style="visibility: hidden !important;"
Please disable your adblock and script blockers to view this page

PUSPAKOM

Waktu Operasi Semua Cawangan PUSPAKOM (bermula 10 September 2019)

PUSPAKOM atau PUSPAKOM Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1994 bagi tujuan menjalankan pemeriksaan kenderaan bagi pihak Kerajaan Malaysia. PUSPAKOM menjalankan proses pemeriksaan kenderaan secara sukarela (voluntary) dan juga mandatori (mandatory). Antara proses yang memerlukan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM termasuklah ubah suai kenderaan (modification), proses jual beli, tukar milik dan juga memenuhi syarat undang-undang seperti operasi komersil dan juga e-hailing seperti Grab.

Jenis Pemeriksaan di PUSPAKOM

  1. Pemeriksaan Berkala
  2. Pemeriksaan Tukar Milik
  3. Pemeriksaan Sewa Beli
  4. Pemeriksaan Awalan
  5. Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela
  6. Pemeriksaan Khas
  7. Perkhidmatan Pengesahan Pelan Kenderaan
  8. Pemeriksaan Berkala e-Hailing

Panduan Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM

Sesetengah kenderaan di Malaysia seperti kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan e-hailing (Grab dan sebagainya), kenderaan komersil dan kenderaan yang akan ditukar milik perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM. Klik sini untuk panduan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM.

Waktu Operasi

Berikut dipaparkan waktu operasi bagi cawangan-cawangan PUSPAKOM.

Waktu Operasi PUSPAKOM (berkuat kuasa 10 September 2019)
Waktu Operasi PUSPAKOM (berkuat kuasa 10 September 2019)

Nota: Waktu operasi yang dinyatakan di atas adalah panduan sahaja dan terpakai pada hampir setiap masa kecuali tempoh-tempoh tertentu seperti tempoh perayaan dan pada bulan Ramadan.

Hubungi PUSPAKOM

Laman web: https://www.puspakom.com.my/

Alamat emel: [email protected]

No. telefon: 1-800-88-6927

Facebook: Puspakom Sdn Bhd

Instagram: @puspakom_ontheroad

YouTube: PUSPAKOM Sdn Bhd

Maklumat Korporat

Laman web: http://www.puspakom.com.my