style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

Cara Daftar Touch ‘N Go RFiD

Touch ‘N Go ialah satu nama yang tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sama ada untuk kegunaan LRT ataupun di pelbagai lebuh raya dalam kawasan Lembah Klang dan yang seumpamanya.

Pendaftaran Touch ‘N Go RFiD mempunyai beberapa proses. Proses yang paling penting ialah anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna eWallet Touch ‘n Go.

Klik sini untuk pendaftaran eWallet Touch ‘N Go.

Berikut dipaparkan langkah-langkah untuk mendaftar RFiD Touch ‘N Go:

Langkah 1: Daftar minat anda sebagai “Pilot User”

Pada masa sekarang, proses pendaftaran Touch ‘N Go RFiD masih lagi rumit kerana anda masih perlu mendaftar sebagai “pilot user” sebelum dapat mendaftar sepenuhnya sebagai pengguna RFiD.

Hal ini kerana pihak Touch ‘N Go masih lagi dalam proses menguji keberkesanan RFiD dalam kalangan pengguna.

Oleh itu, anda boleh mendaftar sebagai “Pilot User” dengan mengklik pada pautan ini (pautan sudah tiada).

Langkah 2: Daftar sebagai “RFiD User”

Klik pautan ini untuk mendaftar sebagai RFiD User:
https://rfidregister.touchngo.com.my/#/woheader/login

Anda kemudiannya akan memasukkan nombor telefon yang anda guna untuk mendaftar Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.

Selepas memasukkan nombor telefon, anda juga perlu menggunakan nombor PIN yang anda telah tetapkan dalam app Touch ‘N Go eWallet sebelum ini.

Langkah 3: Masukkan maklumat diri, kenderaan dan pemilik

Sila pastikan anda memasukkan maklumat yang tepat kerana penukaran maklumat boleh menjadi sukar sekiranya anda melakukan kesilapan.

Nota: Dengan mendaftar untuk menjadi pengguna Touch ‘N Go RFiD, anda juga secara automatik didaftarkan untuk menerima emel promosi dan pemasaran daripada pihak Touch ‘N Go. Untuk mengeluarkan diri anda (opt-out) daripada senarai penerima emel tersebut, anda perlu untuk melefon Customer Careline Touch ‘N Go.

Langkah 4: Daftar untuk temu janji

Apabila maklumat diri anda, kenderaan dan pemiliknya sudah diisi, anda boleh membuat temu janji di Touch ‘N Go RFiD Fitment Centre yang berdekatan. Kebanyakan Fitment Centre ini tetap dibuka pada hari Sabtu. Oleh itu, jika anda tidak sempat untuk membuat fitment pada hari bekerja, anda boleh melakukannya pada hari Sabtu.

Langkah 5: Memasang RFiD tag

Proses pemasangan pelekat RFiD tersebut tidak memakan masa yang lama. Apabila anda selesai, anda perlu menunggu sehingga SMS berikut dihantar kepada anda:

Touch ‘N Go RFiD activation

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.