OK hari ni Onetwenty nak bercerita dalam Bahasa Melayu. Mula-mula, Onetwenty naik KTM Komuter ke Bank Negara. Sampai saja di Bank Negara, Onetwenty mula resah. Handphone dah nak mati. Bateri dah nak habis.
Pastu Onetwenty mula melilau-lilau mencari soket elektrik untuk cas handphone. Last-last jumpa satu tempat yang baeeekkkk punyer untuk cas handphone. Apa lagi, Onetwenty terus cas la.
Onetwenty hanya duduk atas lantai, makan twisties dan baca novel sambil cas handphone. Disebabkan fizikal Onetwenty yang tidaklah seberapa, duduk macam pengemis pulak, mungkin menjadi eyesore untuk pengguna-pengguna KTM pada masa tu.
Dan datanglah seseorang (Lelaki X) yang mengaku dirinya ketua stesen KTM Bank Negara. Rasanya memang betul kot dia station master KTM Bank Negara. Beginilah lebih kurang perbualan kami.
12.40 tengah hari, 1 November 2009.
X: Awak dah lama dah guna elektrik kat sini. Boleh tutup dah.
Onetwenty: Encik, saya cuma tumpang cas handphone saja.
X: Tak boleh, ini elektrik KTM. Awak mana boleh pakai sesuka hati awak.
Onetwenty: Encik, saya cuma cas handphone. Saya bukan letak peti ais kat sini.
X: Tak kira la peti ais ke apa ke, awak tetap tak boleh guna elektrik kat sini.
Onetwenty: (Berlalu dari tempat tersebut)
* * *
Onetwenty tertanya-tanya. Inilah persoalan yang bermain di fikiran.
- ok elektrik tu harta KTMB. Kenapa saya tidak boleh menggunakannya? Soket itu terletak di merata-rata tempat.
- Mana dia PAPAN TANDA atau PERATURAN BERTULIS yang menyatakan PENGGUNA KTM KOMUTER TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN SOKET-SOKET ELEKTRIK YANG TERDAPAT DENGAN BANYAKNYA DI BANK NEGARA?
- Di stesen bas, KL Sentral, Midvalley, Pavilion, KLIA Main Terminal, KLIA LCCT, dan berbagai-bagai la lokasi terkemuka di Malaysia ini, belum ada SEORANG PUN yang mempersoalkan penggunakan soket elektrik DI TEMPAT AWAM.
- Sejak bila KTM Bank Negara bertukar menjadi Restoran Nasi Kandar KTM (kat restoran nasi kandar biasanya akan dicas RM 1.00 setiap sejam penggunaan elektrik)?
10 minit selepas itu, Onetwenty pergi sekali lagi kepada pegawai tersebut untuk memohon agar dibenarkan untuk mengecas handphone.
Onetwenty: Encik, boleh tak saya nak mintak tumpang cas handphone di sini?
X: Tak boleh.
Onetwenty: Boleh saya tau kenapa tidak boleh?
X: Awak tau tak malam-malam pun kita jimat elektrik tutup sebahagian lampu. Kalau bil elektrik tinggi, saya juga yang kena menjawab dengan pejabat.
Onetwenty: Encik, saya cuma nak cas handphone saja. Bukan nak guna elektrik banyak. Sikit saja.
X: Tak boleh.
Onetwenty: Mengapa Encik cakap tidak boleh? Saya tidak nampak sebarang papan tanda atau pemberitahuan pun yang menyatakan saya tidak boleh menggunakan soket elektrik yang terdapat di sini.
X: Saya ketua stesen di sini. Semua pergerakan orang kita ada CCTV untuk pantau, sebarang masalah memang akan melalui saya baru kita ambil tindakan. Kalau ada sebarang kes berat pun, sebelum repot polis akan melalui saya dahulu.
Onetwenty: Jadi sekarang ni pejabat la yang tak benarkan saya guna kemudahan elektrik di sini?
X: Ya.
Onetwenty: Sebarang masalah pasal ni saya kena maklumkan kat pejabat la?
X: Ya.
Onetwenty: Tapi ni sebagai cadangan dari saya la Encik. soket elektrik ni…….
X: Apa-apa cadangan awak boleh terus ke pejabat sana.
Onetwenty: Terima kasih (berlalu keluar dari stesen)
Nota:
Inilah pertama kali Onetwenty berjumpa dengan seorang pegawai KTM yang angkuh. Onetwenty menyifatkannya angkuh kerasa tidak mempunyai sikap ‘compassionate’ dan tolerance semasa menjalankan tugas. Minta maaf banyak-banyak sekiranya ada ahli keluarga, jiran mahupun teman sekerja KTMB yang terasa hati. Onetwenty cuma rasa apa yang patut ditegur, Onetwenty akan tegur.
Keadaan Onetwenty yang umpama pengemis ataupun anak muda yang datang entah dari mana mungkin mengundang rasa meluat dalam hati Lelaki X tadi. Buat Lelaki X, walaupun kita dah berusia, jangan ingat kita betul semua. Contohilah pekerja-pekerja KTMB yang lain, terutamanya yang menjawat jawatan bawah lagi daripada saudara. Selama lebih dari 13 tahun Onetwenty menjadi pelanggan tetap KTMB, belum pernah lagi jumpa pekerja seangkuh itu.Sekiranya saudara belajar mata pelajaran sains semasa sekolah dulu, pastinya saudara mengetahui bahawa penggunaan elektrik cas handphone hanyalah sedikit yang amat, jika dibandingkan dengan lampu elektrik kalimantang, walaupun sebatang.
Soket elektrik di stesen KTMB tidak boleh diguna? Onetwenty tidak bersetuju, melainkan KTMB meletakkan NOTIS BERTULIS yang melarang orang awam menggunakan kemudahan tersebut.
Soket elektrik tersebut hanya boleh diguna dalam masa 30 minit? Onetwenty tidak bersetuju, melainkan KTMB meletakkan NOTIS BERTULIS yang melarang orang awam menggunakan kemudahan tersebut.
Wahai KTMB, Onetwenty ni orang luar. Walau bagaimanapun, menerusi beberapa kajian pendek dan tinjauan yang Onetwenty buat, kini Onetwenty dah faham penderitaan-penderitaan yang dialami oleh KTMB selama ini. Kerana itu, sejak tahun lepas lagi, Onetwenty memang menggunakan KTMB untuk pulang ke kampung setiap kali cuti panjang. Perjalanannya juga susah (susah nak pergi KL Sentral, senang lagi naik bas kerana jarak ke terminal bas cuma 3 km sahaja, berbanding KL Sentral yang letaknya 45 km mengikut jalan menggunakan pengangkutan awam). Stesen kereta api terdekat dengan rumah, 20 kilometer. Terminal bas terdekat dengan rumah: 3 km.
Kenapa Onetwenty masih naik kereta api? Dah la lambat nak sampai rumah!
Sebab Onetwenty, dengan kudrat yang ada pada Onetwenty, nak bantu KTMB mencapai untung sekurang-kurangnya RM 1! Ajak kawan-kawan balik pun naik train! ada yang tak pernah naik train seumur hidup walau umur dah nak mencecah dua dekad, tapi bila Onetwenty ajak, dia ikut. Tahun ini saja pun Onetwenty dah beli tiket-tiket bernilai sekurang-kurangnya RM 300 daripada KTMB. Itu belum termasuk kawan-kawan dan ahli keluarga yang ikut dalam sesetengah perjalanan.
Tapi Onetwenty hari ni nak mintak (merayu lagi tu) nak guna elektrik KTMB sikit, tidak sampai 10 sen pun kos elektriknya, pun tidak dapat.
Onetwenty amat terkilan. Komuter lambat, Onetwenty tak marah. Intercity pernah lambat 2 jam 15 minit, Onetwenty tak marah. Onetwenty faham keadaan dan halangan-halangan yang dialami oleh KTMB. Tapi apa yang berlaku di KTM Bank Negara pada hari ini memang membuatkan Onetwenty marah.
Onetwenty bimbang jika sikap ini berterusan, ia akan membawa imej buruk KTMB dalam kalangan pengguna. Sudahlah halangan sedia ada pun sudah cukup untuk membuatkan imej KTMB tercalar, inikan pula dengan tidak membenarkan pengguna menggunakan soket-soket elektrik yang mana kalau tempat lain tak perlu mintak kebenaran orang lain pun boleh guna. Onetwenty pernah guna laptop kat KLIA sepanjang malam, tiada siapa pun marah. Itu laptop, bukan charger handphone.
Onetwenty tak kisah kalau dia nak marah jika Onetwenty bawak seterika cucuk kat situ nak seterika kemeja. Ada rasionalnya untuk dia menghalang. Begitu juga sekiranya Onetwenty bawak oven 2200 Watts untuk memanggang ayam seekor. Yang itu, wajar untuk dia halang Onetwenty dari berbuat demikian.
Tapi Onetwenty cuma nak cas handphone. handphone yang sudah menjadi keperluan pada zaman sekarang. Jika tiada bateri, macam mana orang lain nak telefon. (nak telefon keluar xde masalah sebab ada public phone). Kalau ada apa-apa berita semasa Onetwenty tengah jalan-jalan, adakah telegram dapat membantu? Tidak.
Onetwenty amat sayangkan KTMB sehinggakan sekiranya semasa 6 tahun ikatan perjanjian Onetwenty dengan kerajaan nanti, seboleh-bolehnya Onetwenty ingin ditempatkan dalam KTMB. Sekiranya boleh la. Onetwenty amat kagum dengan teamwork, work ethics dan juga working spirit yang ditunjukkan oleh warga KTMB selama ini. Setidak-tidaknya pun, bekerja dalam Jabatan Keretapi Malaysia pun dah cukup melegakan hati. Boleh juga terlibat dalam sektor pengangkutan rel ini.
Nota untuk pihak KTMB
Saya akan mengusahakan untuk menghantar satu surat berbentuk cadangan kepada pihak anda. Tajuknya lebih kurang begini: ‘CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KTMB – MEMBENARKAN PENGGUNA KTM MENGGUNAKAN SOKET-SOKET ELEKTRIK DI TEMPAT AWAM STESEN-STESEN KTM)
Untuk memelihara imej KTMB, saya menyatakan kesanggupan saya untuk membuang post ini dari blog saya, asalkan:
1. Cadangan saya seperti di atas diterima oleh pihak KTMB
2. Sekiranya perkara di atas terjadi akibat dari salah faham antara station master dan pihak pengurusan, isu tersebut dapat diselesaikan. Sekarang ini station master cakap pihak pengurusan yang tak bagi. Saya cuma berminat nak tahu siapakah yang betul-betul tak bagi. KTM Bank Negara punya wakil atau pihak pengurusan KTMB. Sekiranya perubahan dibuat yang menyebabkan post ini tidak relevan dengan keadaan semasa di pihak KTMB, saya sedia membuang post ini. sila e-mail saya di www[at]fauzan[dot]my
Selepas membaca post ini, jangan pula ingat KTMB itu teruk. KTMB bukan digerakkan oleh sepasukan malaikat. Mereka juga manusia. Ada yang tidak sempurna. Ada yang perlu ditegur.
Hari ini juga, saya berkesempatan bertemu Zulkefli, pegawai KTMB di KL Sentral (Platform 6), pada pukul 7.40 tadi. Sempat berbual dengannya mengenai beberapa perkara berkenaan KTMB, terutamanya masalah yang dialami KTMB dan juga langkah-langkah yang diambil oleh KTMB untuk menyelesaikannya. Post saya yang akan datang akan menceritakan masalah-masalah yang dialami KTMB. Stay tuned…(“,)