KTM ETS

Tren ETS (KTM Class 91)

KTM ETS ialah sebuah perkhidmatan keretapi daripada KTM Berhad (KTMB). Commercial run yang pertama dibuat pada 12 Ogos 2010, setelah beberapa kali penangguhan.

Semasa pelancaran perkhidmatannya, ETS menawarkan perkhidmatan antara Stesen Keretapi Ipoh dan Stesen Keretapi Seremban. Kini, terdapat perkhidmatan ETS daripada Stesen Keretapi Padang Besar hinggalah Stesen Keretapi Gemas.

ETS diwujudkan atas tujuan menyediakan perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan, keselamatan dan ciri-ciri mesra alam. Kini, perkhidmatan ETS telah menggantikan perkhidmatan keretapi KTM Intercity bagi kebanyakan stesen laluan Utara-Selatan bermula dari Stesen Keretapi Padang Besar sehingga Stesen Keretapi Gemas.

Jadual Perjalanan ETS

Jika anda sedang mencari maklumat berkenaan jadual perjalanan KTM ETS, anda boleh klik siniJadual Perjalanan KTM ETS.

Paparan maklumat diperoleh dari sumber-sumber rasmi penyedia perkhidmatan pengangkutan awam (KTM Berhad). Maklumat ini dibawakan kepada anda oleh MYJadual.com, laman jadual pengangkutan awam pertama di Malaysia.

Maklumat korporat

Semasa pengenalannya, ETS diuruskan oleh anak syarikat baru KTMB, ET Sdn. Bhd. Menurut pengerusi KTMB, Dr. Aminuddin Adnan, penubuhan ET sebagai anak syarikat KTMB dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif, budaya kerja dan disiplin yang lebih cemerlang serta menjadi model ikutan kepada KTMB itu sendiri.

Kemudahan yang terdapat dalam ETS

Berikut ialah beberapa kemudahan yang terdapat dalam ETS.

  1. Soket kuasa (untuk penggunaan pengecas telefon bimbit, komputer riba, dan sebagainya
  2. Kafetaria
  3. Tandas
  4. Pemantauan setiap gerabak melalui CCTV sepanjang masa
  5. LED TV
  6. Kemudahan meletakkan bagasi
  7. Tren yang mesra OKU

Ketika di peringkat awal penubuhannya, KTMB seakan mahukan ETS mempunyai identitinya sendiri, sehinggakan wujud visi dan misi yang tersendiri untuk ETS.

Senarai Stesen KTM ETS

Senarai ini disusun mengikut laluan paling utara (di atas) menghala ke selatan (di bawah).

Maklumat tambang

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Keretapi

Perkhidmatan ETS menggunakan trainset KTM Class 91 dan KTM Class 93.

Perancangan masa hadapan

Tiada maklumat pada masa sekarang.

Kemalangan

17 Mei 2019: Seorang lelaki maut digilis tren ETS di satu kawasan berhampiran Tasek, Ipoh, Perak. Sumber: Berita Harian

Perkhidmatan Pengangkutan Rel oleh KTM Berhad

Sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan rel yang terkemuka di Malaysia, KTM Berhad menyediakan beberapa perkhidmatan rel di Lembah Klang dan semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu. Berikut dipaparkan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTM Berhad:

ETS – perkhidmatan tren berkuasa elektrik yang ditawarkan khusus untuk perjalanan luar bandar. Memendekkan tempoh masa perjalanan berbanding KTM Intercity sebelum ini yang dikuasakan oleh lokomotif diesel.

KTM Antarabandar (KTM Intercity) – perkhidmatan tren antarabandar (intercity). Sebahagiannya dikuasakan oleh lokomotif diesel manakala sebahagian lagi dikuasakan oleh Diesel Multiple Unit (DMU).

KTM Komuter (Lembah Klang dan Sektor Utara) – perkhidmatan tren laluan pendek yang menghubungkan destinasi penduduk berkepadatan tinggi. KTM Komuter meliputi kawasan rangkaian rel di Lembah Klang dan juga Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

Khidmat Pelanggan KTM Berhad (Customer Service)

Anda boleh menghubungi KTM Berhad melalui saluran khidmat pelanggan (customer service) yang berikut:

Nombor telefon (pusat panggilan): +60 3 2267 1200, beroperasi daripada pukul 7:00 pagi hingga 10:00 malam.

E-mail: callcenter@ktmb.com.my

Laman web: https://www.ktmb.com.my

Laman Facebook (https://www.facebook.com/ktmberhad): As of 8 May 2020, their Facebook page has 131,062 likes and 146,385 followers. Sehingga 22 September 2020 pula, 143,088 tanda suka dan 162,728 pengikut.

Twitter (https://twitter.com/ktm_berhad): Pada 8 Mei 2020, profil Twitter mereka mempunyai lebih daripada 49,700 pengikut.

Instagram (https://www.instagram.com/ktmbofficial): Pada 8 Mei 2020, laman Instagram mereka mempunyai 33,300 pengikut dan 2,207 kiriman.

YouTube (https://www.youtube.com/KTMBRailChannel): Pada 8 Mei 2020, laman Youtube mereka mempunyai 756 pelanggan. Video pertama dikirim pada 14 Julai 2019.

TikTok (https://www.tiktok.com/@ktmbofficial?): Pada 1 Ogos 2022, laman TikTok mereka mempunyai 73,600 pengikut dan 366700 tanda suka.

LinkedIn (https://www.linkedin.com/company/ktmberhad-official/): Pada 1 Ogos 2022, laman LinkedIn mereka mempunyai 489 pengikut dan 47 pekerja yang berada dalam sistem laman sosial tersebut.

Satu pandangan di “KTM ETS”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version