Sejarah pengangkutan di Malaysia bermula sejak dari zaman awal lagi. Kenderaan motor mula diperkenalkan sejak zaman Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1903 semasa zaman penjajahan British. Sejak dari itu, semua kenderaan motor di Malaysia diwajibkan untuk dipandu/ditunggang di sebelah kiri (left hand drive).
Sejarah Jalan Raya di Malaysia
Baca artikel utama: Sejarah Jalan Raya di Malaysia
Sistem jalan raya di Malaysia ialah jaringan jalan raya yang terdiri daripada lebuh raya, jalan raya persekutuan, jalan raya negeri, jalan perindustrian, jalan institusi dan jalan ladang.
Sejarah Pengangkutan Rel di Malaysia
Bagi pengangkutan rel pula, jaringan pengangkutan rel di Malaysia kesemuanya dimiliki oleh kerajaan dengan panjang landasan kereta api sepanjang 1,849 kilometer. Sebahagian besar landasan kereta api ini menggunakan meter gauge manakala untuk beberapa perkhidmatan kereta api, standard gauge digunakan.
Sejarah Pengangkutan Udara di Malaysia
Pengangkutan udara di Malaysia juga mencatatkan kemajuan dalam sektornya yang tersendiri dengan wujudnya 62 lapangan terbang di seluruh Malaysia.
Untuk pengangkutan air pula, Malaysia terletak di kawasan yang strategik kerana selat Melaka merupakan antara laluan air yang popular di dunia. Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas juga termasuk antara 20 pelabuhan paling sibuk di dunia.