai RFiD User:
https://rfidregister.touchngo.com.my/#/woheader/login

Anda kemudiannya akan memasukkan nombor telefon yang anda guna untuk mendaftar Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.

Selepas memasukkan nombor telefon, anda juga perlu menggunakan nombor PIN yang anda telah tetapkan dalam app Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.

Langkah 3: Masukkan maklumat diri, kenderaan dan pemilik

Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat kerana penukaran maklumat boleh menjadi sukar sekiranya anda melakukan kesilapan.

Nota: Dengan mendaftar untuk menjadi pengguna Touch ‘N Go RFiD, anda juga secara automatik didaftarkan untuk menerima emel promosi dan pemasaran daripada pihak Touch ‘N Go. Untuk mengeluarkan diri anda (opt-out) daripada senarai penerima emel tersebut, anda perlu untuk melefon Customer Careline Touch ‘N Go.

Langkah 4: Daftar untuk temu janji

Apabila maklumat diri anda, kenderaan dan pemiliknya sudah diisi, anda boleh membuat temu janji di Touch ‘N Go RFiD Fitment Centre yang berdekatan. Kebanyakan Fitment Centre ini tetap dibuka pada hari Sabtu. Oleh itu, jika anda tidak sempat untuk membuat fitment pada hari bekerja, anda boleh melakukannya pada hari Sabtu.

Langkah 5: Memasang RFiD tag

Proses pemasangan pelekat RFiD tersebut tidak memakan masa yang lama. Apabila anda selesai, anda perlu menunggu sehingga SMS berikut dihantar kepada anda:

Touch ‘N Go RFiD activation

Dikemas kini pada