Lokomotif Diesel Class 25 ialah salah satu lokomotif diesel milik KTMB.
Lokomotif ini digunakan untuk mengangkut penumpang.
Spesifikasi
KTM Class: 25
Buatan: General Motors, Ontario, Canada
Kuasa Kuda: 1500
Tractive effort: 43800
Kelajuan maksima: 107 km/h
Enjin: 6-645E 3C
Transmisi: Elektrik
Fleet numbers
Batch pertama (25101 – 25112) pada tahun 1990
25101 PULAU ANGSA 25102 PULAU BESAR 25103 PULAU BIDONG 25104 PULAU INDAH 25105 PULAU JEREJAK 25106 PULAU LABUAN 25107 PULAU LANGKAWI 25108 PULAU PANGKOR 25109 PULAU PERHENTIAN 25110 PULAU PINANG 25111 PULAU REDANG 25112 PULAU TIOMAN
KLIA Ekspres ialah sebuah perkhidmatan pengangkutan rel ekspres tanpa henti antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – KUL. KLIA Ekspres merupakan kaedah pengangkutan paling pantas yang menghubungkan pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pada harga RM 55.00 sehala bagi seorang penumpang dewasa, harga tambang perjalanannya dikatakan agak mahal. Namun begitu, KLIA Ekspres tetap menjadi pilihan sebahagian pengguna kerana tempoh masa singkat yang diambil untuk perjalanannya.
Jadual Perjalanan KLIA Ekspres
Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KLIA Ekspres, anda boleh klik sini: Jadual Perjalanan KLIA Ekspres. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (Express Rail Link – ERL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.
Express Rail Link (ERL) ialah sambungan rel yang menghubungkan KL Sentral di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor.
Terdapat dua perkhidmatan yang menggunakan ERL, iaitu KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
Sejarah
Operasi KLIA Ekspres dan KLIA Transit bermula sejak 14 April 2002.
Berikut dipaparkan maklumat tambang untuk KLIA Ekspres:
KL Sentral – KLIA/klia2
Dewasa
Kanak-kanak (2-12 tahun)
Sehala
RM 55.00
RM 25.00
Ulang alik
RM 100.00
RM 45.00
Keretapi
KLIA Ekspres menggunakan EMU Desiro ET 425 M. Klik pautan berkenaan untuk keterangan lanjut berkenaan EMU tersebut. Selain dari itu, KLIA Transit juga menggunakan EMU yang sama.
Perancangan masa hadapan
Tiada maklumat pada masa ini.
Kemalangan
11 April 2016: Portal berita Astro Awani melaporkan seorang lelaki telah dilanggar oleh tren KLIA Ekspres. Lelaki tersebut, Lee Ah Lai, meninggal dunia di tempat kejadian.
Stesen Sentral Kuala Lumpur (juga dikenali dengan nama KL Sentral) merupakan sebuah stesen yang berfungsi sebagai hab pengangkutan rel utama di Malaysia.
Stesen Sentral KL berfungsi sebagai sebuah stesen utama yang menghubungkan beberapa rangkaian pengangkutan rel seperti KTM Komuter, Kelana Jaya Line, Express Rail Link (ERL), dan beberapa rangkaian pengangkutan lain seperti AirAsia Skybus, RapidKL Bus, Airport Coach, dan lain lain.
KL Sentral merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan berfasa ‘KL Sentral’ yang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2015. Bangunan utama stesen ini dimiliki oleh MRCB dan bahagian stesen keretapi pula dimiliki oleh operator masing-masing.
Maklumat teknikal
Stesen
KL Sentral
Koordinat
3.134747,101.68617
Alamat
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
No. Telefon
+603-2267 1200 (Customer Service)
Dibina
Dibuka
Laluan
KTM ETS, KTM Komuter
Platform
Parkir
Unknown
Akses OKU
Yes
Surau
Tandas
Yes
Pada tahun 1994, kerajaan Malaysia telah memberikan kontrak kepada sebuah konsortium untuk membina sebuah hab transit moden di atas tanah Marshalling Yard KTMB yang lama. Stesen KL Sentral mula dibuka kepada orang ramai pada 16 April 2001, menggantikan fungsi Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang lama.
Spesifikasi teknikal
Kawasan tanah
Stesen: 9.3 ekar
Depot: 10.5 ekar
Kawasan lantai kasar
Stesen: 996,308 kaki persegi
Depot penyelenggaraan: 327,000 kaki persegi
Liputan kawasan stesen: 700 kaki x 515 kaki
Ketinggian bangunan: Bangunan utama 5 tingkat
Pembahagian kawasan
Operator Rel: 77% (KTMB : 44%, Kelana Jaya Line : 9%, ERL : 40%, Kawasan dikongsi: 7%)
SEMASA : 29%
Jadual perjalanan
Jadual berikut menunjukkan maklumat ketibaan dan pelepasan keretapi bagi KTM Intercity dan juga ETS.
KL Monorail ialah perkhidmatan monorel dengan laluan di sekitar segi tiga emas Kuala Lumpur, Malaysia. KL Monorail dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Perkhidmatan ini ialah satu-satunya pengangkutan monorel di Malaysia.
Maklumat asas
Bilangan stesen: 11
Panjang laluan: 8.6 km
Kawasan perkhidmatan: Brickfields, Bukit Bintang, Chow Kit, Titiwangsa
Pemandu: Seorang (satu hujung cab pada setiap masa)
Kelajuan tipikal: 60 km/h
Pintu: Automatik
Operator: RapidKL
Pemilik: Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB)
Sejarah
KL Monorail mula beroperasi pada 31 Ogos 2003. Kesemua 11 stesen yang beroperasi ketika pelancarannya masih beroperasi hingga ke hari ini. KL StarRail Sdn Bhd pernah menjadi operator untuk laluan monorel ini.
Pada 28 November 2007, Prasarana Malaysia telah menandatangani perjanjian jual beli dengan KL Monorail Systems, menyebabkannya menjadi operator KL Monorail dan juga menanggung hutang sebanyak RM 882 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia (BPM).
Jadual Perjalanan KL Monorail
Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KL Monorail, anda boleh menekan mana-mana butang stesen seperti di bawah. Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (RapidKL). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.
Stesen KL Monorail
KL Monorail mempunyai 11 stesen sepanjang laluannya.
Stesen Keretapi Shah Alam ialah sebuah stesen keretapi yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Komuter.
Maklumat Stesen
Stesen
Shah Alam
Koordinat
3.056158, 101.525279
Alamat
Stesen KTMB Shah Alam, Jalan Parang 19/8, Seksyen 19, Selangor, Seksyen 19, 40200 Shah Alam, Selangor
No. Telefon
+603-2267 1200
Dibina
2000 (dibina semula)
Dibuka
Laluan
KTM Komuter
Platform
Parkir
Akses OKU
Unknown
Surau
Tandas
Unknown
Jadual Perjalanan Tren
Klik butang di bawah untuk maklumat jadual perjalanan tren bagi stesen ini.
Maklumat perjalanan tren terbaru khas untuk anda dari rakan kami di MYJadual.
Sumber
Jadual perjalanan tren: Laman web rasmi KTMB (www.ktmb.com.my)
Nombor telefon dan alamat: Laman web rasmi KTMB dan YellowPages Malaysia
Cadangan Anda Dialu-alukan!
LANDASAN mengandungi ratusan halaman dan kiriman yang mengandungi maklumat untuk kegunaan anda. Pihak kami komited dalam memastikan pelawat kami hanya menerima maklumat yang tepat dan terkini. Oleh itu, jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, sila maklumkan kami melalui laman Hubungi Kami.