Gangguan Perkhidmatan – KTM Komuter

Kemas kini 16 April 2023, 7:57 PM:

Kemaskini Perkhidmatan KTM Komuter di laluan antara Kajang – Bangi

16 April 2023

KTMB ingin memaklumkan operasi tren laluan di atas telah kembali seperti biasa.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tren KTM Komuter mengalami kelewatan seperti berikut :

a) 2049 (Batu Caves – Sg. Gadut) : anggaran kelewatan 50 minit

b) 2053 (Batu Caves – Pulau Sebang) : anggaran kelewatan 36 minit

Terima kasih atas perhatian anda.

Untuk info lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.

16 April 2023, 6:32 PM:

Gangguan Perkhidmatan KTM Komuter di laluan antara Kajang – Bangi

16 April 2023

KTMB memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku disebabkan alat talian terbingkas dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di lokasi antara Kajang – Bangi.

Perkhidmatan KTM Komuter dari Batu Caves akan tamat di Kajang dan berpatah balik. Manakala dari Pulau Sebang / Sg. Gadut akan tamat di Bangi dan juga akan berpatah balik.

Aturan ini perlu dilakukan memandangkan kedua-dua landasan tidak dapat digunakan dimana salah satu landasan sedang di dalam kerja untuk Projek Rehab Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT).

Para penumpang disarankan untuk melihat aplikasi Myrailtime untuk waktu tren seterusnya.

Sebanyak 4 bas perantara sedang diaturkan, 2 di Stesen Kajang dan 2 di Stesen Bangi.

Terima kasih atas perhatian anda.

Untuk info lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.

Sumber:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version