KTM Komuter sebelum ini beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu biasa dan 15 minit bagi waktu puncak, bermula pada pukul 5:00 petang.
Sepanjang bulan Ramadan, pihak KTMB akan memulakan kekerapan 15 minit bermula pada pukul 4:00 petang, sejam lebih awal daripada biasa.
Pertambahan kekerapan tren ini berkuatkuasa sepanjang bulan Ramadan, pada hari minggu (Isnin hingga Jumaat) sahaja.
Antara pertambahan kekerapan tren setiap 15 minit untuk laluan Batu Caves – Klang dan Bangi – Sungai Buloh adalah seperti berikut:
1. Laluan Batu Caves – Klang
- Berlepas dari stesen Batu Caves pada 3.55 petang;
- Berlepas dari stesen Klang pada 4.10 petang.
2. Laluan Bangi – Sungai Buloh
- Berlepas dari stesen Bangi pada 3.48 petang;
- Berlepas dari stesen Sungai Buloh pada 4.16 petang.
- Manakala bagi laluan Rawang – Tanjung Malim, kekerapa tren akan disingkatkan dari 60 minit ke 40 minit.
3. Laluan Rawang – Tanjung Malim
- Berlepas dari stesen Rawang pada 6.10 pagi;
- Berlepas dari stesen Tanjung Malim pada 7.15 pagi.
Nota: Dipetik dan diadaptasi daripada Laman Web Rasmi KTMB.