KTM Class 83 ialah EMU yang ketiga diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam perkhidmatan KTM Komuter.

Sebanyak 22 set telah dibina oleh Hyundai dan Marubeni (Korea Selatan dan Jepun) dalam formasi 3 gerabak (3-car).
Spesifikasi
- Dalam perkhidmatan: 1996 hingga sekarang (until present)
- Dibuat oleh: Hyundai and Marubeni
- Jumlah dibina: 66 gerabak
- Formasi: 3 untuk setiap trainset
- Kapasiti: 406 penumpang
- Operator: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
- Ketinggian: 3.8 m
- Kelajuan maksimum: 160 km/h (Direka untuk), 120 km/h (Servis)
- Berat: 123 tan
- Voltage: 25kV AC 50Hz catenary
- Gej (Gauge): Metre gauge
Penggunaan
Dahulu, KTM Class 83 digunakan untuk perkhidmatan KTM Komuter di sekitar Lembah Klang.
Bermula pada bulan Mei 2018, pihak KTMB telah memperkenalkan perkhidmatan Skypark Link yang menghubungkan KL Sentral, Subang Jaya (Stesen Keretapi Subang Jaya) dan juga Terminal Skypark di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB), Subang, Selangor. Skypark Link menggunakan KTM Class 83 yang dicat semula. Selain daripada proses pengecatan, tempat duduk tren tersebut juga dikemaskan dengan fabrik baru, sesuai dengan nafas baru perkhidmatan Skypark Link.