Hentian Duta ialah sebuah terminal / stesen bas yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Stesen ini menyediakan perkhidmatan bas ekspres ke banyak destinasi popular di Semenanjung Malaysia.
Jadual Perjalanan Bas Ekspres
Klik butang di bawah untuk pautan ke laman MYJadual.com bagi mendapatkan jadual perjalanan bas ekspres di Hentian Duta, Kuala Lumpur.
Parkir di Hentian Duta, Kuala Lumpur
Parkir kereta dan juga motosikal ada disediakan di Hentian Duta, Kuala Lumpur. Bagi kereta, tidak ada tempoh 15 minit percuma seperti kebanyakan tempat parkir kereta lain. Anda perlu membayar ketika keluar dari tempat parkir walaupun anda cuma masuk selama beberapa minit di terminal bas tersebut.